Aduhlah si Haiyan tak makan saman. Dah kata jangan ke mari tapi hasilnya dia datang dengan sengihan sumbing. Tangan kanan menjinjit plastik besar.
Mata tajam Gibrel pula memerhati keadaan sekeliling. Risau jika ada yang mengikuti."Aku dah kata kan jangan datang. Kau degil kan Haiyan."
"Alah saja je datang nak jumpa kau. Rinduuuu." Jawab Haiyan dengan suara sengaja digedikkan.
Gibrel menayangkan muka menyampah. Bukan dia nak halau Haiyan. Cuma waktu gawat seperti ini berjumpa itu ibarat musuh ketat.
"Kau pasti tak ada orang follow kau?" Soal Gibrel risau. Mata-mata Erica ada dimana-mana. Tak mustahil,Haiyan juga turut terkena.
"Ini aku lah Haiyan. Kentut aku pun dia tak dapat dengar apatah lah jejak aku." Ujar Haiyan dengan bangga. Alah si Erica tu kacang je bagi dia. Pusing sana pusing sini peninglah Erica cuma kelemahan wanita kejam itu belum lagi dia temui.
"Haiyan. Kau tahu kan aku tak nak kau terlibat sama. Kau tengok apa jadi pada Fitri. Nenek semua tu. Aku tak nak kehilangan orang yang aku sayang."
"Wooo wooo. Tak sangka kau sayang aku beb. Aduhhh meleleh hati ni bangga." Haiyan berlelucon. Cuba untuk ceriakan suasana sekaligus meleraikan kerisauan dalam hati Gibrel. Dia tahu jiwa itu sedang bergelora hebat setelah berlaku perkara yang tidak diingini.
"Aku pandai jaga diri. Risaukan diri kau je." Ujar Haiyan.
"Apa cerita dengan siasatan kau tu?"
Haiyan mengangkat bahu. Terasa mahu mengalah tapi tak boleh. Itu amanah dia. Siasatan yang sepatutnya dibuka semula tapi gagal gara gara bukti musnah. Erica manusia tiada empati atau simpati. Dia tidak tahu salah apa Megat pada Erica sehingga sanggup bunuh lelaki itu. Walhal lelaki itu anak saudara kesayangan dia. Dia boleh buang Megat macam sampah.
"Bukti tu dah tak ada."
"Jadi?"
"Aku tak tahulah nak bawa kes ni macam mana. Aku pening. Bukti tu hilang tiba tiba je. Tapi aku percaya ada tangan ghaib yang buat."
"Erica?"
Geleng atau angguk pun tidak. Susah untuk dia mengakui itu perbuatan Erica pada Gibrel. Dia tak nak jika Gibrel terus berdendam. Biarlah dia selesaikan dengan cara dia.
"Aku tahu perempuan iblis tu kannn." Keras suara Gibrel berbunyi.
Haiyan nampak riak itu berubah garang. Kerana itulah dia malas bercerita perihal Erica.
"Dia ibu kandung kau Gibrel." Tegur Haiyan.
"Dia tak layak dan tak pernah layak."
"So Nuraz macam mana? Okey semua?" Soal Haiyan mengubah topik. Topik Erica hanya memanaskan keadaan. Dia datang sini untuk ziarah Nuraz dan Gibrel.
"Hmmm okey."
"Progress belajar?"
"Masih dalam proses. Dia trauma nak guna kerambit."
"Slow slow lah kan ajar dia."
"Aku risaukan dia. Kalau aku tak ada. Macam mana nak dia nak hadap semua ni. Lawan pula manusia kejam macam tu."
"Kau tak nak bawa Nuraz jumpa dia tu?" Duga Haiyan.
"Kau nak aku tempah maut ke apa ni?"
Haiyan menepuk dahi perlahan. Mulut ni lancang sangat keluarkan ayat. Baru tadi dia mengubah topik sekarang dah hangatkan suasana lagi.
"Nenek pujuk perempuan tu. Lepastu jadi apa? Fitri pun jadi apa?"
Bukan setakat masalah Nuraz, masalah Gibrel pun rumit. Mungkin satu hari nanti, dia tidak berhati-hati. Nyawa Haiyan turut sama tergadai. Perangai Erica bukan dapat dijangka. Siapa yang menentang. Orang itu akan dapat akibat.
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...