5

222 16 1
                                    

Aku diperhatikan? Tapi siapa? Musuh Megat? Megat ada musuh ke? Persoalan bermain dalam otak Nuraz. Tak mampu dia nak hindar dari terus berfikir. Otaknya berteka teki macam puzzle.

Baru baru ini, Nuraz rasa dia diekori oleh seseorang tapi andaian itu dah terjawab. Gibrel puncanya.

"Gibrel ke?" Desis hati Nuraz. Kenapalah Haiyan tak nak cerita perkara sebenar. Perasaan takut menjelma. Perlahan lahan mata yang letih tertutup sendiri. Moga mimpi yang indah Nuraz Imani.



*****



Bum. Bunyi itu mengejutkan dia dari lena. Nuraz bingkas bangun. Mata meliar memandang sekeliling tapi tiada apa apa. Bunyi jatuh cukup kuat di pendengaran telinga.

"Ya Allah. Aku mimpi lagi." Bisik Nuraz. Mimpi berulang tayang lagi. Akhirnya, Nuraz kalah. Menitik air mata. Hampir setiap malam, tragedi itu bermain dalam mimpi. Lenanya telah tergugat.

Telefon dicapai dan Nuraz membuka applikasi whatsap. Whatsap arwah Megat dibintangkan supaya kekal diatas.

25.2.2019
Kalau bunuh diri atau dibunuh. Mana satu kau akan terima kenyataan?

Nuraz terima soalan ini sebelum seminggu arwah Megat jatuh bangunan. Discroll lagi whatsap ke atas.

26.2.2019
Walaupun apa yang terjadi. Kau kena percayakan aku.

Nuraz hairan. Adakah ini petanda yang Megat nak sampaikan sesuatu. Nuraz mengeluh. Kisah Megat seumpama puzzle. Dia harus cantumkan satu-satu tapi apakan daya dia sangat bencikan puzzle. Dia lemah dalam mencantumkan sesuatu.

Dari atas sehingga ke bawah. Tiada apa yang menarik atau otak terlalu fikirkan kata kata Haiyan.

"Kau sedang diperhatikan"

Ayat pertama keluar dari mulut Haiyan bermain dalam fikiran.



*****



Gibrel menepuk meja dengan kuat. Urat-urat timbul dikeliling muka. Dia merengus kuat. Geram dengan sikap Nuraz yang tidak fokus.

Nuraz tersentak. Lamunan terhenti. Jantung berdegup kencang akibat kejutan tadi. Mengurut dada perlahan lahan untuk reda.

"Ini sampah Nuraz!!!" Jerkah Gibrel. Flyer dilemparkan atas meja.

Nuraz mengambil kertas flyer yang dilemparkan. Bertaburan di atas meja. Dia membelek kertas flyer depan dan belakang. Tiada masalah. Flyer ini telah dapat kebenaran dari Gibrel untuk mencetak.

Nuraz membaca patah perkataan dengan teliti.

Gulp..

Bukan 2 patah perkataan yang salah tapi lebih dan warna pada reka bentuk lari. Dia lupa simpan dalam CMYK. Lidah terkelu hendak menjawab. Ini memang kekhilafan darinya.

"Kenapa banyak typo? Mata letak mana? Kat lutut. Itulah orang bekerja dia termenung." Garang suara Gibrel menutur kata.

Nuraz menelan air liur berkali kali. Seram dengan amarah Gibrel.  Sepanjang bekerja dengan Gibrel, mungkin ini kali ke 2 dia kena herdik. Kali pertama semasa dia baru masuk kerja. Itu pun gara gara salah editing.

"Sorryyyy. Saya tak perasan. Nanti saya betulkan balik." File adobe ilustrator dibuka untuk edit.

"Nuraz. Jangan bawak hal personal kat tempat kerja." Suara Gibrel mengendur.

Kau Yang Aku PilihWhere stories live. Discover now