23: MAMT

2.7K 122 17
                                    

Seminggu kemudian

Keluar sahaja dari balai pelepasan. Bibirnya mengoyak senyuman nipis. Sempat matanya meliar ke sekeliling ruang menunggu itu sebelum kaca mata hitam yang elok tergantung pada leher baju di tubuhnya ditarik lalu dengan cermat dipakai, elok terletak di atas hidung mancungnya.

Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar jeans. Dia mendail nombor seseorang. Panggilan bersambung dengan orang di sana.

"Hello bro!"

"Hello Faiq, mai ambil aku kat Airport ni"

"Kau dah sampai ke?"

"Ya.. Cepat sikit. One more thing jangan Sampai si Nina mambo tu tahu yang aku dah sampai"

"Orait boss, okay lah aku bertolak sekarang."

"Okay.."

Dia mematikan panggilan tersebut. Kerana bosan menunggu si Faiq dia membuka aplikasi pubg mobile untuk menghilangkan rasa kebosanannya.

"Tembak dia! Tembak diaa. Tolong aku sat!"

Tiba-tiba ada seorang wanita duduk di kerusi yang diduduki oleh lelaki itu. Wanita itu wajahnya muram dan merah seperti tomata. Tengah malu ke marah?

Dia merasakan ada orang lain di sebelah sana. Tapi dia buat tak heran sahaja. Matanya melekat di dada skrin.

Dia terdengar bualan antara perempuan tadi dan juga seorang lelaki.

"Kenapa perlu pergi rumah tokma? Adik okay je lah, tak ada apa-apa pun kalau duduk seorang kat rumah. Adik boleh jaga diri sendiri. Kita balik eh?"

"Tak payah mengada, Mama cakap apa tadi? Dia suruh adik pergi duduk rumah tokma kan. Supaya ada juga orang yang boleh  tengok-tengokkan adik, kat rumah mana ada orang. Mama dengan papa kan tengah busy uruskan program diorang, mestilah mereka risau"

"Serius adik boleh jaga diri, abangkan ada juga. Nak buat apa risaunya"

"Banyak tanya lah kau dik, dah tak payah banyak songeh. Abang dah beli tiket flight dah pun. Abang ada kerja kat sana juga sambil tu boleh lah tokma jaga kau kejap untuk pulihkan kaki kau tu. Jom pergi nak bertolak dah tu"

Lelaki itu bangun dan membantu perempuan itu bangun dari duduk di kerusi itu. Gadis itu pun bangun dan mengambil beg sandangnya di sangkut di bahunya.

Lelaki itu memimpin gadis itu dan hilang dari pandangan dia.

"Drama apakah yang aku tengok tadi?" permainan yang dimain tadi sudah berhenti kerana dia terkeluar dari permainan itu.

"Lamanya Faiq ni... Aku dah lapar ni"dia menggosok perut kempisnya itu. Sedang dia bermain dengan perutnya tetiba ada satu tangan memeluk bahunya dari belakang.

Dia sudah rasa geli geleman apabila terfikir itu adalah Faiq terus dia menolak dengan kasar tangan yang memeluk bahunya itu. Dia berpaling tajam ke belakang.

"I really miss you Zaf. Why you tak call I boleh I datang jemput you" katanya dengan manja. Lelaki yang di panggil Zaf itu panas matanya melihat pakaian yang tah apa-apa sepupunya itu.

"You dapat dari mana baju tak cukup kain ni hah?"

"You dapat dari mana baju tak cukup kain ni hah?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now