3 bulan dia berada di banglo ini. Namun tak ada sebarang jawapan yang dia perolehi. Nak lari? Boleh lari ke mana. Dia juga akan sesat. Kata Hayden, ini pulau persendirian di Thailand. Jauh dari orang ramai.
"Tak akan aku nak berenang kot." Desis Nuraz. Dia rindukan Malaysia. Dia rindu kafe. Dia rindu pekerjaan sebagai pereka grafik. Segalanya tentang dia 3 bulan lepas, dia rindu. Paling utama adalah dia rindukan kebebasan seperti dulu.
Tanpa sedar, air mata menitis. Jiwanya sedang bergelora dengan perasaan rindu. Dia tidak dapat tepis.
Kehidupan yang dia tidak pernah bayangkan. Dia terpaksa hadapi. Kematian ahli keluarga. Jadi buruan orang dan diculik. Sungguh, hidup ini sangat memenatkan.
"Are you okay Nuraz?"
Air mata lekas dikesat dengan tangan. Dia mengerlip mata berkali-kali. Air mata ini bukan untuk ditayang pada orang luar.
"Kenapa nampak saya tak okey ke?"
"I tanya je sebab nampak you termenung."
Nuraz geleng kepala dengan mengukir senyuman. Dia tidak boleh tunjuk sisi lemah pada wanita cantik ini. Dia tahu Riana orang Hayden. Pasti segala tentangnya Riana akan bercerita.
"You orang mana?"
Riana meneruskan kata bila lihat riak wajah Nuraz berubah.
"Oh I orang KL. Family I semua orang KL. Memang I tak tahu orang kampung tu macam mana. You orang kampung?"
"Hina ke jadi orang kampung?"
"Eh No. Bukan itu maksud I. I just tanya je Nuraz. Mana tahu you sudi bawa I pergi kampung you. Duduk bandar kadang bosan tau."
"Tak payah. Awak duduk je dalam hutan ni. Sama je rasa." Ujar Nuraz. Nuraz berpeluk tubuh. Mata memandang wajah Riana yang jelas terkedu.
"Errr I nak you tahu. I datang sini selalu sebab nak tengok you. I tak kerja untuk Hayden ya."
"Saya tak tanya pun cik Riana a.k.a tunang Megat Haydennnn." Meleret nada suara Nuraz.
Riana tergamam.
"Hari itu saya masuk bilik hujung tu. Ada gambar cik Riana dengan Hayden tengah sarung cincin. Gambar tu dah lama. Jadi mesti dah lama korang bertunang kan. Dah nikah belum ni?" Ibarat detektif conan Nuraz menyoal tanpa beri ruang. Kalau Hayden tak boleh. Dia pasti Riana boleh bagi jawapan.
"I bertunang dengan dia tak ada kena mengena dengan you pun. Kenapa jelous? Suka Hayden?"
Nuraz tergelak kecil. Kelakar soalan Riana. Jatuh cinta dengan Hayden? Boleh jerat jari lah! Lelaki penuh misteri. Rupa lelaki itu pun dia tidak tahu. Perangai dia sangat menjengkelkan hati.
"Saya nampak gambar Megat danial dalam gambar tu. Siapa dia? Adik Megat Hayden?"
Riak wajah Riana biasa. Tidak apa perlu dirisaukan. Soalan yang tidak memerangkap dirinya.
"I tak ingatlah. Dah 3 tahun kami bertunang. Maybe ada yang terselit dalam gambar. Megat Danial siapa?"
Soalan tidak terjawab. Pandai Riana tutup jawapan. Tak apa. Nuraz bukan jenis mengalah.
"Megat Danial tu kawan baik saya. Dia dah meninggal dunia. Beberapa tahun lalu. Kerana dia saya jadi buruan orang. Kerana dia juga saya disini."
"Meninggal? Sebab apa? Ops sorry kalau you tak jawab. I paham."
"Ada orang tolak dia dari tingkat atas. Dalam laporan dia bunuh diri."
Riana menutup mulut yang terbentuk O.
"Oh My God. Mana satu betul ni?"
"Awak rasa?" Soal Nuraz dengan senyuman sinis.
"Dia kawan awak. Mana saya tahu." Ujar Riana.
Nuraz geram bila Riana berpura-pura jadi bodoh. Dia tahu tentang Megat Danial dan dia juga tahu tentang Gibrel.
Nuraz mengetuk dahi. Cuai. Kenapalah dia tak tanya soalan lagi. Biar Riana terus cemas dan cerita hal sebenar. Dia tidak silap. Lelaki yang ada dalam gambar itu ialah Megat Danial. Kawan baik dia. Apa hubungan mereka sebenarnya? Megat Danial dan Megat Hayden? Adakah mereka adik beradik? Sebab tu Megat Hayden sanggup tolong dia dari jadi orang buruan.
Nuraz perah otak. Dia mahu ingat nama bapa Megat Danial. Tapi memorinya seakan tersekat. Dia tidak boleh berfikir.
"Slow slow Nuraz. Kau boleh ingat." Nuraz memujuk diri sendiri.
Nuraz menarik nafas panjang. Setengah jam dia berfikir tapi langsung tak mampu nak ingat. Kecewa dengan dirinya yang mudah lupa nama bapa Megat Danial.
*****
Di ruang meja makan, hanya kedengaran sudu dan garpu berlaga. Tiada suara yang keluar.
"Kalau kau nak pandang aku. Tak payah makan. Pergi sana." Marah Nuraz. Tidak selesa dipandang tajam. Perut yang sedang lapar kembali kenyang.
Air diteguk rakus. Dia bangun tapi dihalang oleh Megat Hayden.
"Duduk Nuraz. Ada benda aku nak cakap."
"Kau nak apa?"
"Betul ke kau jelous aku bertunang dengan Riana?"
Hampir terngaga mulut Nuraz. Soalan tak logik di akal. Apa makna cemburu kalau dia tidak ada perasaan terhadap lelaki ini. Pasti Riana buat cerita.
"Kau nampak gambar aku?"
Nuraz geleng kepala. Gambar lelaki itu kabur. Yang jeles hanya gambar Riana dan Megat Danial. Tapi dia pasti itu Megat Hayden. Rumah ini milik Hayden sudah tentu gambar itu adalah Hayden.
"Muka kau kabur. Tapi aku nampak belakang gambar tulis. Nama kau dan tarikh pertunangan."
Megat Hayden angguk perlahan. Lega rasanya bila gadis ini tidak dapat mengecam dia.
"Tak lama lagi aku akan bebaskan kau."
Dari riak masam bertukar ceria. Nuraz tak salah dengar. Megat Hayden nak bebaskan dia.
"Tapi ada satu syarat. Kau kena patuhi."
"Apa dia?"
"Jauhkan diri dari Gibrel dan jangan datang kafe. Balik kampung atau kau pergi mana mana yang Gibrel tak akan jumpa kau."
Nuraz mengerut dahi. Tidak faham dengan syarat lelaki ini. Apa kena mengena Gibrel dengan semua ini.
"Siapa kau dengan Gibrel sebenarnya?" Soal Nuraz curiga. Hati mula berdebar.
"Tidak ada siapa. Aku cuma tak nak kau berhubung dengan orang yang kau kenali sebelum ni."
"Tak boleh." Bantah Nuraz. Lelaki ini tidak berhak aturkan hidup dia.
"Biar aku jelaskan pada kau. Megat Danial tu sepupu aku."
"Gibrel?"
"Bukan siapa siapa."
Seusai sesi soal jawab bersama Nuraz. Megat Hayden bingkas bangun dan berlalu pergi. Hanya teka teki yang bermain dalam minda Nuraz.
Nuraz pula terkapai-kapai dengan jawapan tidak pasti. Megat Danial sepupu Hayden, lelaki misteri itu. Sebab itulah, dia berada disini.
"Apa sebenarnya semua ni Megat? Aku pening. Cerita hidup kau berputar. Teka teki kau tinggalkan aku tak jawab." Bisik Nuraz dalam hati. Dia memicit kepala yang kian berdenyut.
"Kau patut tahu kenapa kau diburu Nuraz. Megat Danial bukan keutamaan kau." Suara itu dilaung dari tingkat atas.
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...