16: MAMT

2.8K 153 10
                                    

Raiyan melihat sekilas jam tangannya. Sudah pukul 12 malam. Dia pun berdiri dari duduknya.

"Uncle auntie, Raiyan balik dulu ya."ujarnya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Tengku Farhan.

"Ha ye lah, hati-hati bawa kereta tu. Hah jangan lupa kirim salam dekat ahli keluarga kamu"

"Baik lah uncle, bang Raiyan pergi dulu ya" ujar Raiyan kepada Adiel dan Hayden.

"Nak balik dah? Baru je jumpa tidur sini lah kita boleh bual bual panjang lagi" kata Hayden sambil memeluk bahu Raiyan.

"Tak boleh bang, pagi esok ada meeting dengan anak kawan papa. Lain kali lah ya haha" katanya sambil menepuk perlahan bahu Hayden.

"Okay, abang tuntut nanti. Dah lah pergi lah dah lewat ni"

"Okay lah Ayda, Riena dan Dila aku balik dulu heh. Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam" Jawap seisi keluarga itu.

"Mama, Ayda nak pergi hantar Raiyan dekat depan pagar sana boleh?" Engku Aisyah anggukkan kepalanya.

Ayda pun terus pergi untuk menghantar Raiyan. Ariena dan Adila mengikutinya dari belakang.

"Mama, Ayda berkawan dengan Raiyan tu sejak bila lagi?" tanya Hayden sambil matanya melihat Ayda pergi untuk menghantar Raiyan.

"Sebelas tahun dah Mika oi! Kalau dengan Ariena dan Adila tu lapan belas tahun. Kenapa?" Tanya Engku Aisyah.

"Tak lah saja je tanya sebab nampak rapat je dua orang tu. Bak kata pepatah Melayu bagai pinang dibelah dua hahhahah" galak Hayden gelak dengan gurauannya sendiri.

"Heh betul lah long! Aku pun perasan" Adiel setuju dengan kata-kata Hayden.

"Kamu dua ni mulut tu jaga Ayda dengar nanti tak ke dia kata apa nanti" Kata Engku Aisyah pula. Tengku Farhan memandang ke arah isterinya.

"Aik awak marah dia orang pula, bukan ke awak juga yang  nak Raiyan tu jadi bakal menantu awak?" mulut Engku Aisyah terkatup terus. Tergagap dibuatnya.

"Mana ada, abang ni merepek je lah. Dah dah saya nak pergi jenguk mak" cepat-cepat dia pergi tak nak di soal oleh kedua anak terunanya itu yang sudah ternganga dengan pernyataan yang baru diketahui.

"Betul ke papa!?" suara jantan Adiel dan Hayden bergema seluruh taman itu.

"Kamu berdua rasa?" Tengku Farhan berlalu pergi untuk masuk ke dalam kerana sejuk berada di luar terlalu lama.

"Alah papa~.." Mereka pun pergi mengikuti Tengku Farhan yang tidak menjawab pertanyaan mereka. Kawan Hayden yang tak tahu apa-apa itu hanya tercegat di luar. Ingin mengambil angin KL.

Kasyaf memandang bintang yang bersinar indah di dada langit yang luas itu. Dia pun duduk di atas rumput palsu itu. Dia termenung sejenak dan ada sesuatu yang terlintas di fikirannya. Mulutnya berkata sesuatu.

"Adik Hayden mirip sangat dengan Farah"
Dia mengeluh perlahan.

°°°

"Raiyan!" Raiyan yang baru sahaja hendak menutup pintu keretanya terbantut apabila terpandangkan tiga tenuk itu.

"Apa dia tenuk?"

"Jahat gila dia panggil kita tenuk! Woi beruk kita orang nak hantar kau, kau sesedap asam keping cakap kita orang tenuk" sembur Ariena. Maroh tu maroh!

"Apasal lak korang nak hantar aku, aku bukannya budak-budak nak kena hantar" katanya selamba badak.

"Kita orang hantar sebab Ayda ni sebagai tuan rumah kena lah hantar tetamu, itu namanya adab faham tak!"

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now