33: MAMT

2.5K 116 28
                                    

"Apa?.."

Blur sekejap Engku Hanina dibuatnya . Orang di sana diam. Jantungnya 2 kali ganda lebih laju daripada tadi. Dia ni dah gila ke apa? Engku Aakif sudah pelik melihat keadaan adiknya yang tiba-tiba blur wajahnya.

"Ehem! Sorry aku tengah practice tadi. Ingat kan kawan aku"

"O-oh ya ke. Terperanjat saya. Saya nak hantar baju sejuk ni dekat encik. Boleh tahu bila kita boleh jumpa?"

"Hmm, petang ni boleh?"

"Petang ni? Hmm kejap.."

Telefon dia jauhkan. "Oit! Petang ni boleh teman aku?"

"Teman pergi mana?"

"Hantar baju ni dekat laki tu lah. Boleh tak?"

"Sorry to say, aku ada temu janji dengan awek aku petang ni. Kau ajak lah siapa-siapa pun. Alah macam lah kau tak biasa jumpa lelaki- aduh! Sakit lah ngok" Engku Hanina laju menampar betis Engku Aakif yang terkeluar itu.

"Padan muka, werk!" lidah dijelir kan. Telefon didekatkan ditelinganya semula. "Saya free petang ni. Kalau macam tu, awak bagi lah location dekat saya."

"Ehh tukar balik. Aku tak boleh petang ni. Sekarang lah, aku belanja kau lunch. Boleh tak?"

"Apa! Eh maksud saya, boleh boleh je. Nanti awak hantar location. Okay assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

"Wehhhhhhhhhh!!!!!!" telefon dicampakkan ke tepi. Engku Hanina menelangkupkan badannya ke tilam dengan wajah disembamkan ke atas bantal.

"Kau kenapa gila? Sakit telinga aku" ujar Engku Aakif, tangannya naik menekup kedua-dua belah telinganya.

"Dia tu ajajkkakkak"

Pak!

Engku Aakif tampar belah bahu Engku Hanina. "Sakit lah bahlol! Apahal do?". Engku Aakif buat muka buruk. "Bahlol-bahlol. Kau cakap apa tadi? Tak faham satu habuk pun." Engku Hanina bangun duduk bersila. "Dia tu tak jadi jumpa petang ni, dia nak jumpa sekarang. Siap nak  ajak aku lunch lagi"

"Asal gembira?"

"Ey mana ada! Aku tetap nak kat Mateen jugak." Engku Aakif mengangguk malas. Buat-buat tak tahu je lah. "Wey, contoh kalau Mateen dah dijodohkan dengan orang lain. Kau akan terima tak?"

"Nak buat macam mana kalau dah tak ada jodoh dengan dia. Takkan aku nak robohkan masjid orang pula. Tak ingin aku!" katanya pula. "Matang jugak adik aku ni ya" katanya pelan. "Kata nak pergi lunch dengan lelaki tu. Pukul berapa kau nak siap ni?" soal Engku Aakif membuatkan Engku Hanina tersentak. "Kalau pakai macam ni tak boleh?" t-shirt yang bergambar we bare bears bersama seluar pendek bawah lutut.

"Jangan buat kerja gila, kau nak malukan nama kau ke apa. Satu lagi jangan pakai seksi-seksi sangat aku tak suka tengok orang pandang adik aku macam tu. Aku sebagai abang nasihatkan kau aje, kau nak dengar atau tak terpulang lah. Ingat jaga maruah kau sebagai perempuan dan jangan sampai orang anggap kau ni murah sebab berpakaian begitu." ujar Engku Aakif lembut tapi tegas. Engku Hanina senyum nipis.

"Ya, tahu. Terima kasih sebab tegur. Tak apalah, aku nak pergi bersiap. Dah, shuh, shuh keluar" badan Engku Aakif ditolak-tolak sehingga keluar daripada bilik tidurnya. "Jangan pakai make up tebal sangat. Aku tak suka." "Ya, ya. Dah lah pergi masuk bilik sana" laung dia dari dalam. Selepas itu, dia pun masuk ke dalam tandas untuk bersiap.

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now