52: MAMT

2.6K 128 30
                                    

Malam itu, Mateen tergerak hati untuk ke rumah ibu bapanya. Kerana ingin membincangkan hal yang sedang mereka lakukan. Tokwan dan nenek pula sudah balik ke kampung halamannya di Pahang. Eden dan Hayden mengikuti Mateen untuk menemannya ke sana.

"Kau dah telefon daddy kau Teen?" soal Hayden yang sedang memegang stereng kereta.

"Dah, tadi."

Eden dibelakang hanya diam membisu. Dia cuma teringat akan Hawa. Bagaimana keadaan dia sekarang? Adakah baik-baik sahaja dia. Dia cuba mencari Hawa di hospital-hospital sekitar kuala lumpur. Tapi pencariannya hanya sia-sia. Semua hospital yang dicari tiada langsung pesakit yang bernama Hawa.

Dia mengeluh perlahan. Penat. Dia memandang ke luar tingkap. Menenangkan fikiran dan jiwa yang sedang bercelaru.

Kereta Hayden masuk selekoh untuk ke rumah Mateen. Hampir saja dengan rumah Mateen. Mateen mengecilkan matanya. Terus dia suruh Hayden hentikan kereta depan-depan pagar rumah ibu bapanya.

Hayden hentikan keretanya. Mateen dengan laju turun daripada kereta dan bergegas berlari ke arah pagar rumah.

Baru sahaja Mateen ingin membuka pagar. Dia hairan. Kenapa pagar depan rumah dia tidak berkunci. Tak. Bukan tak kunci tapi... ada orang pecahkan kunci mangga. Eden turut serta turun  dan mendekati Mateen.

"Kenapa Zaf?"

Mateen tidak menjawab pertanyaan Eden. Tanpa menunggu lama, dia menarik laju pagar supaya mudah untuk dia masuk. Terus dia bergegas masuk ke kawasan rumahnya. Dalam fikirannya sekarang hanya memikirkan ibu bapanya.

Hayden turun daripada keretanya dan terus bertanya pada Eden, kenapa dengan Mateen. Eden hanya angkat bahu. Tidak tahu.

Sampai sahaja depan pintu utama. Mukanya berubah risau. Dia merempuh pintu utama dengan begitu kuat. Mulut Mateen ternganga sedikit, tangannya menggeletar dan dia menggigit bibirnya.

"Kenapa dengan kau... Mateen." Hayden yang melihat turut sama terkedu. Eden apa lagi membulat matanya dengan pandangan yang menyapa depan matanya.

Rumah ibu bapa Mateen semua barang habis tunggang langgang. Tidak seperti biasa. Dada Mateen mula tidak terkawal. Matanya merah menahan marah.

"Cari daddy dan mummy aku, cepat!"

Hayden dan Eden terus bergerak untuk mencari Tan Sri Tengku Muiz dan Puan Sri Hanim. Mateen terus naik ke tingkat atas mencari di bilik-bilik atas. Tapi langsung tiada susuk tubuh dua orang itu.

Tidak lama kemudian, suara Eden bergema di bawah.

"Mateen! Daddy kau ada kat dapur!"

Mateen dengan laju menuruni anak tangga dan bergegas mendekati Eden yang sedang memangku kepala Tan Sri Tengku Muiz. Eden ke tepi memberi ruang pada Mateen. Mateen memangku kepala daddynya. Air matanya sudah merembes ke pipinya.

Hayden masuk ke ruangan dapur, "Mummy kau aku tak jumpa, Zaf." ujar Hayden, yang lelah selepas berlari.

Dia memejamkan matanya. Ya Allah, mana mummy pergi? Apa yang dah berlaku sebenarnya? Kes isterinya diculik masih belum selesai. Mummynya pula menghilang. Ya Allah, aku mohon, kau bantu lah hamba mu yang sedang dalam kesulitan ini, ya Allah.

Tiba-tiba iPhone miliknya berdering. Sebelum menjawab panggilan, tubuh daddy diangkat ke ruang tamu untuk diletakkan atas sofa dibantu oleh Hayden dan Eden. Deringan kali kedua mula berbunyi. Terus Mateen angkat panggilan itu daripada nombor yang tidak dikenali.

"Assalamualaikum, siapa ni?"

"Kau tak perlu nak alim sangat lah, bro. By the way, aku dah bagi peringatan dekat kau hari tu kan. Macam mana perasaan kau sekarang?"

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now