Dua hari kemudian..
"Ayda, nanti jangan lupa perlahankan api nasi tu bila dia dah gelegak. Tokma nak solat zohor kejap"
"Ya tokma!"
Dia yang sedang seronok melihat cerita kuch kuch hota hai di tv3 terus bangun pergi ke dapur.
Hayden pula keluar sekejap, kerana ada perjumpaan apa entah. Nampak sahaja nasi sudah gelegak Ayda perlahankan api dan tutup dengan penutupnya.
Dia nampak banyak tokma beli ubi kentang. Nak buat apa entah?
"Kalau buat jemput-jemput ubi ni sedap juga. Tapi esok lah, tak sedap kalau makan masa tengah hari" lama dia memerhati bahan yang dikeluarkan oleh tokma.
"Asal banyak sangat bahan ni? Macam nak kenduri" tangannya diletakkan di dagu. Macam ada sesuatu je tapi apa?
"Ayda, tutup api tu" Engku Rahmah pun masuk ke ruang dapur. Ayda pun menutup api dapur.
Engku Rahmah mula membuat sesuatu. Ayda hanya memerhati Engku Rahmah yang sedang sibuk memotong dada ayam menjadi kiub kecil.
"Tokma.. Boleh Ayda tolong?"
"Hurm.. Kamu pandai buat ayam goreng kunyit?" Engku Rahmah bertanya. Tangannya tidak berhenti memotong dada ayam.
"Boleh lah..sikit"
"Tak apa, tokma tengokkan juga. Bahan-bahan tokma siapkan semua dah kamu tolong goreng je, Boleh?"
"Boleh, tapi tak banyak sangat ke?"
"Alah banyak mananya, sikit je ni. Dah pergi hidupkan api"
Ayda hanya menurut, kuali lejen milik tokma dikeluarkan dan letak di atas dapur. Dibuka api besar.
Minyak yang sudah panas, Ayda masukkan ayam yang sudah dipotong menjadi kiub kecil dan digaul dengan kunyit tambah garam. Ayda mula mengacau.
"Ayda, kena kacau sokmo sebab tak nak ayam tu jadi keras dan hangus." Ayda hanya mengangguk. Dia mula mengacau. Engku Rahmah hulurkan bawang putih dan bawang merah kepada Ayda.
Ayda ambil dan masukkan ke dalam kuali. Dikacaunya lagi. Apabila ayam hampir masak, Ayda masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang yang sudah siap dihiris. Akhir sekali, masukkan gula sedikit dan kacau selama satu minit. Okay dah siap! Boleh angkat dan hidang.
"Pandai tak Ayda, tokma?"
Dia ingin dipuji."50-50"
"Yeah! Nanti adik cuba lagi biar menangis tokma merasa masakan air tangan Ayda."dia tersenyum gembira sambil tu dia mengambil sedikit ayam yang digoreng tadi dimasukkan ke dalam mulutnya.
" Yummmy!! "
" Tokma, Ayda naik dulu eak nak solat. "terus berdesup dia berlari keluar.
" Bertuah punya budak! Tak solat lagi" Ayda cepat-cepat masuk dalam bilik tidur dia. Pintu dikunci dari dalam.
"Huh nasib sempat, kalau tak habis semua kitab-kitab tokma sebut"
Dia pun berlalu pergi untuk ambil wuduk untuk solat zohor.
°
YOU ARE READING
Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ]
Genç Kurgu[ In editing process. ] "Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak lima ribu ringgit tunai." "Aku terima nikahnya Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan mas kahwinny...