10: MAMT

3.3K 168 0
                                    

Seminggu dah berlalu, selepas kejadian itu pak long dan mak long banyak kali memohon maaf atas sikap Zayyan yang tidak sopan. Dia tak marahkan pak long dengan mak long pun. Cuma dia benci sangat dengan perangai buruk Zayyan tu. Disebabkan perangai tak berapa cerdik Zayyan itu. Balqis, tokma dan atuk tinggal di sini untuk beberapa hari. Selain itu, semua dah balik ke rumah masing-masing.

Selama seminggu, Ayda banyak terperap dalam bilik. Dia keluar pun untuk makan dan tolong  mama apa yang patut, lepas itu masuk biliknya semula. Entah lah... Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia boleh jadi macam ini.

Tok tok tok!

"Adik, boleh akak masuk?" tanya Kak Iera, di luar bilik.

"Masuklah kak. Tak kunci pun," ujarnya. Bersila diatas katil.

Kak Iera menolak perlahan daun pintu dan dia tersenyum manis ke arah Ayda. Pintu ditutup rapat. Kak Iera mendekatinya dan duduk di hadapan Ayda.

"hei kenapa ni? Abang kesayangan Ayda risau tau. Ada apa-apa masalah yang Kak Iera tak tahu ke?"

"Eh, tak adalah kak. Cuma Ayda tak sukalah bila orang lelaki buat Ayda macam tu. Lagi-lagi pula, Ayda baru je bertudung. Lagi satu, Ayda tak suka sangat tengok pak long dengan mak long yang minta maaf bagi pihak dia. sedangkan, Zayyan tu dah dewasa dan ada mulut. Dah kenapa mulut dia berat sangat nak minta maaf? Dia yang buat salah, orang lain pula yang tolong minta maaf. Sedap hidup dia. Tua bangka pun masih tak reti nak jaga hati orang tua!" Dengusnya, geram. Siapa yang tak geram? Dia buat salah orang lain yang datang minta maaf. Siapa tak sakit hati. Kak Iera hanya senyum.

"Ayda, sudah lah fikirkan dia. Pak long dengan mak long dah arif sangat dah dengan perangai Si Zayyan tu. Lagipun, perangai Zayyan berubah sejak dia balik daripada luar negara, kan? Pak long pun ada cakap yang Si Zayyan dulu dia lain, tak macam ini. Entah lah akak tak tahu nak cakap apa. Tapi Ayda, lepas ni kalau dia datang buat tak tahu je, okey? Kita tak tahu diri Zayyan sekarang ni macam mana sebenarnya. Tapi, Ayda jangan risau. Suami akak akan sentiasa tolong Ayda dan kami semua juga akan sentiasa ada, okey." Kak Iera pujuk dia sambil memegang kedua-dua tangannya.

"Ye akak, Ayda tahu dan Ayda akan ingat sampai bila-bila. Oh, hmm... dengar kata Anis dengan Zayyan nak ikat tali pertunangan eh?" soalnya, baru terlintas di kepala.

Kalau betul lagi bagus. Tak perlu aku serabut dengan muka keparat dia tu! Desis hati Ayda.

"Tak pasti lagi, diorang masih bincang lagi tu rasanya. Hmm, setahu akak Anis tu memang setuju tapi Zayyan tu lah tak bagi jawapan lagi." Ayda buat muka. Dasar lelaki tak guna!

"Tak payah nak tunggu jawapan daripada dia. Kahwinkan terus. Tak ada lah rosak anak dara orang nanti- auch! Sakit kakkk..." Ayda mengaduh sakit dicubit Kak Iera.

"Eh tak baik tau kata macam tu. Kita doa yang baik-baik je, okey. Mana tahu kut-kut hati Zayyan lembut bila kita doa dekat dia kan?"  Ayda cemberutkan mukanya. Kak Iera nak tergelak tapi ditahan. Tak nak Si Ayda makin merajuk dengannya.

"Hmmm yelah. Semoga begitu," ujarnya, malas-malas.

"Dah, jom keluar. Semua orang dah tunggu Ayda tau, nak sarapan sama-sama." Kak Iera ajak. Yang sudah turun daripada katilnya. Berdiri disebelah katil Ayda.

Ayda tersenyum manis. Dia pun turun daripada katil, kemas sikit-sikit mana yang nampak berselerak. Selesai itu, lalu dia keluar dari biliknya bersama dengan Kak Iera. Melangkah beriringan dengan kak Iera hingga ke ruang dapur. Ayda nampak semua muka-muka yang dia sayang. Syukur dan gembira dia dikurniakan keluarga yang baik-baik, alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah...

●●●


"Khai masuk bilik aku kejap," panggil Raiyan kepada setiausahanya melalui intercom. Khai masuk.

"Ya ada apa bos?"

"Hari ni aku ada meeting dengan siapa-siapa tak?"

"Ada dengan syarikat Tengku Farhan. Tapi anak lelakinya wakilkan sebab Tengku Farhan dia pergi outstation selama seminggu."

"Okey, dia nak jumpa kita kat mana dan pukul berapa?" soal Raiyan, ada gaya bakal bos.

"Dekat pasaraya depan office kita ni. Beberapa minit lagi bos," balas Khai.

Raiyan menyentuh dagunya. Berfikir sesuatu.

"Kalau macam tu kita bertolak sekarang lah. Perut aku berkeroncong pula petang-petang ni." Khai mengganguk dan dia keluar untuk mengambil barangnya.

Dia ambil barang-barangnya dan keluar dari pejabat. Raiyan menggunakan tangga, kerana malas hendak menunggu lif. Sampai sahaja di lobi dia terserempak dengan seorang gadis yang dia memang tak nak jumpa selama ini.

"Afieq, kenapa awak selalu nak mengelak daripada saya hah?" tanyanya.

"Sebab muka kau macam puntianak," katanya perlahan. Berkerut dahi gadis itu.

"Whatever lah." Gadis itu menggulingkan matanya, "Nah, jemput datang bawa your family dan ajak lah your friends sekali, okey." Diletakkan sampul surat bewarna putih di tangan Raiyan. Raiyan tanpa ragu-ragu membukanya dan terus riak mukanya berubah sangat terkejut.

DENG! DENG! DENG!...

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now