32: MAMT

2.3K 116 15
                                    

"ARGHHH!!!"

nafasnya naik turun. Dia lepaskan penumbuk beberapa kali ke arah pokok pisang dan menyepaknya beberapa kali sampai lah pokok itu terbelah dua. Tangan kanannya mulai bertukar warna merah. Kesan daripada memukul pokok itu tadi.

Sabarnya sudah hilang. Matanya merah menahan marah. Bibirnya mengoyakkan senyuman sinis. Tangannya naik mengusutkan rambutnya. Lepas itu, dia mengambil telefon pintarnya dan menelefon seseorang.

"Hey bro, aku nak jumpa kau."

"Bila kau nak jumpa?"

"Nanti aku sampai KL, aku call kau"

"Okay"

Talian diputuskan. Telefon dimasukkan ke dalam kocek seluar. "Ayda, selagi kau bukan milik siapa-siapa. Kau adalah hak milik aku. Tiada siapa yang boleh pisahkan kita. Kau tunggu ya, sayang." dia tersenyum manis. Bagaikan orang gila dia ketawa dengan girang.

Dia membetulkan semula baju dan juga rambutnya. Dia berjalan keluar dari hutan belakang rumah Tengku Rahmah. Dia berjalan hingga ke depan rumah dan dia mendekati kereta Ferrari miliknya. Baru sahaja dia menekan tombol unlock. Ada seseorang menyapanya dari belakang.

"Abang!"

Dia memusingkan badannya ke arah gerangan yang memanggilnya dari belakang. Dalam hati dia dah meluat apabila gerangan itu bukan Ayda. "Hmmm?" keningnya di jongket. "Abang Zayyan dah nak balik ke? Alaaa Anis baru je sampai kelmarin. Awalnyaaa" ujarnya dengan nada merajuk.

"Abang pun ada kerja jugak nak dibuat. Tak apalah kalau tak ada apa-apa. Abang pergi dulu." tanpa sempat dia ingin membuka pintu kereta. Pergelangan tangannya dipegang oleh Anis. "Kenapa.. Kenapa abang selalu nak hindari dari Anis? Kenapa abang tak nak kahwin dengan Anis? Buruk sangat ke Anis sampai kan abang tak nak pun dekat Anis. Hah abang! Anis cinta mati dekat abang tapi.. Abang langsung tak pernah pandang hati Anis. Tak layak ke.. Anis dekat abang?"

Soalnya bertalu-talu hanya dengan sehela nafas. Air mata mula berlinangan di tubir matanya. Zayyan tercengang apabila melihat Anis yang sudah mengalirkan air mata. Dilepaskan tangan yang sedang memegang pergelangan tangannya itu. Wajahnya yang tegang tadi berubah.

"Anis listen, abang bukan tak nampak cinta Anis cuma abang tak boleh terima cinta Anis. Sebab ab-"

"Sebab abang dah ada orang lain, macam tu? Pastu hati Anis ni macam mana? Hati Anis ni dah penuh dengan cinta abang tahu! Anis buat semua benda apa yang abang suruh. Abang suruh Anis perbaiki pakaian Anis. Dah! Anis dah ikut, abang suruh Anis istiqamah dalam pemakaian. Dah! Semua Anis ikut. Tapi apa yang Anis dapat, habuk tak ada!"

Zayyan terpaksa mencengkam kedua bahu Anis supaya menghadap dia." Tengku Anis! Cukup abang tak nak dengar lagi. Jangan paksa abang balas cinta Anis."

"Lepas tu, kenapa abang bagi harapan dekat Anis! Kenapa abang nasihat Anis hah! Hati Anis dah muak dengan semua alasan abang! Kalau macam ni lah perangai abang, lepas ni Anis tak nak dah terima apa-apa dari abang!" tangan Zayyan yang mencengkam kedua-dua bahunya ditepis dengan kasar dan berlari masuk ke dalam kereta Mini Cooper miliknya. Kereta Anis meluncur laju keluar dari kawasan rumah Tengku Rahmah.

"ANIS!!" dia mengusutkan rambutnya. Terus dia memboloskan diri ke dalam kereta dan mengejar kereta Anis.

"Apa yang bising-bising dekat luar tu?" tanya Ayda yang sedang bersiap dengan memakai baju hoodie di tubuhnya. Dia membetulkan sedikit tudung shawl berwarna ungu di lehernya. Dia memakai pakaian sama dengan Adila.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now