19: MAMT

2.4K 139 0
                                    

KLIK!

Ayda membuka pintu dari dalam dan keluar dari bilik air. Dia pun menutup lampu bilik air selepas selesai bersihkan dirinya. Dia bergerak ke meja soleknya dan duduk di depan cermin itu.

Dia melihat pantulan dirinya di cermin sambil menyikat rambutnya yang lurus panjang paras pinggang.Dia termenung jauh memikirkan tentang harian hidupnya. Dia mengeluh.

Engku Aisyah mengetuk pintu milik anak gadisnya itu. Tapi tiada sahutan dari dalam jadi dia buat keputusan masuk aje ke dalam bilik anaknya itu. Engku Aisyah memerhati anak gadisnya itu yang termenung jauh di depan cermin. Dia masuk pun tak perasan.

Engku Aisyah duduk di birai katil, dia berdehem. "Ehem!".

Lamunan Ayda terhenti kerana deheman Engku Aisyah.

"Mama, bila masuk?" tanya Ayda. Dia letak sikat rambut di atas meja solek itu dan mendekati Engku Aisyah. Dia pun duduk di samping Engku Aisyah.

"Setengah jam dah"

"Hah!?"

"Gurau je lah hahaha, kamu tu termenung apa? Mama ketuk pintu pun kamu tak menyahut," Ayda tersenyum sahaja sampai tutup rapat matanya.

"Mama, nak bagi ni" Engku Aisyah hulur satu kotak empat segi besar dari tapak tangan Ayda.

"Apa ni?" Ayda menyentuh kotak itu yang dibungkus dengan kemas. Cantik.

"Buka lah" ujar Engku Aisyah. Ayda buat muka pelik ternaik sebelah keningnya.

Dia pelan-pelan buka ikatan kotak itu. Siap buka ikatan dia letak di tepi, cuba di goncang. Tak bunyi apa-apa pun. Engku Aisyah tergelak dengan kelakuan Ayda.

Ayda membuka penutup kotak itu pelan, terbuka sahaja dia letak di tepi dan melihat sahaja isi di dalam dia terkesima.

"Mama..?"

Engku Aisyah memegang tangan Ayda, dan digosok pelan.

"Mama nak minta maaf dulu tau, sebab mama tak sengaja buka diary Ayda. Tapi apa boleh mama buat untuk kesayangan mama ni adalah jadikan impian Ayda tu kenyataan. Mama nak Ayda sentiasa ceria tak nak sedih-sedih,"

"Mama.. Mama hmm!" dia mendakap tubuh Engku Aisyah kemas. Engku Aisyah membalas pelukan Ayda digosok belakang badan anak manjanya itu.

Ayda menangis semahunya di dada mamanya. Dia tak kisah abang dia nampak yang penting dia sangat terharu dengan Engku Aisyah. Walau sesibuk mana pun mamanya , mama tetap lakukan apa sahaja untuk gembira kan aku.

Dia tidak tahu nak kata apa, sebak di dada masih tidak hilang. Ayda melepaskan pelukan, Engku Aisyah sapu air mata Ayda yang bercucuran mengalir di pipi.

"Why are you crying?"

"Mama buat Ayda terharu.." katanya berserta sisa tangisannya. Engku Aisyah tersenyum.

"Kamu sahaja anak perempuan Mama, mesti lah mama nak yang terbaik untuk anak Mama. Dah, jangan sedih sedih ya." Ayda menggangguk.

"Mama kena pergi ikut Papa malam ni, ada jamuan sikit. Kalau lapar bagi tahu abang Hayden, tau" katanya di angguk oleh Ayda.

"Mama pergi dulu ya," tangan dihulur untuk bersalam. Engku Aisyah menyambut tangan Ayda dan menariknya untuk mencium dahinya.

Engku Aisyah pun bangun dari duduknya. Dia pun berjalan ke arah pintu dan memulas tombol pintu. Dia pun beredar dari situ.

Ayda melihat isi dalam kotak itu semula. Dia masih tak percaya. Dia pun mengambil kotak itu dan berdiri, dia membawa kotak itu ke almari baju.

Dia pun membuka almari dan letakkan kotak itu ke dalamnya dengan berhati-hati. Takut terjatuh nanti rosak pula. Sayang!. Kata hatinya.

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now