Gibrel senyum sinis. Berjumpa dengan mummy sendiri ibarat berjumpa dengan orang yang baru dia kenali. Tingkah mummy kadang berubah-ubah membuatkan dia tidak dapat teka. Debaran didada makin gila. Demi sebuah jawapan. Dia sanggup redah sehingga ke sini.
"Sihat?"
Gibrel bangun dan menunduk sedikit. Bersalaman dan cium tangan itu bukan cara mummy. Cara mummy lebih kebaratan.
"Nak jumpa ibu sendiri pun. Kena buat temu janji bagai." Ujar Gibrel dengan nada sinis. Mata melirik pada pakaian mummy. Terlampau kebaratan. Wajah mummy juga macam tak mamah dek usia. Masih lawa seperti anak dara.
"Why you nak jumpa mummy?"
"Mana Nuraz mummy? Mummy buat apa pada dia?"
Erica gelak besar. Anak kandung sanggup datang jauh semata mata mahu bertanya tentang perempuan. Dia tidak kisah tentang itu. Gibrel bukan anak kesayangan dia dan dia tidak pernah bela Gibrel. Semuanya diberikan pada bekas mak mentua.
"Dulu mummy suruh Gib kahwin dengan perempuan lain. Gib tak nak."
"Jangan berdalih mummy. Jawab pertanyaan Gibrel." Keras suara Gibrel. Tidak suka mummy berdolak dalih.
"I dont know. You sayang dia kan? Of course you tahu dia kat mana. Kata love." Sarkastik jawapan Erica. Suka dengan nada suara Gibrel yang risau.
"Why kita nak gaduh sayang? You datang dari jauh kan. You makan dulu. I boleh suruh maid siapkan makanan."
"Makanan apa?makanan tak halal mummy tu? Mummy dah tua. Tak reti nak bertaubat ke? Tak penat ke hidup dengan dosa."
Gibrel tahu gaya hidup Erica. Kebaratan dan tiada langsung ciri ketimuran.
Erica tepuk tangan. Dulu, Gibrel hanya zahirkan pada kelakuan tapi sekarang Gibrel sudah berani bersuara.
"You suruh I bertaubat?" Soal Erica sedangkan dia tahu hakikat itu.
"Dont be stupid mummy. Mummy tahu agama mummy apa tapi kenapa mummy buat jugak?" Bentak Gibrel garang.
"Baliklah Gibrel. I tak perlukan ustaz nak ceramah I."
"Mummy bukan muda. Mummy dah umur..."
"Shut up Gibrelll." Jerkah Erica lantang. Tak suka soal umur dibangkitkan. Dia masih orang muda yang mahu kebebasan. Jiwa dia muda lagi. Tanya pada orang lain sudah tentu mereka meneka umur Erica 30 an. Tengok sahaja gaya yang seksi dan wajah yang masih tegang.
"Muka mummy pinjaman. Esok lusa apa yang mummy buat akan dapat balasan. Mummy ingat apa yang mummy buat pada megat. Gibrel tak tahu? Tunggu masa mummy akan jatuh tanpa orang lain lakukan."
Ujaran Gibrel tidak beri kesan pada Erica. Dia tersenyum bongkak. Siapa yang mampu jatuhkan dia? Dia boleh buat semuanya dengan duit. Silap percaturan, Gibrel lenyap dari muka bumi ini. Tapi dia tahu disudut hati, dia sayangkan Gibrel. Gibrel itu anak kandung yang sah.
Sorotan mata jatuh pada kerusi. Tempat duduk Gibrel sebentar tadi. Belum pernah lagi mereka bersua muka dengan baik. Pergaduhan pasti akan terjadi.
"Mancossss." Jerit Erica memanggil orang kanan.
"Yes madam."
"Apa tujuan Gibrel datang ke mari?"
"Saya tak tahu madam."
Tipu.
Erica tahu perhubungan Macos dan Gibrel sangat baik. Lebih baik dari hubungan ibu dan anak. Malas menyoal banyak. Dia bangun dari kerusi. Ada tempat yang mahu dia tuju.
Perlahan lahan pintu dibuka dari luar. Habuk memenuhi ruang hidung. Erica tutup hidung dengan tangan. Lama tempat ini dia tidak kunjungi. Bilik bersama aruah suami. Kenangan lama mengusik jiwa.
Tilam masih teratur dengan bantal yang tersusun. Sejak ayah kepada Megat meninggal. Dia tidak lagi masuk ke bilik ini. Gambar yang masih setia pada meja direnung lama.
Megat ayah kepada Gibrel. Lelaki yang baik dan tidak pernah soal tentang kisah silam dia. Sanggup berkahwin dengan dia untuk menutup aib. Dia sedar dia bukan wanita yang baik. Wanita yang ada agenda sendiri. Kelahiran Gibrel tak pernah dia gembira. Hanya seksaan yang datang. Sebab itulah dia mampu jaga Gibrel beberapa tahun dan bagi pada mak mentua. Itu lebih baik.
Sedar dengan emosi tidak stabil. Erica terus keluar dari bilik ini. Kenangan lama tak patut mengusik jiwa dia. Kekalkan hidup yang sekarang dan bahagia dengan cara sendiri.
Datang cara baik tapi tinggal dengan cara pertelingkahan. Hubungan dia dengan mummy tak pernah baik. Dia sendiri tidak pasti bila hubungan mereka akan baik. Jadi seperti ibu dan anak.
Bertanya tentang Nuraz hanya alasan dibibir. Hakikatnya, dia mahu melawat mummy. Dia mahu ubah cara mummy. Tapi sebaliknya mummy terlalu jauh terpesong. Kisah perkahwinan mummy dan daddy tidak sepenuhnya diceritakan oleh nenek. Hanya kiasan dan sipi sahaja.
*****
Angin malam datangkan emosi tidak stabil. Dia hela nafas panjang. Kusut dan keliru. Dia teringat Nuraz. Sihatkah Nuraz dibawah lindungi manusia itu.
Kecewa bila dia bukan orang pertama yang berada di sisi Nuraz. Langkah ke hadapan hanya membuatkan keadaan makin kusut. Biarlah dia dengan cara sendiri.
"So apa yang kau dapat hasil dari perbincangan dengan mummy?" Soal Haiyan memecah kesunyian. Dari tadi Gibrel kekal jadi bisu.
"Atau kau bergaduh lagi?" Haiyan meneka. Riak wajah Gibrel dia dapat teka dengan betul. Perjumpaan mereka anak beranak tak pernah berakhir dengan baik.
"Kenapa mummy tak suka aku?"
Haiyan terkedu. Soalan yang dia tuju sepatutnya dijawab. Sekarang Gibrel pula yang soal. Soalan yang memang dia tak dapat nak jawab.
"Kenapa tak tanya mummy kau je."
"Dia nak jawab ke?"
Haiyan tepuk dahi. Dari awal bersuara hanya soalan dan soalan yang dikeluarkan. Tiada langsung jawapan. Parah benar hati Gibrel.
"Waktu kau umur 10 tahun. Kau pernah tanya aku. Aku suruh kau tanya mummy tapi kau tetap tak dapat jawapan. Balik nanti text dia. Tanya balik soalan ni."
Suasana sepi.
Haiyan leka menghirup kopi. Tidak dipedulikan Gibrel.Gibrel pula termenung pandang jalan raya. Otaknya seakan tepu sejak dia pulang dari Amerika. Tidak mungkin ayat itu dia akan bertanya pada mummy kembali.
P/S : Entahlah makin lama makin merapu pula story ni😂 jauh dari apa yang saya inginkan. Selamat membaca semua. Jangan lupa vote & komen.
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...