39: MAMT

3K 141 32
                                    

Tepat pada pukul 5.30 pagi. Mateen tersedar dari lenanya. Matanya digosok pelan. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukan di tubuh isterinya. Tak nak dia terjaga. Dia menyelimutkan Ayda sehingga paras dada. Lena betul dia tidur.

Dia bangun dan bergerak ke bilik air. Tangannya sempat mengambil tuala di ampaian sebelum masuk ke dalam bilik air. Baru sahaja Mateen mengunci pintu. Tiba-tiba dia terdengar ketukan kuat di pintu bilik air.

Tok! Tok! Tok!

Macam nak roboh dah pintu tandas tu. Terus dia melilit kain tuala di pinggangnya. Kunci pintu dibuka. Terus Ayda rempuh sahaja pintu itu. Melayang tubuh Mateen ke dinding. Sakit bhai kena. Dia mengaduh sakit. Tapi yang peliknya, kenapa Ayda laju-laju sangat tu.

Dia mengintai Ayda di ruang sebelah. Tandas hotel Hayden ni luas. Mula-mula masuk ni ruang untuk mandi dan ambil wuduk. Lepas tu, dia ada pintu satu lagi tempat untuk membuang. Ada faham? Kalau tak faham baca balik dari mula 😂.

"Eh muntah?" dia mendekati Ayda yang terbongkok-bongkok tubuhnya. Digosok perlahan belakang badan isterinya. Rambut Ayda juga dipegang.

"Bluek! Bluek! Bluek!" keluar habis isi dalam perut Ayda. Selesai membuang semua isi yang meloyakan tekaknya. Dia berkumur tiga kali. Mateen membantunya keluar dari bilik air.

Dia dudukkan Ayda di birai katil. Dia labuhkan duduk di sebelah Ayda. Jelas riak risau diwajahnya.

"Kenapa ni?" soal Mateen.

"Entah lah, saya rasa loya" ujar Ayda. Mungkin tersalah makan kot kelmarin. Tapi semua makanan di majlisnya kelmarin, semua makanan kegemaran dia. Serta-merta wajah dia berkerut. Mateen ikut sekali tapi keningnya yang terjongket.

"Takkanlah kita..." matanya turun naik memandang tubuh Mateen yang hanya bertuala paras pinggang itu. Mateen membesarkan matanya. Terus dia berdiri dan menutup badannya dengan tangan. Ehh terbalik ni. Patutnya Ayda yang tutup tubuh dia.

"Awak! Awak jangan fikir bukan-bukan! Saya tak sentuh awak langsung okay! Saya tak sentuh awak kalau awak tak bagi izin!" laju sahaja Mateen menerangkan kepada Ayda. Dia tak nak Ayda salam faham. Ayda mengelipkan matanya. Amboi laju dia cakap.

Ayda tersenyum. Lebar pulak tu. Dia nak tergelak sebenarnya sebab wajah cuak Mateen tu terlampau sangat.

"Awak dah tak betul ke? Kenapa senyum macam tu haa? Takut saya" Ayda tergelak.

"Aish awak ni, senyum pun tak oleh ke?"

"Boleh. Tapi jangan senyum macam tu" Ayda pelik.

"Kenapa?"

"Nanti makin naik kencing manis saya" ujar dia.

"Haa? Ada kena mengena ke dengan senyuman saya?" soal Ayda masih tidak faham dengan kata-kata Mateen.

Serta-merta badan Ayda terundur sedikit. Nak tahu kenapa? Mateen dekatkan wajah dia dekat akuuuu!!!!

Dahi Ayda dan Mateen bersatu. Ayda cuba larikan matanya dari membalas pandangan Mateen.

"Ada! Sebab senyuman sayang terlalu manis untuk abang" terus mata Ayda membulat. Ceh! Nak mengayat orang lah tu.

"Tak payah jual lah. Tak nak beli" ujar Ayda. Tubuh Mateen ditolak untuk berjauh dengannya. Entah tersalah dekat mana, author sendiri pun tak tahu. Tubuh Ayda yang duduk di birai katil ingin terjatuh. Tanpa sempat Mateen ingin menahan. Dua-dua terjelopok jatuh.

Ayda rasa bibir dia tertindih sesuatu yang lembut. Dia cuba buka matanya. Terbuntang matanya. Nak tahu kenapa?

Bibir mereka bersatu!!!

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now