53: MAMT

4.8K 136 23
                                    

Maaf, kalau bukan seperti yang korang bayangkan😪. Semoga terhibur. 🦋

_______

Selepas beberapa minit Tuan pergi ke luar, Am sendirian menjaga Ayda dan Puan Sri Hanim di bilik ini. Dia melihat kaki Ayda makin banyak mengeluarkan darah. Terus dia mengoyakkan sedikit kain baju hitamnya.

"Bak sini kaki." Terus dia membalut kaki kiri Ayda untuk menahan darah daripada terkeluar banyak.

"Terima kasih." ujar Ayda perlahan. Disebalik pelitup mukanya dia menayangkan senyuman pada Ayda.

Tidak lama kemudian, pintu mereka diketuk daripada luar. Membuatkan mereka bertiga tersentak. Am jauhkan Ayda dan Puan Sri Hanim daripada pintu.

Am berjaga-jaga untuk membuka pintu. Terus suara diluar didengari.

"Am, ni aku Alex. Line clear ni." ujar Alex. Sebelum dia pergi membantu Tuan.

Am terus membuka pintu. Alhamdulillah, nasib Alex. Kalau penyangak yang datang. Mati dia ingin tumbangkan semua.

"Jom. Kita pergi sekarang." Am bantu memapah Ayda. Alex pula membantu Puan Sri Hanim untuk ke pintu mereka mula-mula masuk tadi.

Sampai sahaja di pintu tadi. "Aku kena pergi bantu Tuan. Aku dah tengok keadaan semuanya dah clear. Jadi kau just jalan straight daripada sini. Kau akan nampak pasukan polis kat semak sana."

Am menganggukkan kepalanya tanda mengerti. Puan Sri Hanim sudah boleh berjalan tanpa orang memegangnya. Tapi Ayda masih perlu dipapah. Kerana Zayyan pernah menoreh kulit betis Ayda yang sedang berlapik dengan stokinnya. Zayyan terlalu marah pada Ayda. Kerana Ayda sentiasa menyebutkan status dirinya sebagai isteri orang.

Am perlahan-lahan samakan jalannya dengan Ayda. Supaya dia tidak berjalan dengan laju. Dalam fikirannya, berlegar persoalan apakah hubungan diantara Tuan dan Ayda sebelum ini.

Dia mengelengkan kepalanya, perlahan. Mengusir pelbagai persoalan di benak fikirannya. Dia berjalan sambil melihat sekeliling. Betul apa yang dikatakan Alex, kawasan di sini sudah selamat.

Nampak sahaja kelibat polis bersama dengan Hayden, Faiq, Raiyan dan Eden. Membuatkan Am terhenti langkahnya. Ayda juga turut terhenti. Puan Sri Hanim hanya mengikuti kelakuan Am. Selepas itu, Am melihat seperti Hayden dan Eden mula melangkah masuk ke dalam rumah itu. Untuk melihat apa yang terjadi.

Tidak menunggu lama, Am terus memberikan arahan pada Ayda dan Puan Sri Hanim untuk bergerak dengan cepat. Dia tidak mahu berjumpa dengan seseorang.

Seorang polis dapat mengecam dari jauh, Ayda yang sedang dipapah oleh seseorang dan diikuti Puan Sri Hanim belakang mereka.

"Ayda, kau okay?" soal Raiyan. Sambil memerhati keadaan Ayda yang baru sampai bersama gadis yang berpakaian semua hitam. Matanya saja dapat dilihat.

Sampai sahaja depan polis dengan Raiyan dan Faiq. Ayda diserahkan pada polis perempuan di situ.

"Aku okay." dia hanya tersenyum nipis kepada Raiyan.

Puan Sri Hanim dibantu oleh seorang lagi polis. "Terima kasih." Am hanya menganggukkan kepalanya, tanda dia membalas terima kasih Ayda. Baru sahaja Am ingin melarikan diri untuk ke semak sana. Tiba-tiba terdengar gema lepasan peluru yang agak kuat di dalam rumah itu. Raiyan hanya melihat perilaku Am.

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now