04: MAMT

4.9K 246 11
                                    

Selepas selesai bersihkan diri dan tunaikan  solat subuh. Ayda mula mengemas katilnya yang berselerak dan menyusun semua dengan kemas dan cantik.

Dia menghenyak punggungnya di tilam katil yang bersaiz queen itu. Untuk menghilangkan rasa keletihan.

"Aih, letihnya. Ni baru bilik tak lagi ruang tamu. Kalau macam ni hari-hari boleh turun lemak aku rasanya," katanya sendirian. Dia membuka iphonenya dan melihat ada satu mesej dari orang yang tidak dikenali semalam.

"Nak buka ke tak? Malas lah baik aku mesej kat grup."

Dia mula tekan the pearl SQ.

To: The pearl SQ
Assalammualaikum, korang jangan lupa datang tau.

Ayda mula perasan nombor yang tidak dikenalinya itu ada juga di dalam group mereka.

Wait- aku rasa aku tahu siapa dia ni.

To:019-*******
RAIYANNNNNNN!!!

From:Adila🌻
Eh kenapa ayda???

From:Ariena🌼
Ni mesti Raiyan ada buat benda kan.

From:019-*******
Eh! Sorry! Aku gurau je...

To: Raiyan
Siap kau. Nanti bila kau dah sampai rumah aku, siap aku kerjakan kau!!

Dia pun keluar dari chat group tu. Dan mula melangkah keluar dari biliknya.

"Mama! Papa! Kenapa sunyi? keluar ke?"

Sampai sahaja di ruang tamu dia terlihat satu nota kecil berwarna pink melekat di meja kopi.

Dear adik,

Mama dengan papa keluar kejap. Breakfast dulu tau. Makanan dah ada kat atas meja.
Jaga diri. Muah!

Mama❤

Dia pun dengan bosannya, pergi ke dapur dan makan-makanan yang tersedia di atas meja bersendirian.

••••

"Raiyan, nak pergi mana pagi-pagi ni?" tanya Engku Sara. Tengku Irfan hanya memerhati sahaja sambil menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya.

"Hah, tak ada pergi mana-mana pun. Kenapa ma?" Dia pun ambil tempat berhadapan mamanya.

"Tak lah, nampak lain macam je pakai baju macam tu. Haaa, nak pergi jumpa awek eh?"

Tersedak dibuatnya. Terus Tengku Irfan hulurkan air.

"Uhuk... Uhuk!" Digosok dadanya.

"Mama ni, mana adalah. Raiyan nak pergi jumpa kawan lama jap. Raiyan mana ada kekasih dah,"

"Hmm, yelah. Eh kamu dah putus ke dengan budak mira tu? Tak nampak mana dah sekarang ni," soal Engku Sara ingin tahu. Selalunya pagi-pagi dah tercegat kat luar pagar.

"Raiyan, tak ada apa-apa dah dengan dia. Biarlah dengan dia tu. Kalau macam tu Yan gerak dulu eh. Lewat pula nanti kang."

"Hmm, baik-baik bawa kereta tu. Jangan balik lambat sangat kita nak pergi rumah Tengku Farhan pula," kata Engku Sara.

Dia angguk. Dia mula bangun dan bergerak kearah Engku Sara dan Tengku Irfan untuk salam kedua-dua tangan mereka.

Dia pun keluar dari rumah itu dan menghidupkan enjin kereta. Dia mula keluar dari kawasan rumah itu.

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now