42: MAMT

2.8K 136 39
                                    

Kereta alphard milik Mateen tiba di perkarangan Hospital Kuala Lumpur. Selesai memarkir keretanya. Lalu tali pinggang kaledar dibuka. Mateen terus membuka pintu kereta dan keluar dari situ dan berlalu ke arah isterinya. Pintu belah isterinya dibuka.

Ayda keluar dari kereta itu bersama senyuman di bibirnya. Pintu kereta Mateen tutup perlahan. Mereka berjalan beriringan sambil berpegangan tangan. Mereka pakai baju yang sama warna. Mateen lah yang mengada sangat nak ikut warna baju dia. Macam kembar dah nampak.

Mateen tolong tarikan pintu masuk, mereka berdua masuk ke dalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mateen tolong tarikan pintu masuk, mereka berdua masuk ke dalam. Tiba sahaja di hadapan kaunter. Ayda terus bertanya tentang wad yang diduduki oleh Anis.

"Nama siapa, ya?" tanya jururawat itu.

"Tengku Anis binti Tengku Borhan"

"Wadnya di tingkat tiga, nombor 114" kata jururawat. Ayda anggukkan kepalanya.

"Terima kasih, jom abang" Mateen rasa macam ada rama-rama dalam perut dia yang sedang berterbangan. Kerana Ayda selalu perasan yang Mateen asyik sebut je perkataan 'abang' kat rumah lepas tu kat luar. Jadi dia buat pilihan untuk biasakan diri untuk membahasakan Mateen dengan abang. Kalau tak dia asyik sebut lah perkataan tu sampai berbuih mulut dia. Ni dia dah panggil, makin lebar lah senyuman kat bibir dia tu.

Mereka menaiki lif menuju ke tingkat 3. Keluar sahaja daripada lif.

"Tu mama kan?" tanya Ayda. Mateen kecilkan matanya. "Ha'ah, ya". Ayda dan Mateen mendekati susuk tubuh mama dengan mak saudaranya.

"Assalamualaikum, mama. mak tih," mereka menyalam mama dan mak tih. "Waalaikumussalam, dah makan dah?"

"Makan dah mama, anak mama ni power layan Mateen." kening dia naikkan. Ayda cebikkan bibirnya. Sempat aje dia nak mengusik. Mateen eratkan pegangan tangan antara mereka.

"Menyempat ek. Mama macam mana dengan keadaan Anis?"

"Doktor kata dia terlampau banyak ambil ubat. Sampai jadi overdose, Doktor cakap juga dia stres dan kurang tidur. Tu yang macam emosi tak stabil" Ayda menganggukkan kepalanya.

"Papa dengan pak tih mana, mama?" tanya Mateen.

"Assalamualaikum,"

"Haa panjang umur, menantu baru je sebut" Engku Aisyah ketawa. Mateen tersengih.

"Waalaikumussalam, pak tih sihat?" soal Mateen apabila Tengku Borhan datang bersama dengan papa. Mateen menyalam tangannya.

"Alhamdulillah, sihat" Tengku Borhan senyum ke arah suami anak saudaranya.

"Dah boleh melawat ke?" tanya Ayda.

"Boleh dah, jom lah kita masuk" ajak Tengku Jamilah. Mereka masuk ke wad Anis. Ayda memegang lengan suaminya.

Mujur juga Anis dipakaikan tudung. Tak ada lah orang nampak aurat dia. Ayda pandang dari hujung katil. Anis masih lena. Letih agaknya.

"Macam mana boleh jadi macam ni, mak tih?"

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now