"Woi! Bangun lah. Badan je besar tapi pemalas. Ni ambik makanan." dia letak makanan depan lelaki itu dengan perlahan. Tidak semena-mena lelaki itu sepak makanan tu.
"Oi, Rezeki tu! Kau kalau tak nak makan, bagitahu. Tak perlu susah-susahkan kita orang." geram betul. Orang dah susah-susah beli. Sesuka hati mak nenek dia je sepak. Aku sepak muka sampai patah gigi baru tahu!
Kerana geram. Dia terus hempas pintu. Kunci lelaki itu di dalam bilik tersebut.
"Alex, Tuan dah masuk?"
"Dah." jawab Alex dengan riak wajah tanpa perasaan. Dia angguk. Terus dia melangkah untuk ke bilik Tuan.
Pintu di ketuk. Dengar suara dari dalam membenarkan masuk. Dia pulas daun pintu. Dia masuk dan tutup pintu.
"Ada apa Arisy?" soal lelaki itu yang membelakangi kerusinya.
"Lek ah. Tak nak bagi duduk ke?" tanya dia sambil memasukkan kedua-kedua tangannya ke dalam poket baju hoodie.
"Hawa Arisya, kau ada nampak ke kerusi depan kau tu?" soal lelaki itu.
"Ada je." balas Hawa.
"Kalau ada, duduk. Tak perlu nak suruh aku bagi izin dulu baru kau nak duduk." ujarnya. Hawa memutarkan bebola matanya. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi.
"Kenapa nak jumpa, Arisy?" dia soal kembali.
Hawa menyandarkan belakang tubuhnya ke kerusi."Tuan, kau memang tak nak tengok muka aku ke apa? Pandang lah sini." kata Hawa.
"Cakap je lah. Aku dengar. Bukannya telinga aku ni pekak tak boleh dengar kau bercakap belakang aku." katanya. Hawa buat muka.
"Kalau orang mengumpat pun kau takkan dengar." kata dia perlahan.
"Aku dengar lah budak." Hawa buat-buat nak tumbuk Tuan dia. Nasib kau Tuan kalau tak dah lama buang dalam tong sampah. Getus hatinya.
"Kau nak apa ni, Arisy?" penat dah dia soal budak ni. Daripada tadi tak jawab-jawab. Buang masa betul.
"Sabar lah." Hawa balas sambil membetulkan posisi duduknya.
"Dah lama aku bersabar ni." laju Tuan potong katanya.
"Tch! Apasal tiba-tiba je Tuan terima saya punya tawaran nak tolong kak angkat saya tu? Sebelum ni, kalau saya bagi cadangan ke, tawaran ke. Tuan selalu tolak tanpa tengok langsung cadangan Arisy bagi tu. Ha kenapa?" dia sudah berpeluk tubuh. Ye lah, sakit juga hati dia tolak mentah-mentah je kertas cadangan tu. Kita masih budak ada perasaan juga.
"Penting ke kau nak tahu, Risy?" soal Tuan.
"Yup!"
"Sorry, memang aku tak boleh nak bagitahu sebab dia lagi."
"Why?" Dia tinggi suara.
"Bukan masanya lagi, Arisy. Ini baru saja permulaannya. Takkan aku nak bagitahu apa sebab dia pula." di sebalik ayatnya itu berbunyi tegas.
"Tapi... Arisy perlu tahu. Sebab Arisy yang cadangkan. Tak aci ah cam tu." Hawa sudah cebik bibir dia. Tangan sudah diletakkan di atas meja.
"Suatu hari nanti kau akan tahu juga. Dah lah, jangan soal aku lagi. Alex dan Am, masuk!"
Hawa sebikkan bibirnya.
"Dasar orang tua!" getus Hawa perlahan.
"Aku dengarlah budak." Hawa buat muka sambil mulut tak berhenti marahkan Tuan.
"Ada apa, Tuan?" tanya Am. Am seorang gadis yang berpakaian menutup aurat. Tapi dalam diam dia seorang yang tegas. Punya prinsip sendiri kenapa masuk ke dalam pasukan ini. Alex dengan muka tanpa perasaannya itu hanya pandang Tuan yang belakangi mereka dengan wajah bersahaja.
YOU ARE READING
Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ]
Teen Fiction[ In editing process. ] "Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak lima ribu ringgit tunai." "Aku terima nikahnya Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan mas kahwinny...