Happy 21k readers MAMT
terima kasih kerana baca buku saya😘
Maafkan saya juga kerana slow update huhu🤧Enjoy reading okay💃❤️
Selesai sahaja Ayda berpantang di rumah Tengku Rahmah. Buat seketika dia duduk di situ beberapa hari lagi. Kerana menunggu Mateen siapkan kerjanya dahulu di sini sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Mateen buat keputusan untuk membawa Ayda balik ke rumah mereka berdua di Klang berdekatan dengan tempat kerjanya.
Tak tertinggal juga Nuh, anak kepada Neeta akan dibawa bersama ke sana. Neeta masih di hospital. Kerana itu mereka berdua terima untuk menjaga Nuh.
Raiyan juga kerap datang ke rumah Tengku Rahmah untuk menjenguk baby Nuh atau pun disebaliknya. Kerap juga Ayda nampak yang Raiyan cuba nak bercakap dengan Zahra tika menjaga baby Nuh. Tapi Zahra dia pemalu tu yang layan gitu-gitu je Raiyan. Orang yang nama Raiyan Afieq ni mana lah tahu erti putus asa. Dia akan cuba juga sampai dapat.
"Zahra!" laung Hayden.
"Apa along ni jerit-jerit? Terkejut baby tu karang baru tahu." Zahra jeling dekat Hayden sambil marah kepada abangnya. Hayden letak jari telunjuknya di mulut.
Tengku Rahmah dengan Tengku Hj. Salim tak ada. Katanya nak pergi cek mata. Cek rabun lah kot. Tu yang Zahra, Hayden dan Ayda duduk rumah tu sambil tunggu giliran jaga Nuh.
"Sorry." matanya intai Nuh yang tidur didalam kelambu bayi dan beralaskan tilam kecil miliknya yang dibeli oleh Mateen dan Ayda minggu lalu. Teruja sungguh pasangan itu memilih barang-barangan bayi untuk Nuh.
"Apa along nak ni?" tanya Zahra yang fokus pada cerita di televisyen. Kadang-kadang tengok Nuh takut-takut tersedar.
YOU ARE READING
Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ]
Ficção Adolescente[ In editing process. ] "Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak lima ribu ringgit tunai." "Aku terima nikahnya Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan mas kahwinny...