26: MAMT

2.4K 124 0
                                    

Jangan lupa vote dan komen 💙
Hope korang enjoy ❤️
_______________________________________________

Nama dia tak silap aku, Ayda. Tapi kenapa dia terkejut tengok aku sebelah mummy ni? Aku tengok dia lama. Tiba-tiba dia bangun nak pergi ambil gelas. Tapi tokma dia halang.

Terduduk lah dia sorang-sorang kat situ. Tibalah masa sang nenek bertanya.

Aku tengok je dia berbual dengan nenek dan mummy. Biasalah daddy ni anak tunggal, bila daddy kahwin dengan mummy dapat lelaki jugak. Tak merasalah nenek cuci perempuan.

Belah mummy je ada cucu perempuan, tapi diorang jarang nak datang sebab semua rumah jauh. Sebab tu nenek gembira sikit kalau jumpa cucu kawan dia.

Lama aku termenung, Ayda bangun sekali lagi kerana bunyi hon kereta di depan rumah. Aku pandang je dia pergi dekat pintu rumah.

"Ehem! Pandang sampai mana dah tu?" Ujar Tengku Fatimah.

"Sampai ke bulan" kata ku mengikut sekali dengan usikan nenek. Mereka bertiga gelak kan aku.

"Haha Mateen, nanti kalau nak pergi jalan jalan dekat kampung ni ajak si Ayda tu. Dia tahu jalan jalan kat sini. Cakap je kat dia" ujar Tengku Rahmah.

"Baik tokma"

".. Sakit wehhhh!"

"Eh Ayda tu! Kenapa tu?" cemas Tengku Rahmah dibuatnya. Aku join sekaki nak tengok apa yang jadi.

Sampai tak perasan mulut aku ternganga melihat keadaan mereka bertiga. Scene ni macam pelik pula bila tengok perempuan buat. Banyak kali aku kelip mata.

Tak lama kemudian, Tengku Rahmah panggil diorang masuk. Aku tengok je dua orang rakan Ayda yang tertunduk malu di kedua-dua belah Ayda.

"Ni lah tiga serangkai yang selalu kecoh dulu" ujar Tengku Rahmah.

"Allah dah besar dah anak dara," kata Tengku Fatimah.

"Sorang ni bukan dara, dah kahwin minggu lepas" Tengku Rahmah tuju dekat Ariena.
Ariena tersenyum malu.

"Nama penuh apa?" tanya Puan Sri Hanim.

"Saya Tengku Syaf Ariena binti Tengku Sufian, panggil Ariena je" ujar Ariena sambil tersenyum .

"Saya Tengku Mina Adila binti Tengku Kamarul, panggil je Adila" ujar Adila yang yang duduk di sebelah kiri Ayda.

Nenek mengangguk, dan di suruh panggil nenek sahaja. Asyik dengan perbualan antara wanita-wanita itu. Telefon pintar aku berbunyi.

Semua tengok ke arah aku. Terus aku minta untuk keluar sekejap.

"Assalamualaikum, ada apa Faiq?"

"Waalaikumussalam, kau pergi mana bro? Aku cari kau kat rumah tak ada pun. Kosong je, aku nak bagi barang yang kau suruh cari tu"

"Aku balik Kelantan bro, rumah nenek. Kau dah jumpa? Serius ah!"

"Ya ah tengok siapa, kawan sejati kau kan. Habis tu, sampai bila aku nak pegang barang ni?"

"Aku bagitahu kau balik boleh? Nanti apa-apa aku telefon kau balik"

"Boleh je, tapi kau kena ambil cepat ah. Aku takut mak aku salah faham pulak"

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now