01 : MAMT

9.2K 337 23
                                    

7 TAHUN KEMUDIAN

Kring kring kring!

Tap!

Dia mula berguling-guling di atas katilnya dan mengeliat sepuas mungkin. Baru saja nak merengangkan badan, terbantut jadinya bila suara ibunya memetir di luar pintu miliknya.

Tok tok!

"Fieq! Dah bangun ke belum tu?" tanya si ibu disebalik pintu itu.

"Dah, dah bangun ma." katanya sambil menguak(betul tak?) rambutnya keatas.

"Haa, tak apalah. Jangan pergi baring pula." Macam tahu-tahu je mama ni. Katanya.

Dia mula bangun dan mengatur langkah kearah bilik air untuk bersihkan diri dan mengambil wuduk.

Selepas beberapa minit, dia mula mengangkat takbir untuk menunaikan fardhu subuh pada pagi itu.

"Assalammualaikum warahmatullah"
Sesudahnya baca wirik dan doa. Dia mula bangun untuk menyidai sejadah yang digunakan.

Dia mula bergerak kearah almari untuk tukar pakaian. Sedang asyik mencari pakaian dia tersilap tolak satu kotak dan terkeluar semua isi di dalamnya.

Dia duduk bercangkung untuk mengutip kesemua isi itu. Dia mula melihat kesemua itu sambil mengingati.

"Kaca mata? Patung beruang? Sapu tangan?... Bila masa pula-eh!" Dia mula ingat dan dia cepat-cepat mengutip kesemua itu. Dia letak diatas katil.

Dia ternampak satu sampul surat yang masih cantik lipatannya. Dia mula mengambilnya. Di atasnya tertulis.

To:Mamat Tiang
From:Budak kenit

Dia tersenyum dengan panggilan tu, dia berhati-hati membuka lipatan tersebut. Tak nak bagi rosak. Sayang!. Dia mula membacanya.

Hoi tiang!... (Kau jangan terasa eak).
Aku nak cakap something dengan kau. Jumpa aku dekat padang lepas balik sekolah. Cau lu!

#budakkenit

Dia tersenyum. Dia mula mengambil beruang, kaca mata dan sapu tangan. Memori 7 tahun yang lepas mula menerjah di kepalanya.

...

"Kerana kau dah masuk kumpulan kami, jadi kami bertiga boleh bagi kau ni je." Bagi sesuatu.

"Beruang... I means teddy bear? Why?"

"Hmm sebagai lencana kemasukan group kita orang. Why? You don't like it?"

"Nah, its okay. Aku ambil. Dah lah aku balik dulu. Kalau nak minta tolong ke apa, bagi tahu je. Insya-Allah kalau boleh tolong, aku tolong."

Gadis bertiga tu angguk. Bila beberapa langkah Raiyan berjalan. Dia terdengar mereka bertiga tu bercakap.

"weh! aku dah kata mamat tu tak sombong pun."

"Haah betul tu Dila, hah sekarang Ayda kena belanja. Sebab kata mamat tu sombong"

"Okay fine! Aku belanja. But! Tak boleh lebih dari seringgit."

"Ayda!"

Raiyan tersenyum dengan gurauan diorang. Dia terus berjalan sambil tersenyum gembira.

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now