"Diri saya dulu dah hilang. Kalau dulu saya berani lawan tapi semenjak malam tu. Saya rasa lemah. Jiwa saya tak tenang." Luah Nuraz.
Nuraz mengeluh perlahan. Fizikal dan mental dia terlalu penat. Penat untuk lalui semuanya. Dia rindukan kehidupan yang dulu.
"I tak tahu nak cakap apa kat you. I hanya ada telinga untuk dengar you luah perasaan."
"Apa guna kalau saya luah perasaan tapi hakikatnya tetap sama. Selagi Erica hidup, selama tu saya kekal macam ni."
"You nak bunuh Erica?"
Nuraz terkedu dengar soalan Erica. Bunuh? Tapi bagaimana?
"Bunuh?"
Riana angguk.
"Dia ibu kandung Gibrel. Saya tak sanggup. Silap langkah, kita kena tanam hidup hidup."
"I boleh tolong you."
Nuraz pandang Riana dengan wajah hairan manakala Riana tersenyum.
"Awak nak tolong saya bunuh Erica?" Soal Nuraz. Mata menatap wajah itu lama. Riak wajah Riana hanya biasa.
"Erica tu ibu kandung Hayden. Hayden tu tunang awak. Awak nak bunuh Erica?" Soal Nuraz sekali lagi tidak percaya.
"Ya." Balas Riana sepatah.
"Awak ni siapa sebenarnya?"
"Seorang manusia yang ada perasaan. Yang penting perangai I bukan gila macam si Erica tu." Ujar Riana separuh berbisik. Bibir mengukir senyuman penuh makna.
Seram sejuk Nuraz melihat senyuman Riana. Janganlah masalah menimpa lagi dengan kehadiran orang lain. Cukuplah Erica seorang sahaja.
"You rehatlah Nuraz. Badan you lemah tu. Tapi ingat jaga mental you. Erica sangat sukakan manusia yang lemah. Ingat pesan I ni. Jangan kalah pada emosi you." Seusai berkata, Riana keluar dari bilik Nuraz.
*******
"Mummyyyyyyyyy."
Erica senyum. Kedatangan yang dia tunggu akhirnya tiba. Dia terus melangkah keluar dari bilik utama. Hatinya bersorak mahu menyambut kepulangan anak.
"You buat apa ni Hayden? You gila ke???" Jerkah Erica. Mata terbeliak melihat banyak tubuh terkulai di ruang tamu.
"I pun ada nafsu gila macam youu jugak." Balas Hayden sinis.
"Anak buah I. Anak buah youuu. Youuu belot pada I."
Dasar manusia suka manipulasi! Putar belit apa lagi yang Erica mahu ciptakan. Dari dulu lagi dia tidak pernah percaya. Hanya sekadar mengikut rentak Erica sahaja.
"Mummy hantar orang nak bunuh Hayden." Nada suara kembali lembut. Berbicara dengan Erica bukanlah mudah. Tersilap langkah, dia yang akan masuk perangkap.
"Kenapa you tak faham? I nak Gibrel. I nak perempuan sial tu! I tak nak you." Bentak Erica. Sisi bengis ditonjolkan.
"Mummy bunuh Gibrel ibarat mummy bunuh Hayden. Ingat mummy! Hayden tak teragak agak nak hancurkan mummy!"
"You ugut I?"
"Huh. Mummy fikir boleh buat semuanya sendiri tanpa bantuan sesiapa? Mummy lemah! Mummy perlukan orang lain untuk lepaskan nafsu gila mummy tuu. Hayden boleh kawal anak buah youuu mummy."
"Bodohhhhh."
Mata bulat pandang Hayden seolah olah mahu terkam. Hayden pula tersenyum sinis.
"Ingat mummy. Hayden bukan Megat yang mummy nak bodohkan. Hayden sanggup lakukan apa sahaja untuk Gibrel. Dia darah daging Hayden. Lagi satu jangan berani sentuh Riana."
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...