49: MAMT

2.2K 124 6
                                    

"Macam mana keadaan mummy saya Doktor ?" soal Mateen yang sedang berdiri disebelah Doktor Ali. Tan Sri Tengku Muiz melihat ke arah Doktor Ali. Ayda pula duduk di ruang tamu. Kerana Nuh kelaparan susu tadi tu yang Ayda pergi buat air susu sekejap untuk Nuh. Eden dan Raiyan pula duduk di ruang tamu. Segan nak naik ke bilik mummy Mateen.

"Alhamdulillah, kondisi Puan Sri dah stabil. Hurm, boleh saya tanya?"

Tan Sri Tengku Muiz anggukkan kepalanya. "Puan Sri ada makan tak ubat yang saya bagi?"
Tan Sri Tengku Muiz tundukkan kepalanya sekejap. Sedang berfikir.

"Ada Doktor. Tapi beberapa hari ni dia banyak kerja sedikit. Sebab tu dia tak ingat nak makan ubat yang Doktor bagi tu." ujar Tan Sri Tengku Muiz yang duduk disamping Puan Sri Hanim. Lembut tangannya memegang tangan isterinya yang terbaring lemah diatas katil.

"Ooh, kalau macam tu Tan Sri tolong ingatkan Puan Sri supaya dia makan ubat tu. Kalau tidak, pasti penyakit dia yang lama itu akan kembali. Ubat yang saya bagi tu hanya lah sebagai ikhtiar untuk menenangkan Puan Sri. Andai berlaku lagi, kita berdoa kepada Allah semoga penyakit yang Puan Sri alami ini sembuh." panjang lebar Doktor Ali memberikan kata-katanya. Mateen sejak dari tadi mendiamkan diri. Riak mukanya berubah suram.

"Kalau dah tak ada apa, saya pulang dulu, ya? Bila Puan Sri sedar nanti, tolong bagi dia makan ubat tu, ya?" pesan Doktor Ali sambil mengemas peralatannya masuk ke dalam beg hitamnya.

"Baiklah, Doktor. Terima kasih Doktor." ujar Tan Sri Tengku Muiz. Dia bersalaman dengan Doktor Ali. Doktor Ali bersalaman juga dengan Mateen. Mateen tersenyum nipis sebelum Doktor Ali keluar.

Selepas Doktor Ali keluar. Mateen pandang segenap wajah mummynya. Senyuman dibibirnya mati. Berubah suram. Tan Sri Tengku Muiz mengeluh sekejap. Dia pandang anak sulongnya itu. Dia tahu kenapa anaknya itu nampak gelisah.

"Mateen,"

Lamunan Mateen terhenti, "Hm?" dia berpeluk tubuh. Pandang daddy dengan riak wajah yang suram.

"Mateen, benda dah lepas. Tolong jangan salahkan diri sendiri lagi." pesan Tan Sri Tengku Muiz. Dia bertentang mata dengan Mateen. Anaknya ini banyak sangat memendam rasa. Sehingga menyakitkan dirinya sendiri.

Mateen diam. Tidak mahu menafikan apa yang dikatakan oleh daddynya. Iya, memang dia banyak memendam. Kerana dia tidak mahu yang lain merasakan dirinya lemah. Dia tundukkan pandangannya. Tidak mahu bertemu mata dengan daddynya.

"Mateen, kita boleh menangis, kita boleh luahkan perasaan dan kita boleh mengadu sakit. Nak tahu tak kenapa?" Mateen kemam bibirnya. Tidak mengangguk dan juga tidak mengeleng.

"Kerana kita ini manusia yang tidak sempurna. Semua orang tidak sempurna diatas muka bumi ni. Semua orang ada perasaan bahagia, sedih, takut dan marah. Semua orang akan rasa sakit bila diuji. Semua orang akan rasa sedih dan takut bila teringatkan kisah silam mereka. Tak ada satu orang pun yang tiada kisah silam yang menyakitkan. Semua orang akan diuji Mateen..." Tan Sri Tengku Muiz melihat anaknya yang sedang menahan air mata daripada mengalir depan dirinya. Mateen kemam bibirnya. Dadanya turun naik menahan tangis.

"Daddy cuma nak... kamu cukup-cukuplah salahkan diri sendiri. Dia pun dah tak akan kembali ke sisi kita kalau kamu asyik salahkan diri kamu. Lepaskan lah kesemuanya, jangan pernah pendam seorang diri. Di akhir nanti, diri sendiri juga yang sakit." Tan Sri Tengku Muiz mengesat air matanya yang mengalir sedikit di tubir matanya.

"Daddy nak keluar kejap. Nak pergi tengok Ayda dan Nuh." Tan Sri Tengku Muiz mencium ubun-ubun isterinya sekejap. Sebelum keluar Tan Sri Tengku Muiz menepuk perlahan dibahu Mateen. Mateen hanya melihat sekejap Tan Sri Tengku Muiz. Selepas itu, dia jatuhkan pandangannya pada Puan Sri Hanim.

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now