14: MAMT

2.8K 162 4
                                    

Mengimbas kembali

"Okay macam ni, kamu tahu kan hari ni hari jadi Ayda?" tanya Engku Aisyah.

"Ya Raiyan tahu auntie, kenapa?" sambil matanya memandang Ayda yang sedang memesan air di restoran itu. Haus agaknya.

"Macam ni auntie nak buat kejutan untuk dia, sebab tu lah auntie suruh Adiel dan tokma balik tu yang selebihnya kamu lah rancang macam mana. Boleh ke?"

"Ooo.. Boleh je. Hurm macam ni Raiyan cuba bagi masa untuk auntie dan yang lain siapkan persiapan tu. Nanti malam Raiyan hantar Ayda depan rumah pastu pandai-pandai Raiyan lah nak suruh dia takut macam mana. Okay tak auntie?"

"Boleh lah, asalkan jangan bagi dia syak apa-apa. Tak apa lah auntie nak siapkan makanan ni. Jaga Ayda elok-elok ya"

"Baik auntie, ya ya assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

~~~

Tajam mata Ayda menikam muka Raiyan. Raiyan pula sudah menggosok belakang tengkuknya sambil tersenyum kambing.

"Tak baik kau marah-marah masa hari ulang tahun kau ni nanti cepat tua. Okay sebelum kau nak membebel ke apa aku nak bagi kau ni. Eh kejap! Sebelum tu kita potong kek dulu sebab kesian kat  pak Said lenguh tangan dia duk menunggu nak tekan suis lampu. Boleh lah ek lepas tu biar semua bagi baru aku bagi. Okay?"

"Okay, aku tuntut nanti. Jom potong kek!"

Mereka semua pun berkumpul ramai - ramai di ruang tamu untuk memotong kek. Ayda di tengah dan di belah kanannya Engku Aisyah dan Tengku Farhan yang baru balik dari outstation petang tadi. Di belah kiri pula Abang Adiel dan Kak Iera. Daniel pula dah tidur penat bermain petang tadi. Mereka pun mulakan dengan bernyanyi lagu ulang tahun kepada Ayda. Selepas siap memotong kek Tengku Farhan menadah tangan mendoakan semoga Allah memanjangkan umur puterinya yang satu itu.

Mereka semua mengaminkan doa yang dibaca oleh papa Ayda. Ayda mencium tangan dan memeluk Tengku Farhan. Tengku Farhan mencium dahi dan pipi anaknya itu. Ayda pergi ke arah Engku Aisyah dan Engku Aisyah juga melakukan yang sama kepada Ayda. Adiel memeluk Ayda dan menggosok kepala Ayda yang berlapik tudung. Ayda memeluk badan kak Iera dan kak Iera membalasnya.

Selepas selesai mengucapkan selamat hari lahir  kepada Ayda dan mengambil gambar mereka semua mula menjamu selera. Ayda duduk di tingkat kedua dari atas dia dapat melihat muka orang-orang yang dia sayang semua gembira dan tersenyum indah. Bibirnya yang tersenyum lebar tadi mula menghilang. Dia mengeluh. Dia tak datang ke?

"Ayda!"

"Ya Allah! Korang ni kan! Orang tengok tau" katanya dengan menggosok dadanya pelan.

"Hehehe alah biarlah ni kan ulang tahun kau kena happy happy! Ayda  semua hadiah kau kita orang dah letak dalam bilik. Cuma aku, Ariena, Raiyan dan keluarga kau je tak bagi lagi" Ayda paling kan badannya dan jatuhkan pandangan ke bawah.

Ariena dan Adila pandang antara satu sama lain. Dia orang ada salah cakap ke tadi?

"Ayda, kau kenapa ni? Reaksi muka kau macam tak gembira je kau tak sihat ke?"

Ayda paling kan wajahnya dan tersenyum lebar di depan kawan-kawannya itu. Tiba-tiba dia memeluk kedua-dua badan kawannya itu. Ariena dan Adila membalasnya walaupun tidak tahu kenapa dengan Ayda.

" Terima kasih sebab sentiasa ada di samping aku selama ni.. Aku harap korang sentiasa ada di samping aku" Ariena dan Adila tersenyum dan mereka mengeratkan lagi pelukan mereka.

"Kami semua akan sentiasa ada di samping kau Ayda, walau apa-apa pun yang terjadi kami semua akan berada di samping kau.. Tak ada siapa yang boleh pisahkan kita melainkan ajal maut yang sudah ditakdirkan" kata Adila. Mereka pun melepaskan pelukan.

"Alolo jangan lah sedih-sedih, harini kita nak happy happy je" kata Ariena menyentuh pipi pau Ayda.

Ayda tersenyum lebar semula.

"Jom lah kita pergi halaman belakang keluarga kau dan Raiyan nak bagi hadiah ISTIMEWA untuk kau" perkataan istimewa itu ditekan sedikit. Ayda kerut kan dahinya. Hadiah istimewa apanya?

Ariena dan Adila menarik tangan Ayda untuk turun pergi ke halaman belakang. Ayda nampak muka kedua-dua kawannya itu tersenyum lebar. Haih dia orang semua nak kenakan dia ke hari ni?

"Hei nak pergi mana ni!?"

Ariena dan Adila mengendahkan soalan Ayda. Ayda mengerutkan dahinya. Tiba-tiba mereka berhenti di pintu keluar untuk ke halaman belakang.

Mereka berdua tersenyum nakal kepada Ayda dan mengambil kain berwarna hitam untuk menutup mata Ayda.

" Alah kenapa ni?"

"Pakai je, kita orang ada kejutan paling special untuk kau tau! Dila ikat cepat!" Ayda merelakan sahaja mereka mengikatnya. Siap sahaja mengikatnya mereka berdua pun menarik Ayda keluar ke tempat keberadaan mama,papa, Adiel dan Raiyan.

"Okay dah sampai, jap Ayda aku bukakan" Adila membukakan ikatan kain di mata Ayda.

"Okay dah"

Ayda menggosok matanya yang ditutup oleh kain tadi bila dia celik saja matanya. Ayda tiba-tiba rasa gugup dengan pemandangan di depan matanya ini. Kenapa... Kenapa Raiyan melutut depan dia ni? Kenapa wajah mama dan papa nampak gembira? Erk! Ngerinya muka abang Adiel bila dia senyum.

Jantung Ayda tak berhenti berdegup lagi laju adalah! Tiba-tiba Raiyan mengangkat wajahnya yang menunduk dari tadi lagi. Wajahnya tersenyum lebar sampai ke telinga. Tiba-tiba dia  mengeluarkan sesuatu dari belakangnya.

Satu kotak empat segi sebesar tapak tangannya dihulurkan kepada Ayda seperti ingin melamar. Ayda sudah tak senang duduk bila Raiyan buat macam tu. Dia nak ambil pun takut.

Tiba-tiba Raiyan berdiri dan matanya dibiarkan lama memandang mata Ayda. Ayda pula dah larikan pandangannya.

Raiyan mula berdehem.

"Ehem"

Ayda pandang muka Raiyan.. Hey Ayda rasa dia ni tak serius langsung! Tolong lah jangan buat aku rasa janggal!

"Ayda.. Sudi tak kau..."

"Apa!!"

__________________

Raiyan lamar Ayda!?
Betul ke?

Let's go to the next chapter! (^o^)

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now