22: MAMT

2.3K 137 4
                                    

Hayden berlari ke arah lori yang sudah berhenti untuk dapatkan Ayda.

"Ayda.. Ayda.. AYDAA!"

Hayden melihat bawah lori itu ada warna merah pekat yang terkena jalan raya itu. Terus Hayden terduduk di depan lori itu sambil memeluk kasut tumit tinggi Ayda yang terpelanting tadi.

"Ayda.. Jangan tinggalkan abang macam ni.. Ayda.. Ayda!!"

Dia menumbuk jalan raya itu sekuat mungkin sampai tangannya itu berdarah. Dia terbayang reaksi wajah Engku Aisyah, Tengku Farhan dan juga Adiel apabila berita ini disampaikan.

"Itu takkan terjadi!!" laungnya. Sedang dia mengamuk di situ dia terpandang dua figura yang berbaring di depan rumah Amira yang sudah di kerumuni oleh orang ramai.

Mula-mula dia buat tak peduli kerana dia sedang fikirkan keadaan Ayda yang di langgar oleh lori ini. Tiba-tiba dia perasan suami kepada Amira berlari ke arahnya dengan riak muka yang risau.

"Hayden.. Hayden.. Adik kau.. Adik kau.. -" tanpa sempat Fairuz habiskan kata-katanya, Hayden bergegas ke arah sana diikuti Fairuz dari belakang.

Hayden menolak orang ramai yang sedang menghalang laluannya untuk melihat betul atau tidak itu Ayda.

Apabila sudah sampai betul-betul depan dua orang yang terbaring itu Hayden berani kan diri menolak kain yang menutupi separuh muka gadis itu.

Hayden terkejut, sangkakan orang lain rupanya memang betul itu Ayda yang terbaring di sebelah seorang pak cik. Cepat-cepat Hayden pergi ke sisi Ayda untuk sedarkannya.

"Ayda..Ayda bangun, Ayda bangun Ayda. Jangan buat abang risau macam ni"

Pak cik yang terbaring sebelah Ayda tersedar dan bangun dari pembaringannya.

"Kenapa ramai sangat orang ni?" tanya pak cik itu dalam kehairanan. Hayden terus mengucapkan terima kasih kepada pak cik itu yang masih dalam keadaan tak tahu apa-apa.

"Terima kasih sangat-sangat pak cik sebab dah selamatkan adik saya, nah pak cik ambil ni" Hayden memasukkan not berwarna ungu sebanyak empat keping ke dalam poket baju pak cik itu.

"Apa ni nak? Bukan pak cik yang selamatkan. Pak cik tidur sini sahaja. Ambil balik, banyak sangat ni" pak cik itu menolak pemberian Hayden. Hayden menahan tangan pak cik itu dari memulangkan semula duit itu.

"Walaupun bukan pak cik, saya tetap nak sedekahkan kepada pak cik. Harap pak cik tak menolak" dia tolakkan kembali duit itu masuk ke dalam tangan pak cik itu.

Pak cik itu terus menadah tangan mengucapkan tanda syukur dan mendoakan kebaikan kepada Hayden. Dia pun mengaminkan doanya. Orang ramai yang melihat kejadian tadi terus beransur pergi menyambung semula kerja mereka.

"Tapi memang bukan pak cik yang selamatkan adik kamu, pak cik bangun ni pun sebab terkejut sebab dengar suara orang ramai dekat samping pak cik"

Hayden mengangguk tanda mengerti. Ayda yang masih tidak sedarkan diri itu diangkat kepalanya ke atas ribanya dan melindungi wajah Ayda  dengan mukanya di hala ke arah perutnya.

"Tak apa lah pak cik, terima kasih sebab jaga adik saya tadi. Risau sungguh saya. Tapi boleh saya tanya, pak cik ada nampak ke wajah atau bentuk badan orang tu?"

Pak cik itu mengelengkan kepalanya.

"Pak cik jaga diri ya?"

"InsyaAllah, semoga Allah memperluaskan lagi rezeki kamu nak" doa pak cik itu. Fairuz pun meminta pak cik itu bangun dan diajak masuk ke kawasan khemah rumah Amira. Mengajak pak cik itu makan.

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now