Sorry tau lambat.. 🥺
Hope korang enjoy dan jangan lupa vote dan komen 💝
_______________________________________________Malam itu sungguh meriah tapi tanpa disangka, ada seorang lelaki yang membuatkan Ayda rasa menerima nasib malang pada malam itu.
"Asal lah dia tu datang sini jugak? Buat serabut kepala otak je lah!" ujarnya geram.
Adila buat isyarat mulut."Perlahan sikit suara kau, nanti kecoh pulak"
"Lantak lah, aku kesah ajsjs-" mulutnya ditekup oleh dua rakannya itu.
"sal khourang ni?" (asal korang ni?)
"Aku tahu kau tak suka Zayyan datang sini, tapi jangan lah tunjuk sangat kau ni tak suka dia"
"Lepas tu, kau nak suruh aku pergi duduk depan dia dan senyum macam ulat bulu. Macam tu ke" ujar Ayda laju, suara dia tu boleh tarik semua pandangan orang tahu tak. Sabar je lah Ariena dan Adila.
"Bukan lah, aish susah lah" ujar Ariena.
"Kalau susah tak payah cakap" ujar Ayda dia pun bangun dari duduk di buaian besi itu. Dia mengorak langkah ke belakang rumah untuk melihat ada benda tak untuk di main.
Dengan kaki terhinjut-hinjut itu dia cuba mencari sesuatu di sangkar kucing itu. Untuk menikus kucing.
"Neko! Neko! Where are you?"
Matanya melilau mencari kelibat si kucing yang masih kecil."Baby, pergi mana?" ujarnya. Hatinya sudah gelisah kerana takut kucing itu sesat ke mana.
Matanya berkaca. Takkan lah hilang.
"Ayda?" tegur seseorang.
"Ehh why are you crying?" panik lelaki itu sambil mendukung sesuatu berbulu di dada bidangnya.
"Kucing.." ujarnya perlahan.
Tengku Mateen yang baru menangkap perkataan Ayda. Terus melihat kucing kecil yang dipelukkannya itu.
"Kucing ni ke" ujarnya sambil mengangkat kucing itu depan Ayda.
"Neko!" kerana terlalu teruja tangannya yang ingin mengambil Neko itu tersentuh dengan tangan Tengku Mateen. Tapi Ayda tidak perasan.
Tangan Tengku Mateen terasa seperti ada renjatan elektrik apabila tangannya tanpa sengaja tersentuh dengan tangan Ayda.
"Jumpa kat mana?" tanya Ayda sambil bermain dengan kucing kesayangannya itu.
"Sebenarnya I sedang main dengan dia tadi. Lepas tu, I nampak you macam tengah cari sesuatu tadi. Sebab tu I ada kat sini" Tengku Mateen tidak nampak jelas wajah Ayda yang sudah berkaca matanya. Kerana dia rabun kalau malam.
YOU ARE READING
Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ]
Novela Juvenil[ In editing process. ] "Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak lima ribu ringgit tunai." "Aku terima nikahnya Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan mas kahwinny...