Sedih atau gelak? Dia sendiri tak tahu. Benarlah kebenaran itu memang pahit malah menyakitkan hati. Anak patung beruang ditumbuk berkali-kali. Dia membayangkan muka Sara saat ini. Kalau Sara ada depan mata sudah tentu dia bagi penampar sulung. Nuraz meletakkan tangan pada dada kiri. Degupan jantung laju seiring dengan rasa sedih dan marah.
"Sara sayang akak Nuraz macam akak kandung Sara." Ayat dilafazkan Sara terngiang dalam kepala Nuraz.
"Dasar manusia talam dua muka."
Patung beruang pemberian Gibrel dicampak pada tingkap. Dia melompat dari tilam dan memijak patung beruang. Seterusnya, Nuraz menendang ke arah pintu. Tidak cukup melepas amarah. Nuraz menjerit kuat.
"Arghhhhhhhhhhhhh. Dasar perempuan jahatttttt." Sekuat hati Nuraz menjerit.
Ketukan pintu tidak dipedulikan. Dia belum puas melepas amarah. Kaki melangkah ke arah tingkap lalu dibuka kasar. Nuraz pandang ke bawah dan memanjat tingkap.
"Nurazzz."
Nuraz menjeling tajam. Dia menunjuk isyarat tangan menyuruh Gibrel keluar.
"Jangan sebab seseorang. Awak jadi macam ni Nuraz!"
"Awak ingat saya nak bunuh diri ke?" Soal Nuraz kasar. Kaki sudah melunjur ke bawah.
"Dah tu awak nak buat apa? Turun dari situ Nuraz."
"Saya nak tenangkan fikiran."
"Bukan macam tu caranya. Banyak lagi yang tak bahaya."
Nuraz mengeluh bosan. Kaki masuk ke dalam bilik dan melompat ke bawah. Nuraz berpeluk tubuh. Bersedia mendengar bebelan Gibrel."Jangan buat jantung saya gugur macam ni. Jangan sampai saya buat kerja gila. Bilik ni tak ada pintu. Marah macam mana pun jangan risiko kan diri."
"Contoh nak lepaskan marah?" Tanya Nuraz. Mata dibawa ke atas. Dia sudah tahu jawapan Gibrel.
"Kat bawah ada aktiviti lasak. Lepas je cara macam tu. Suka panjang pokok kan. Saya dah sediakan peralatan untuk awak memanjat."
"Ye baik tuan Gibrel. Maafkan saya kerana membuat jantung mu dup dap dup dap." Ujar Nuraz. Punggung dilabuhkan pada tilam. Selamba dia berbaring malas depan Gibrel. Tak kisah dengan kelakuan lepas.
"Saya nak keluar bandar. Ada nak kirim apa apa?"
Nuraz tak endahkan soalan Gibrel. Tangan mencapai selimut dan diletakkan pada telinga. Dia mengiring badan dan berlakon tidur. Dia malas membuka mulut hari ini. Moodnya mati. Dia nak rehat.
*****
"Gibrel."
Tak perlu berpaling ke belakang. Dia sudah tahu siapa. Tangan ligat memilih sayur dan ikan segar. Dia picit sedikit perut ikan. Bila terasa masih pejal. Gibrel masukkan ke dalam pinggan yang disediakan.
"Pandai kau tutup jejak." Bisik Hayden pada tepi telinga Gibrel.
Masih begitu, Gibrel tak endah. Tangan ligat pula pilih sayur. Sayur kangkung, sawi, bayam dan kobis diletakkan pada bakul. Cili api warna hijau turut diletakkan. Selesai memilih dia berikan pada penjual untuk mengira.
"Mummy ada dekat sini. Katanya nak pilih ayam segar segar. Ada tetamu istimewa datang." Ujar Hayden memancing reaksi Gibrel.
Selesai membayar, Gibrel terus melangkah untuk ke tempat lain. Dia tiada mood untuk membalas soal jawab Hayden. Bazir masa! Bazir tenaga! Jumpa Erica anggap je sebagai orang asing.
"Abang sendiri pun kau tak nak sapa ke? Tu haaa mummy ada je kat situ. Kau kan anak yang baik. Apa salahnya tegur mummy. Syurga kau bawah tapak kaki mummy." Hayden terus provok Gibrel. Kaki turut melangkah sama. Bila Gibrel berhenti ditempat ayam, Hayden turut berhenti.
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...