17: MAMT

2.6K 139 14
                                    

Drrrr Drrr!!

Jam locengnya berbunyi menandakan sudah pukul lima setengah pagi. Ayda terjaga dari tidur lena nya dek jam yang dikunci olehnya semalam. Dalam keadaan mamai dia bangun dari pembaringannya untuk hilangkan pening. Dia menggaru pipinya sekejap. Dalam lima minit macam tu dia pun masuk ke dalam bilik air untuk ambil wuduk untuk menunggu subuh.

Selepas selesai mengambil wuduk dan juga mencuci muka. Ayda terus memakai telekung sembahyang untuk turun ke bawah ingin mengambil air masak untuk hilangkan rasa kehausan di tekaknya.

Sampai di anak tangga yang terakhir dia pun melangkah ke arah dapur. Dia pun mengambil gelas kaca di almari bawah. Dan ditekannya butang cold di mesin cuckoo. Sambil menunggu air penuh Ayda termenung jauh.

"Wahh! Mengantuknya.." kata Kasyaf sambil menutup mulutnya. Dia pun melangkah ke arah dapur untuk ke tandas. Kerana Hayden sudah menggunakan tandas di bilik mereka itu.

Kasyaf menapak masuk ke ruang dapur dan belok ke kiri untuk ke tandas tapi dia perasan ada benda di sebelah peti sejuk itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kasyaf menapak masuk ke ruang dapur dan belok ke kiri untuk ke tandas tapi dia perasan ada benda di sebelah peti sejuk itu. Dia nak patah balik pun takut nak masuk tandas pun takut.

Ayda berhenti menekan butang itu dan paling kan badannya untuk ke ruang tamu tapi dia perasan Kasyaf mengeras di tepi peti depan pintu tandas.

"Kenapa dengan abang Kasyaf ni?" katanya pelan. Dia pun sapa Kasyaf.

"Abang Kasyaf buat apa kat sini?" Ayda nampak badan Kasyaf terhinjut sedikit macam terkejut.

Dalam hati Kasyaf dah mengutuk habis habisan dah.

"Hantu boleh bercakap ~ mampus lah aku..." Kasyaf bercakap sendiri. Ayda pelik dia pun mendekati Kasyaf untuk tahu kenapa dia tercegat kat depan pintu tandas tu.

"Abang kasy-"

BUK! PRANG!

Gelas yang dipegang oleh Ayda tadi terjatuh dek Kasyaf. Sebab dia tertolak 'hantu' tu. Bersepai habis kaca di lantai. Kasyaf pula sudah ternganga luas mulutnya.

"Err... Ayda abang minta maaf... Ab.. Kasyaf ingatkan hantu tadi." katanya gelabah. Ayda pula sudah terkelip-kelip matanya.

"Err.. Okay."katanya dan Ayda pun duduk bercakung untuk mengutip kaca pecah di lantai. Kasyaf cepat-cepat menghalang Ayda dari mengutip kaca itu.

"Err kenapa?" tanya Ayda yang sudah bangun dari duduknya.

"Biar Kasyaf yang buat. Takut luka nanti, pergilah naik dah masuk subuh dah ni. Hayden pun rasanya dah siap tu, pergi lah" katanya lembut. Sambil tu jarinya tak berhenti mengutip kaca kaca kecil itu.

"Tak menyusahkan ke?"

Dia mengeleng kecil.

"Kalau macam tu Ayda pergi erk"

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now