09:MAMT

3.3K 179 18
                                    

"Raiyan, baik kau cakap betul-betul dekat kami semua. Betul ke kau kembar?" tanya Ariena tak puas hati. Raiyan menjeling Bella di sebelahnya.

Raiyan mengeluh. Dia pun tarik nafas dan dengan lemah longlai kakinya terus menuju ke restoran di sebelah sana. Mereka pun ikut aje Raiyan dari belakang.

"Duduk lah dulu. Aku cerita semua dekat korang. Bella, kau pun kena cerita juga. Jangan nak lari eh!" Tajam mata Raiyan berikan padanya. Bella anggukkan kepala dengan laju.

Mereka berempat pun mengambil tempat untuk mendengar cerita Raiyan. Mata Ariena, Adila dan Ayda tajam seperti helang.

"Korang nak dengar aku cerita ke atau nak telan aku?" tanya Raiyan sambil menyandarkan badannya.

"Cepatlah cerita!" kata Adila tegas. Raiyan pun duduk dengan tegak. Dia pun mula buka ceritanya.

"Okey, sebenarnya kami berdua ni memang kembar. Masa aku dan Bella naik sekolah menengah kitorang berdua berpecah. Aku pergi ke Kelantan tempat arwah nenek dan atok aku. Bella pula pergi ke luar negara dengan adik bongsu aku ikut pak saudara aku belajar kat sana,"

"Jadi... sebab kenapa aku tak bagi tahu korang bertiga aku kembar err... saja. Malas nak buka cerita sangat. Kalau aku bagi tahu pun korang asyik duk menyakat aku je," ujarnya panjang lebar.

"Mana ada!" kata Ayda untuk pertahankan diri. Memang betul pun mereka bertiga sejak zaman sekolah lagi suka menyakat orang. Lagi-lagi Raiyan. Sebab dia selalu cengeng haha!

"Yelah tu," balas Raiyan, seraya jeling Ayda. "Nah, kau cakap pula." Raiyan siku lengan adiknya, Bella. Aiman tak ada, sebab busy dekat tempat kegemaran dia. Mana lagi, kalau bukan tempat main permainan video.

Bella berdeham, "Sebenarnya, I lagi tak sangka yang you kenal abang I lebih lama daripada you kenal I, Ayda. You pernah tunjuk gambar korang berempat dekat i, tapi I tak perasan pula muka Raiyan ada sekali. Oh, lupa. You ada tanya I kenal tak Raiyan sebab masa tu, you nampak I followback Raiyan dekat Instagram. I gelengkan kepala je sebab I rasa tak penting pun untuk you tahu masa itu."

"What! Sampai hati awak tipu saya..." kata Ayda sambil cebikkan bibir.

"Maaf Ayda, bukan sengaja pun. Lagipun I malas juga buka cerita sebab kami berdua bukannya sekepala sangat. Dan masa tu pun hubungan kami tak berapa baik. Jadi, so yeah begitu lah..." kata Bella, rasa bersalah mula bermain di tangkai hatinya. Raiyan buat biasa saja.

"Okey, tak perlu nak marah-marah ya girls benda dah lepas. Chill chill je, okey." Balqis cuba menghilangkan rasa canggung diantara mereka.

Baru sahaja Ayda ingin bercakap, Balqis terus menyuruh mereka semua tundukkan kepala.

"Dah kenapa?" tanya Ayda berbisik. Keningnya berkerut.

"Tu! Bukan ke tu gadis yang kita cuba kejar tadi?" terus Ayda palingkan wajahnya. Bulat mata Ayda memandang atas bawah baju yang dipakai oleh gadis itu. Lagi mengejutkan Ayda adalah... perempuan yang sedang memakai baju tak cukup kain itu adalah Anis. Tengku Anis, sepupunya.

Ayda yang tak senang melihat itu, mula bangun untuk menyapa Anis tapi cepat dihalang oleh Raiyan.

"Weh kau gila ke? Duduklah nanti dia perasan," kata Raiyan sambil memegang lengan dress Ayda. Kerana Ayda duduk di sebelah kanannya.

Ayda mengeluh sambil duduk kembali. Nasib Raiyan halang dia. Kalau tak, tak tahu lah drama apa pula jadi dekat restoran ini.

"Tak sangka... Anis. Astaghfirullahalazim." Tak terkata Ayda jadinya. Tangan Raiyan yang masih memegang lengan dress Ayda terus dilepaskan. Nasib Ayda tak sedar. Kang tak pasal-pasal kepala dia pula yang melayang.

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now