37: MAMT

3K 145 71
                                    

Korang anggap je lah yang dah masuk 4 minggu ya. Kalau lama sangat nanti bosan pulak. Sebab author sendiri pun tak sabar tunggu bab ni😂.

Enjoy!

______________________________________

2.2.2018

Hari yang dinanti-nantikan oleh semua pihak. Beberapa jam lagi status dirinya akan bertukar. Segala penat lelah yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

Tingkat 5 di hotel penginapan bagi belah perempuan. Sungguh riuh dan meriah terdengarnya. Kerana akhirnya bongsu kesayangan mereka akan berkahwin.

Awal-awal pagi lagi dia sudah bangun. Kerana untuk bersihkan diri dan bersiap untuk pernikahannya pada pagi itu di masjid jamek.

Selesai sahaja dia breakfast pagi itu. Semua kaum hawa sibuk dalam menguruskan persiapan. Yang nak nikahnya dia. Tapi orang lain yang bersungguh. Aih~

"Oit! Termenung apa lagi? Dah pukul berapa dah ni, intan payung" ujar kak Amelia. Kak Amani sudah bercekak pinggang. Kakak kepada Anis. Mama dan tokma yang mendengar suara kak Amelia terus membebel ke arah Ayda. Lupa nak bagitahu, belah papa semua menginap di hotel abang Hayden. Seminggu sebelum akad nikah diorang sampai.

"Ayda, dah pukul berapa dah ni? Akad nikah pukul 9.30 tau" ujar mama.

"Baru masuk kul 8, sempat lah ma" omelnya.

"Banyak lah kamu punya sempat. Cepat pergi bersiap. Kita nak cepat dia boleh pulak nak buat hal" haa dengar tu tokma dah membebel. Tadahkan jelah telinga, sapa suruh menjawab.

Ayda mengambil tempat duduk di depan cermin dan dibiarkan sahaja kak Amani sebagai mak andam mencantikkan mukanya.

Akhir sekali , kak Amani mengoles gincu bewarna merah muda di bibir mungil milik Ayda.

"Done! " ujar kak Amani. Tak lama pun dia make up muka Ayda ni. Sebab Ayda ni jenis tak suka yang tebal-tebal sangat. Takut nanti tabarruj pula.

Terus Ayda mencelikkan matanya dan dia terpaku. Betul ke dia ni. Macam muka orang lain je. Make up simple je sebenarnya.

"Terima kasih, kak" ujar Ayda yang masih memandang wajahnya.

"Sama-sama, usu. Usu selamat pengantin baru. Semoga menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suami tau. Walau apa pun masalah yang kamu berdua hadapi. Berbincang lah dengan elok dan jangan bermasam muka terlalu lama. Bahaya untuk rumah tangga yang baru dibina. Apa-apa pun akak akan sentiasa doakan usu. Always happy okay? " ujar kak Amani lebar. Terasa hangat di tubir matanya.

"Hei, jangan lah nangis adik ku sayang. Nanti tak cantik dah" seloroh kak Amani. Ayda tergelak.

"Okay sekarang, pakai tudung tau. Akak nak keluar dulu."

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now