Malam itu, Ayda membawa air ke biliknya dengan Mateen. Mereka pulang daripada rumah mummy petang tadi. Tan Sri Tengku Muiz yang menyuruh mereka pulang ke rumah mereka. Mateen nak duduk disana buat sementara waktu untuk menjaga mummy, tapi mummy pujuk Mateen supaya pulang dahulu. Mummy bagi cadangan supaya mereka datang melawat esok pula. Mateen hanya akur dengan cadangan mummy.
"Abang,"
Mateen angkat wajahnya. Dia memandang Ayda yang mendekati dirinya bersama cawan air di tangannya. Huluran isterinya disambut. Air itu dicicip sedikit.
Ayda labuhkan duduk disebelah Mateen yang sedang menidurkan Nuh, yang berada dalam katil bayinya. Katil bayi itu baru saja dibeli oleh mereka berdua tadi untuk Nuh.
Mateen letakkan cawan diatas almari kecil yang ditempatkan lampu tidur. Dia mengeluh perlahan. Ayda yang asyik bermain dengan tangan kecil Nuh, sekejap-kejap kerling Mateen.
Dia hendak bertanya tapi perasaan takut mula menguasai hatinya."Ada apa sayang?"
Ayda tersentak. Matanya berkelip beberapa kali. Mencari idea untuk menjawab persoalan suaminya.
"Aaa... Tak ada apa. Hehe." dia tayang senyuman manis sehingga nampak giginya yang tersusun cantik. Wajahnya ditundukkan kebawah melihat Nuh yang sedang nyenyak tidur di dalam katilnya.
Mateen pandang isterinya dengan pandangan pelik. Dia duduk bersila di atas katil dan memusingkan tubuhnya mengadap Ayda yang sedang bermain dengan tangan Nuh. Dia berpeluk tubuh.
"Baik sayang cakap. Sayang ada benda nak tanya kan?" matanya tepat memandang Ayda di hadapannya. Ayda pula sudah tak senang duduk apabila Mateen pandang dia lama-lama macam tu.
"Apa yang abang merepek ni? Tak ada apalah." Ayda jawab dengan acuh tak acuh. Pandang Mateen pun gitu-gitu je.
"Betul ni?" matanya dikecilkan.
"Iya, betul!" jawab Ayda, bersungguh. Kenapa lah aku pergi tenung dia tadi. Huwaaa!
Mateen mengeluh perlahan, "Sayang dah tahu pasal Melissa kan?" soal Mateen. Matanya tepat merenung mata isterinya yang sudah bulat. Ayda pula sudah terkejut memandang Mateen.
"Aaa..." dia kehilangan idea untuk membalas persoalan Mateen. Mateen tepuk perlahan paha isterinya.
"Aduuu... kenapa?" dia soal suaminya dengan wajah berkerut. Kenapa pukul paha kita pula ni? Kita tak ada buat salah pun.
"Tak payah nak cari idea lain untuk sorok. Abang tahu, daddy dah bagitahu sayang tentang Melissa. Kan?"
"Dah tahu kenapa tanya?" soal Ayda pula. Dia jongketkan sebelah keningnya.
"Nak sure kan je. Tak boleh?"
"Entah..."
"Sayang!" Mateen goncangkan bahu Ayda. Main-main lah dia ni.
"Okay, okay! Boleh je." Ayda besarkan matanya pada Mateen. Mateen tertawa perlahan. Dia mengelengkan kepalanya.
"Abang,"
Mateen angkat mukanya. Kening ternaik sebelah.
"Abang, berhenti salahkan diri abang. Please?"
Badan Mateen kejung memandang Ayda. Ayda raih tangan Mateen dan memegangnya kemas.
"Ayda harap sangat abang tak salahkan diri abang sendiri. Melissa buat semua tu. Kerana dia sayangkan abang. Dan ini semua sudah tertulis masa Melissa hanya setakat itu. Dia sudah tenang kat sana abang..." belakang tangan suaminya dilabuhkan ciuman. Lama. Mateen tidak tahan lama. Air matanya mula mengalir.
![](https://img.wattpad.com/cover/212643131-288-k426403.jpg)
YOU ARE READING
Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ]
Novela Juvenil[ In editing process. ] "Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak lima ribu ringgit tunai." "Aku terima nikahnya Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan mas kahwinny...