30: MAMT

2.9K 119 2
                                    

Selepas selesai solat Isyak. Ayda merehatkan tubuhnya sekejap di atas katil. Sambil tu dia melihat laman sosial menggunakan laptop miliknya.

Sedang dia asyik melihat laman sosial miliknya. Dia teringatkan seseorang. Tangannya laju menaip mencari nama seseorang dan menghantar emel kepadanya.

To: Tengku Raihana Bella
From: Tengku Ayda Mikayla

Assalamualaikum,

Hai Bella, kau apa khabar? Aku kat sini alhamdulillah sihat. Aku lama dah tak dengar khabar kau tahu-tahu je kau dah balik Amsterdam. Kau okay ke? WhatsApp tak on, ig pun tak nampak mana story kau. Kau ada masalah ke? cerita lah dengan aku, kalau boleh tolong aku tolong. Aku tak nak paksa kau. jaga diri tau! I love you<3 

Yang ikhlas
Ayda Mikayla

Butang send ditekan. Harap-harap lah dia baca. Dia termenung sendirian. Seketika dia memejamkan matanya. Tiba-tiba sahaja muncul bayangan seseorang yang datang pada mimpinya saat dia berada di hospital hari tu.

Terus matanya dibuka dan bangun dari baring.
Dia memegang dahinya. "Ya Allah, kau temukan lah aku dengan orang yang datang dalam mimpi ku ini. Semoga orang yang datang ni memberi petanda baik dalam keluarga ku. Aamin." sudah beberapa kali juga dia bermimpi benda yang sama.

Seorang lelaki berpakaian putih. Wajahnya tidak dapat dilihat. Tapi rasanya tenang sahaja bila munculnya dia.

"Ya Allah, andai dia bukan jodohku maka jauhkan lah, andai dia adalah jodohku kau dekatkan lah" dia kemudian meraup wajahnya. Sedang dia asyik mengelamun. Telefon pintar miliknya berdering. Minta diangkat.

"Assalamualaikum, ada apa?" jawabnya malas.

"Waalaikumussalam, macam marah je aku telefon ni? Aku off la-"

"Cakap je lah kau nak apa malam-malam telefon aku ni? Baru ingat kawan ke? Selama ni, tak ada pun nak ambil tahu yang aku ni hidup ke tak. " dia merungut. Dia duduk bersila.

"Ya aku mengaku, aku menyepi lama sangat. Tapi memang keadaan tak mengizinkan, macam mana aku nak bagitahu. Kau pun sama, tak mesej pun aku. Nasib Ariena dan Adila bagi tahu yang kau dah discharge dari hospital. Lega aku dengar."

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now