31: MAMT

2.4K 126 15
                                    

Matanya dikelipkan beberapa kali selepas membaca isi fail yang dibagi oleh Faiq petang tadi. Matanya cuba dikecilkan. Rasa macam tak percaya, keningnya bertaut.

Mengimbas kembali

"Gadis yang kau suruh aku cari tu, dia masih hidup. Sekarang dia sedang dirawat oleh neneknya di kampung. Oh! Aku lupa nama dia Tengku Ayda Mikayla, dia anak kepada Tengku Farhan dan Engku Aisyah. Sebenarnya susah nak cari dia punya background sebab gadis ni macam privacy sangat." ujar Faiq. Dia menghulurkan fail berwarna hitam kepada Mateen.

" Jadi kau hanya jumpa ni je?" tanya Mateen sambil membaca isi dalam fail itu.

" Actually, aku ada jumpa satu file ni cuma tak boleh buka. Aku dah try banyak kali sampai hang laptop aku. Mungkin tu file rahsia dia kot." kata Faiq sambil menyisip air kopi ais.

" Ooo, lepas tu sorang lagi yang aku suruh kau cari tu. Dah jumpa?"

"Nah"

Mateen mengambil fail di tangan Faiq. Dia membelek kertas kerja itu. "Nama dia Engku Zayyan Arsyad bin Engku Malik. Dia ni hanyalah sepupu kepada Ayda selain tu di orang tak ada ikatan apa-apa."  Mateen teliti membaca setiap isi kandungan yang tertulis di kertas itu. Mateen mengecilkan matanya.

"Black tiger. Dia ada kaitan dengan kumpulan ni ke?" Mateen pandang muka Faiq. "Seperti yang tertera di situ. Ya, dia terlibat dengan kumpulan Cheng. Rekod dia tu, last dia jumpa tiga tahun lepas. Masa tu dia jumpa Cheng sebab Cheng paling popular jual 'barang' tu."

"... Bukan ke Cheng dah masuk penjara?"

"Yup! Dia dah masuk cuma anak buah dia je yang buat kerja. Kalau Zayyan ni aku tak tahu lah dia masih berhubung atau pun tak." ujar Faiq dengan muka serius. Mateen menyisip air teh sedikit.

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now