15: MAMT

3K 175 36
                                    

"Ayda.. Sudi tak kau... Jadi kawan baik aku sampai syurga?" dia tersenyum lagi lebar daripada tadi.

"Apa!!"

Membulat mata Ayda bila mendengar perkataan yang terkeluar dari mulut Raiyan.

"Maaf Ayda, abang kau yang suggest kan untuk kenakan kau macam tu aku cuma ikut je. Jangan marah aku Hehehe" Ayda mengetap giginya tangannya yang tadi terketar-ketar sudah bertukar menjadi penumbuk. Kerana geram dengan muka Raiyan yang seperti kerang busuk dan juga muka abang Adiel yang tertawa terbahak-bahak. Dia pun mengetuk kepala Raiyan dan abang Adiel.

"Atatatata! Sakitlah!" kata mereka berdua.

"Tu baru sikit! Hati orang yang sakit ni tak tengok ke!? Kau Raiyan, kalau abang aku suruh makan tahik kau ikut juga ke ha!?"

"Eee! Apa tahik tahik tu najis woi! Mana ada orang nak makan!"

"Lepas tu kau pergi ikut rancangan abang aku tu apahal!"

"Aku ikut je!.. -"

"Eh eh dah dah! Bising tau!" kata Ariena garang. Abang Adiel ni dia mula dulu tak nak berhentikan pula. Orang tua ni!

"Dia mula dulu lah Riena. Kenapa aku -.."

"Dua kali lima sama je kau dua orang mangkuk ni" kata Adila lepas. Apa dia Adila kata!? Mangkuk!

"Lek lek tak payah nak marah lah woi! Nah ambil ni" Raiyan letak kotak baldu itu diatas telapak tangan Ayda.

"Kalau kau nak main-main tak payah lah" katanya pelan. Fed-up dah dengan perangai nakal Raiyan.

"Kau ni! Tu hadiah betul-betul lah kau ni tolak rezeki betul. Kalau kau tak nak meh lah sini" baru saja Raiyan hendak mengambil semula Ayda melarikan tangannya ke belakang.

"Aku nak!" katanya dengan muka berbahang malu.

Pelan-pelan dia membuka kotak baldu berwarna biru itu dan dia ternampak seutas rantai leher berwarna emas. Berkelip mata Ayda melihat namanya ada di situ.

"Rantai? Kau bagi aku rantai!" laungnya di depan muka Raiyan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Rantai? Kau bagi aku rantai!" laungnya di depan muka Raiyan. Bersungguh nampak. Engku Aisyah tersenyum melihat kerenah Ayda.

"Ya, kenapa? Kau tak suka? "

"Tak wei! Ni lah rantai yang aku nak selama ni! Tapi.. Kenapa kau letak nama Mikayla bukan Ayda?" tanya Ayda sambil mengeluarkan rantai itu.

"Oo sebab nama Mikayla tu maksudnya pemberian Allah"

"So?"

"So kau ni pemberian dari Allah yang paling berharga bagi keluarga kau dan juga kita orang. Faham?"

"Ooo okay! Faham terima kasih Raiyan!"

"Sama-sama"

"Ayda, sekarang kau tutup mata kau dengan tangan"

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now