08: MAMT

3.5K 204 8
                                    

Sretttt!

Raiyan sampai di lapangan terbang KLIA dan menghentikan keretanya di tempat parking yang di sediakan.

Dia pun keluar dari dalam perut kereta dan memasuki kawasan lapangan terbang itu untuk menemui kedua-dua adiknya.

Matanya melilau cari kelibat mereka berdua. Sambil itu dia memakai kaca mata hitam. Kerana tidak nampak kelibat mereka berdua, dia mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor adiknya itu.

"Hei, dah sampai ke belum?"

"Dah tadi lagi. Along sampai dah ke?"

"Dah lah. Korang kat mana?"

"Along, cuba kau palingkan wajah kau ke belakang."

"Asal?" Terangkat sebelah keningnya.

"Buat je lah,"

Raiyan mengikut saja apa yang disuruh.
Pusing saja, tubuhnya sudah didakap oleh seorang gadis yang dirinduinya. Raiyan membalas pelukan itu dan mematikan panggilan tadi. Dia pun melepaskan pelukan.

"Baru sampai ke?" tanya Raiyan.

"Tak lah sejam lepas dah sampai sini. Dah along lambat," katanya muncung.

"Tak payah nak muncung sangat. Hah mana Aiman? kau balik sorang ke?" tanya Raiyan pula, kerana tidak nampak kelibat adik bongsunya itu.

"Balik sekali dengan dia. Tadi, dia kata dia lapar. Jadi dia pergi beli makanan lah kejap. Haa, tu dia!" Mereka berdua melihat ke arah seorang remaja lelaki yang sibuk dengan makanan ditangannya. Tergeleng kepala Raiyan.

Aiman yang ternampak kelibat kakaknya dengan seorang lelaki terus berlari ke arahnya.

Dia tayang muka pelik sambil tu dia telan makanan yang penuh di dalam mulutnya.

"Siapa ni?" Sambil melihat pelik ke arah Raiyan. Raiyan merosakkan style rambut adiknya itu.

"Kau ni duduk luar negara tak reti nak telefon aku! Meh sini aku nak ajar kau!" Raiyan memeluk tengkuk Aiman dan menggosok sekuat mungkin rambut adiknya.

"Woi woi apahal ni bro, sakitlah ngok!" Aiman cuba melepaskan pelukan ditengkuknya. Raiyan melepaskan pelukan ditengkuk Aiman dan tersenyum puas mengacau adiknya.

Aiman membetulkan semula rambutnya yang sudah rosak dibelasah oleh abangnya.

"Jom ah balik, mama dengan papa cuti hari ni. Bawa sendiri beg cau!" Terus Raiyan berlari meninggalkan mereka berdua di belakang.
Tercengang dua beradik itu.

"Yah tak guna!"

Mereka berdua mengejar langkah Raiyan. Aiman yang geram terus melompat ke arah belakang Raiyan. Dia tumbuk badan Raiyan dengan kuat. Yang perempuan pula melihat sahaja gelagat mereka. Dia pun ikut dari belakang sahaja malas nak masuk campur perbalahan kecil diantara dua lelaki itu.

●●●

"Mama, Ayda nak naik atas dulu ya. Sebab, Ariena dan Adila nak datang. Dia ajak orang teman dia pergi beli barang hantaran. Boleh Ayda pergi, ma?" Engku Aisyah hanya angguk.

"Pergilah tak apa, mak saudara dan sepupu kamu ramai boleh tolong kemas apa semua. Tak ajak Balqis dengan Anis ke?" tanya Engku Aisyah sambil mengelap tangannya yang basah.

"Nak pergi tanya lah ni, diorang duduk dalam bilik. Ayda pergi macam ni je, boleh?" Engku Aisyah hanya angguk. Ayda pun menaiki anak tangga untuk ke biliknya.

Sampai sahaja di tingkat dua. Dia terus berjalan ke arah biliknya. Dia pun memulas tombol pintu dan dia tersenyum manis kearah Anis dan Balqis.

"Korang nak pergi tak Mall? Kawan aku datang nak ambil. Sambil-sambil tu boleh kenal. Nak tak?" tanya Ayda sambil menukar tudung shawlnya kepada bawal bidang 50.

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now