47

115 8 0
                                    

Bab 47

"Tak boleh ke kita berunding dengan dia orang?" Nuraz masih cuba memujuk Gibrel.

"Belum sempat berunding. Kita dah jadi abu."

"Itu kan mummy awak. Awak patut tahu lah. Dia macam mana kan."

Gibrel meneruskan suapan nasi. Kadang naik pening dengan sikap Nuraz. Sekejap itu sekejap ini. Walhal beberapa hari lepas mereka dalam ambang kematian. Hari ini, masih dengan keputusan degil dia. Konon guna kaedah cara "berunding".

"Gibrel."

"Hmmm."

"Saya bukan apa. Saya rasa bersalah sangat bila awak melawan mummy awak. Saya tak penting pun. Mummy awak tu kan syurga awak."

Sekali lagi! Syurga? Hatinya gelak sinis. Syurga apa kalau nyawa anak sendiri pun dia sanggup gadaikan. Nuraz itu hanya alasan. Dari dulu sampai sekarang mummy nak terbaik. Realitinya, ada udang disebalik baru. Berlembut dia ada hadnya. Sampai bila nak tengok mummy pijak maruah dia.

"Awak patut hidup macam dulu. Uruskan kafe. Hidup dengan nenek dan Fitrah. Saya je tersalah langkah sebab kenal dengan Megat. Tapi tu kan takdir. Tak akan nak mengeluh."

"Ada beza ke saya dan awak? Saya jumpa awak itu kan takdir. Dan saya lahir dari rahim perempuan tak guna pun. Takdir saya."

"Awak tak baiklah dia kan mummy awak."

"Betullah tu tak baik. Biarkan dia buat suka hati ikut kepala tak betul dia tu. Semua orang jadi musuh dia termasuk mak mentua dengan anak sendiri. Orang luar diagungkan sangat. Elok sangat tuu Nuraz. Benda salah, saya lawan. Benda baik, saya ikutkan. Sekarang ni tak ada satu pun baik pada mummy tu." Panjang lebar Gibrel meluah. Nuraz dengan perkataan "itu kan mummy awak", " itu kan syurga awak." Bosan dia dengar.

"Awak kena tahu awak ada batas. Tak akan awak nak bunuh ibu kandung sendiri. Mafia pun sayang ibu sendiri tau." Tak kisah Gibrel nak mengamuk, dia tetap dengan pendirian nasihatkan Gibrel. Erica itu ibu kandung Gibrel. Dia ini yang tiada pertalian darah, mestilah dendam tu ada. Wajah tegang Gibrel dia tidak endahkan. Dia tahu ini yang terbaik.

"Nurazzz. Andai kata saya buat rundingan dengan mummy. Awak kena utamakan keselamatan bukan datang dengan tangan kosong. Ingat jangan jadi bodoh. Jangan letak leher pada parang musuh. Saya mungkin akan selamat. Awak tu pasti selamat dengan orang-orang mummy. Fikir baik baik. Jangan buat perkara tergesa."

Sudu yang dipenuhi dengan nasi goreng, tidak jadi masuk ke dalam mulut. Dia letak ke dalam pinggan. Air teh diteguk perlahan. Otaknya proses dengan ayat Nuraz. Mulut mahu meluahkan kata otaknya tahan agar tak keluar perkataan.



*****


Nuraz ikut kehendak Gibrel dalam keadaan terpaksa. Kaki melangkah ke belakang rumah. Tempat untuk bermain dengan senjata. Dia melabuhkan punggung dalan keadaan lemah. Tiada semangat dalam diri. Otaknya menerawang ke tempat lain. Dia kembali lagi ke dunia terpencil. Dulu di pulau dan sekarang dalam hutan. Sebuah banglo yang jauh terperosok dalam hutan tebal. Hidup keluarga Gibrel misteri dan kaya. Abang tiri ada pulau persendirian. Adik pula ada hutan persedirian. Kaya tahap iron man agaknya. Bertuah hidup Gibrel. Malangnya, hidup kaya itu tak bawa makna yang bahagia pada Gibrel. Kasih sayang yang pernah dirasa dari ibu kandung sendiri.

"Jauh termenung."

"Awak kaya kan."

"Tak ada guna kaya kalau hati tak tenteram."

"Tak tahu bersyukur kan awak ni."

Gibrel meletakkan barang yang dibawa ke atas meja. Dia keluar satu per satu alatan. Permulaan baru adalah perkenalkan senjata ini pada Nuraz.

"Awak belajar boxing kan."

"Ya. Silat pun pernah belajar tapi asas je. Setakat nak tumbangkan musuh tu alah celah gigi je." Balas Nuraz. Mata bersinar melihat kerambit didepan mata. Pertama kali dalam hidupnya dia melihat senjata ini. Kecil tapi sangat berbahaya. Perasaan takut bertukar menjadi perasaan teruja.

"Berapa lama saya boleh mahir guna kerambit ni?"

"6 bulan paling lama. Kalau cepat tangkap 2-3bulan tu. Habis selesai ni semua. Belajar guna pistol pula."

Aduhhh. Ngeri dengar. Dalam tempoh beberapa bulan dia akan belajar senjata yang akan meragut nyawa musuh. Tidak terbayang keadaan nanti.

Kerambit diletakkan pada permukaan meja. Bentuknya kecil sahaja tapi mampu merobek anggota tubuh lawan dan melumpuhkan musuh secara pantas. Jika dilihat sepintas lalu kerambit mirip seperti cakar harimau.

Gibrel mengambil senjata kerambit dan dipegang serta dimasukkan jari telunjuk ke dalam lubang di bahagian atas. Manakala lengkungan mengarah ke depan.

"Kecik je ye tapi aduhhh mati lah nak kalau kena. Ni lah orang panggil kecil kecil cili padi. Serammm." Ujar Nuraz.

"Cara macam ni untuk memutarkan tangan bila musuh dah masuk dalam gengaman sekali libas je terus menusuk dalam badan." Gibrel beri penerangan. Sekali lagi, dia tunjuk kaedah menggunakan kerambil dan dia memutarkan.

Mulut Nuraz berbentuk o. Menakjubkan. Sekali putar je boleh mati pihak lawan. Salah guna ni makan diri juga. Seram sejuk dia saat ini.

"Nak cuba?"

"Errrr. Hehehe."

"Tak apa hari ini. Saya akan perkenalkan je kerambit tu apa dan cara guna. Esok baru mula." Ujar Gibrel. Perlahan-lahan dia akan ajar Nuraz. Tak perlu mendesak. Risau Nuraz alami kejutan. Dia tahu Nuraz masih trauma dengan kejadian lalu. Dia tahu juga seorang Nuraz adalah berjiwa kental dan mental kuat.

"Masa dulu dulu. Kerambit ni digunakan untuk wanita golongan atasan je."

Terangguk - angguk kepala Nuraz dengar cerita Gibrel.

"Peribahasa minangkabau ada kata seorang pendekar silat yang belum menguasai ilmu kerambit adalah seekor harimau yang tidak memiliki cakar."

Kali ini ternganga mulut Nuraz. Tak sangka Gibrel yang kelihatan seperti anak mat salleh celup ini pandai tentang peribahasa. Hafal pula tu. Makin kagum Nuraz pada Gibrel. Rasa menyesal pula dulu tak nak belajar kerambit. Dulu tengok kerambit tu rasa nak pengsan. Tak tahu kenapa memang dia rasa takut. Hari ini, dia pecah tradisi dalam hidupnya. Belajar sesuatu yang dia tidak suka.

"Kerambit ni boleh je awak letak kat sanggul rambut tu. Buat hiasan dan senjata. Orang dulu dulu buat macam ni lah."

"Eh tak nak. Tersiat kulit kepala saya."

Gibrel gelak dengan kelakuan Nuraz. Jari telunjuk bergoyang ke kiri dan ke kanan. Kepala juga turut sama mengeleng.

"Ni sarung dia kan. Sarung ni lah buat sanggul rambut. Untuk berdepan dengan musuh, saya bagi yang lagi kecil dari ni."



*****



Selesai mandi, Nuraz termenung di birai katil. Jari jemari pula membelai rambut ikal yang makin panjang. Mungkin sudah mencecah paras punggung. Fikiran melayang ke lain. Hidupnya 100% berubah. Bermula dari serangan kecil sehinggalah bermain dengan nyawa manusia. Megat pula dah lama tak muncul dalam mimpinya.

"Apa istimewanya aku pada Erica?" Desis hatinya. Saham yang hanya 10% dah dibeli oleh Hayden. Tiada lagi yang tinggal. Nuraz baru teringat kata-kata Gibrel dulu. Setiap perempuan yang Gibrel mahu kenal, Erica akan singkirkan.

Erica ni manusia mengarut. Sayang anak tapi dibuat anak macam musuh. Walhal Gibrel itu keluar dari rahimnya. Pelik tapi benar. Kenyataan. Usung perut 9 bulan. Itu pilihan dia pada Gibrel. Tak sangka ada manusia seperti itu. Binatang pun sayangkan anak.

Hidup dalam tengah hutan ni ada juga membosankan tanpa gajet. Bila fikirkan balik, masa jadi tahanan Hayden. Sama sahaja rasanya cuma disini dia bebas ke hulu hilir. Air sungai yang mengalir dibelakang banglo ini belum dia terokai. Rasa teruja itu tinggi. Tak ada gajet, permainan senjata tajam yang ada.

"Ok esok kita terjun sungai. Yeayyy."

Kau Yang Aku PilihWhere stories live. Discover now