05: MAMT

4.8K 242 12
                                    

Ketung! Ketang! Ketung! Ketang!

Dia berpaling. Dahinya berkerut tanda kepelikan.

"Aik asal bising? Tadi tak lah bising sangat. Kee... diorang dah sampai?" Matanya membulat dan dengan kelam kabut dia mencapai tudung bawalnya yang sudah kacing siap-siap.

Dia pun mengambil telefon dan masukkan ke dalam kocek seluar. Dipulas tombol pintunya dan keluar. (Tukar ya haritu bilik dia,  saya kata kat bawah sekarang dah kat atas). Dengan perlahan-lahan dia berjalan turun ke tingkat bawah ingin melihat apa yang bising sangat itu.

Ternampak sahaja kelibat Engku Aisyah terus disambar lengannya.

"Allahu Akbar!! Ayda! Hei terkejut mama. Kenapa tarik macam tu?" Kan dah terbebel Engku Aisyah dibuatnya.

"Hihi mama sorry." Dia tersengih.

"Tak adalah, Ayda nak tanya asal bising? Dah sampai semua ke?"

"Ha'ah dah sampai belah papa. Tapi tokma, atok dan pak long sekeluarga belah mama je belum sampai,"

Belah papa dah tiada dua-dua atok dengan nenek. Jadi mama sahaja yang tinggal nenek dan atok. Boleh lah juga dia merasa ada nenek yang sporting dan atuk yang garang tapi penyayang!

"Dah tak payah tercegat kat sini pergi salam dengan diorang," kata Engku Aisyah.

"Mama, masuk sekali jom? Segan lah pulak. Lama tak jumpa kan," katanya tersenyum. Engku Aisyah menggulingkan matanya. Mengada!

"Jom lah..." Ayda  pun memeluk lengan Engku Aisyah dan beriringan ke dapur untuk bertemu dengan sedara maranya.

Nampak sahaja kelibat Engku Aisyah dan Ayda  kecoh balik ruang dapur mamanya itu.

Belah papa ada empat beradik. Papa anak sulung. Okay yang kedua ni Juliana panggil dia makngah dia ada dua orang anak lelaki. Iaitu Tengku Ryzal berumur 26 tahun sama tua dengan abang Adiel, sudah bertunang. Dan adik dia pula Tengku Zizan berumur 25 tahun. Baru habis belajar.

"Makngah!!!" Ayda berlari persis budak-budak memeluk tubuh makngah. Rindu!

"Hiii rindunya makngah dekat anak tembam makngah niii!" katanya sambil berpelukan kemas.

Abang Ryzal dan Abang Zizan mencebik.

"Umi ni, anak dua orang kat sini ni bukan tembam jugak ke?" ujar abang Ryzal dan diangguk oleh Zizan.

"Alah kamu berdua ni. Tu pun nak cemburu dengan sepupu sendiri. Kan lama dah tak jumpa mestilah rindu. Kan Ayda?" Ayda hanya gelak perlahan dengan cemburu dua sepupunya itu.

"Alah Abang Ryzal dengan Abang  Zizan  ni, orang nak lepas rindu je. Bukan nak culik pun!" kata Ayda, sambil gelak.

"Hurm ye lah tu," Ryzal cebikkan mulutnya.

"Alah, tak payah nak mencebik macam mulut itik tu. Umi tetap sayang kamu haih. Nak nikah dah pun masih cam tu," kata Tengku Juliana pula.

"Ehem ehem,"

Seseorang berdehem di belakang Ayda. Ayda mula berpaling. Terus tersenyum lebar melihat orang di depannya itu.

"Paklang~" dia malu sikit dengan paklang ni. Sebab paklang dia ni garang. Nama dia Tengku Faiz. Dia ni adik bawah makngah. Anak dia kembar lelaki perempuan. Diorang baru boleh meniarap.

"Haih, kuatnya suara memekik sampai luar dengar tau," kata Tengku Faiz.

"Hehehe sorry, rindulah sebab tu bising sikit, " Tengku Faiz iaitu paklang menggosok perlahan kepala Ayda yang dilitupi tudung.

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now