Wajahnya di ceriakan. Tidak mahu risaukan Engku Aisyah dan Tengku Farhan. Senyuman lebar menghiasi wajahnya.
"Mama, kenapa nak datang tak cakap?" Dia memeluk badan Engku Aisyah. Rindu. Engku Aisyah mengeleng kepalanya. Anak dia ke ni? Ya Allah, manja tu tak boleh nak sorok sikit ke. Ish!
"Nak datang sini pun kena bagi tahu ke?" dibalas pelukan anaknya itu. Yang lain gelak sahaja dengan tingkah laku Ayda. Macam budak-budak.
"Rindu mama je ke? Papa tak?" jauh bunyinya. Ayda ketawa. Dia bangun dan mendekati Tengku Farhan yang duduk di sebelah Tan Sri Tengku Muiz.
Tangannya di hulurkan, Tengku Farhan menyambut dicium tangan papanya itu. Lepas itu, Ayda memeluk tubuh badan Tengku Farhan. Tengku Farhan membalas pelukan Ayda. Pelukan di leraikan.
Dia baru teringat, barang dia tak bawa masuk dalam bilik lagi. Terus dia minta diri untuk ke biliknya sekejap. Sambil tu, dia tarik tangan Adila yang sedang duduk di sebelah Puan Sri Hanim.
Sampai sahaja di bilik, Ayda menutup pintu. Semua barang-barang diletakkan di sebelah almari.
"Kenapa kau ajak aku sekali ni?"
Sementara tu Ayda henyakkan punggungnya ke katil. "Kenapa aku nampak kau friendly sangat dengan auntie Hanim tu?" Adila tergelak.
"Asal kau gelak?"
"Kau ni, ingatkan apalah. Dia bos aku lah"
Mata Ayda membulat. "Biar bet-bila!?" jerit Ayda perlahan.
"Beb, aku jadi model dia masa umur aku dua puluh. Lusakan dah masuk tahun baru, jadi.. Nak masuk empat tahun macam tu lah" ujarnya bersahaja.
Ayda ingin menjerit tapi cepat cepat Adila menekup mulut kecil itu. "Kau ni! Jangan lah nak jerit," tangan dilepaskan. "Macam mana aku tak menjerit. Kawan aku dah berjaya dapat capai cita-cita yang diimpikan, mestilah aku gembira!"
Adila tergelak. "Ya lah, kau kan duduk jauh mana lah kau nak tahu," Ayda bangun dan memeluk lengan Adila.
"Alahhhh.. Jangan lah majuk! Aku tak reti nak pujuk tau. Hurmmmm.. Nanti aku belanja kau, nak tak?" kepalanya di sengetkan.
"Betul ni?"
"Betul" Adila tergelak pelan. Lepas tu, dia teringatkan sesuatu.
"Cerita yang kau janjikan tu.. Bila nak bagitahu?" ujar Adila.
"Oh aku lupa, nanti malam lah aku cerita kat kau fasal tangan aku ni. Sebab mama.."
"It's okay lah, aku faham. Takkan lah nak cerita masa ni kan"
"Terima kasih beb! Sebab faham aku"
Dia dakap tubuh Adila. Adila tergelak sekali lagi."Sama-sama kasih. Dah, jom turun bawah."
"Jom"
Mereka sama-sama tergelak. Selepas itu, diorang pun keluar dari bilik untuk ke ruang tamu.
Mereka pun turun ke bawah, rancak sahaja boraknya. Macam dah kenal lama.
"Amboi! Rancaknya" ujar Ayda sambil duduk di sebelah Engku Aisyah. Adila pula duduk di sebelah Puan Sri Hanim. Engku Aisyah tersenyum.
"Adik, nak tahu tak?" Engku Aisyah menaikkan keningnya.
"Apa?"
"Auntie Hanim ni.. Kawan mama" Ayda mengelipkan matanya. Dia cuba tafsirkan apa yang dikatakan oleh mamanya.
"Kejap, Tokma kawan ngan Nenek. Mama kawan ngan mumm- eh! auntie Hanim" dia mengigit bibirnya. Sikit lagi nak tersasul. Engku Aisyah tersenyum dalam diam. Adila tahan senyumannya.
YOU ARE READING
Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ]
Teen Fiction[ In editing process. ] "Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak lima ribu ringgit tunai." "Aku terima nikahnya Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan mas kahwinny...