Kedua matanya di tenyeh-tenyeh apabila ruangan kosong disebelahnya tadi memberat.
"Abang..."
Sebelah bahu suaminya diusap perlahan. Nyenyak sungguh dia tidur. Enam hari dia tumpang tidur dirumah mummy kerana Mateen terlalu risau takut ada apa-apa yang berlaku pada kandungannya masa dia tiada. Setiap kali terjaga malam, baru boleh dia nampak batang hidung suaminya. Kerana sibuk menguruskan syarikatnya yang mendapat projek baru. Usia kandungannya yang sudah menginjak 9 bulan membuatkannya sukar untuk tidur dengan selesa.
Perlahan-lahan dia bangkit daripada baring dan menyandarkan badannya pada kepala katil. Suaminya yang sedang lena bagai tak nak bangun itu dipandang.
Letih sangat raut wajahnya. Seketika dia belai rambut depan suaminya yang semakin panjang. Sekarang dia busy sikit biasalah keluarga kecil mereka akan bertambah seorang. Kenalah kerja lebih sikit walaupun sudah cukup duitnya. Ayda mengelengkan kepalanya.
"Orang suruh rehat tak nak. Nak juga buat kerja sampai lewat malam. Esok kerja pagi. Aih, abang, abang." dicuit sedikit hidung suaminya. Seketika wajah suaminya berkerut. Terasa lenanya diganggu. Ayda perlahan-lahan menepuk semula bahu suaminya. Mendodoikan seperti bayi. Tapi ni bakal bapak budak. Dia tertawa sendiri.
Ayda menguntum senyum ceria."Selamat malam, abang." dia melabuhkan ciuman pada dahi suaminya sebelum keluar daripada bilik tidur mereka.
Keesokannya, pagi itu Ayda sibuk menyiapkan sarapan pagi untuk dirinya dan Mateen.
"Sayang!"
"Ya? Kat dapur ni." suaranya dikuatkan sedikit.
"Sayang..." nada suara Mateen kedengaran daripada belakang. Seperti ingin menangis. Apa pula yang terjadi ni?
"Ya, kenapa?" soal Ayda, lembut. Matanya masih melekat pada masakannya.
"Hmm, sayang... tak jadi..." Mateen merengek. Sudah siap masak. Api ditutup. Ayda menoleh ke belakang melihat suaminya yang merengek.
"Lah, dah kenapa abang pakai macam tu?" soal Ayda, pelik. Elok-elok necktie dia ikat tadi untuk senang Mateen masukkan je. Tup tup dia pakai jadi lain.
"Manalah abang tahu sayang. Pakai-pakai je jadi macam ni. Hmm, sayang tolonglah ni, hurm." bibirnya disebik. Mukanya dibuat minta kasihan. Aish, gedik je.
Ayda mengelap tangannya pada kain kering sebelum mendekati suaminya. Muka Mateen berubah ceria. Ayda membuka ikatan necktie itu pada leher Mateen. Dicabutnya.
"Abang makan dulu, lepas tu baru Ayda pakaikan."
"Haa, tap-"
"Tiada tapi, tapi. Duduk."
Bibirnya dicebik lagi sekali sambil melabuhkan punggungnya ke kerusi. Ayda letakkan necktie Mateen diatas meja makan sebelum dia pergi mencedok mi goreng ke dalam mangkuk. Dia kembali ke meja makan, diletakkan mangkuk yang berisi penuh dengan mi goreng itu ditengah meja. Dia pergi masuk semula untuk ambil pinggan dan gelas untuk dia dan suami.
"Dah, dah lah sebik tu. Nanti kalau baby nampak macam mana? Mesti dia akan ikut sebik juga." ujar Ayda selepas melabuhkan duduk di atas kerusi berhadapan suaminya. Mateen kemam bibir dia pula.
Dicedokkan mi goreng ke dalam pinggan Mateen dan ke dalam pinggannya juga. Air teh panas dituangkan ke dalam cawan Mateen dan dia. Cawan diletakkan sebelah pinggan Mateen.
"How was the baby yesterday? Okay?" soal Mateen. Ayda mencicip air teh sedikit sebelum menjawab persoalan suaminya.
"Baby okay. Tapi macam biasa dia ada tendang-tendang sikit. Mungkin tak sabar nak bermain dengan baba dia kot." ujar Ayda dengan senyuman lebar tidak lekang daripada bibirnya.
YOU ARE READING
Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ]
Teen Fiction[ In editing process. ] "Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak lima ribu ringgit tunai." "Aku terima nikahnya Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan mas kahwinny...