02 : MAMT

6.5K 295 17
                                    

[Pasang lagu kat atas tu ya❤]

Tahun 2014

Flashback...

Ayda berjalan seorang diri di taman yang adanya tasik. Dia asyik dengan dunianya. Mukanya tampak muram, dia pun mencari tempat di sekitar tasik itu untuk duduk. Dia pun mula duduk di hadapan tasik sambil bermonolog sendirian.

Hurg! Menyampah! Dia bermonolog sendiri sambil menyepak batu-batu kecil itu sehingga terkena badan seseorang.

"Woi!"

Dia hanya memandang selamba sahaja kepada orang yang memarahinya itu.

"Err... Ayda?" Dia garu kepala.

"Asal kau ada kat sini?" tanya Ayda sambil menguis guis pasir dengan kasutnya.

"Err... Saja. Kenapa dengan kau ni? Monyok je aku tengok," soalnya sambil mendekati kawannya itu.

"Urg! Entah lah Yan! Aku serabut dan menyampah, rasa nak tumbuk-tumbuk je orang tu!" balasnya dengan nada kegeraman.

"Asal?" sambil melihat kearah Ayda yang
sedang kusut.

"Ada sorang mamat ni! Dia tiba-tiba je datang kat aku. Lepas tu bagitahu yang dia akan sentiasa perhatikan aku. Dan! Yang paling aku menyampah. dia kata awak milik saya seorang dan saya takkan bagi awak rapat dengan siapa-siapa pun, especially boy. Eee geli wey!" kata Ayda sambil menjerit kuat di tepi tasik dan melempar batu ke dalam tasik tersebut.

"Siapa laki tu?" tanya Raiyan. Sambil kaki belunjur ke hadapan.

Ayda hanya mengeleng dan dia pun mengeluh kuat.

"Aku tak nak lah couple couple ni, rimas!
Itu tak boleh ini tak boleh. Ingat aku ni ISTERI dia!?"kata Ayda dalam nada geram. Sambil menekan perkataan isteri itu.

Raiyan hanya tergelak perlahan dengan perangai Ayda . Ayda menjeling tajam kearah Raiyan.

"Asal kau gelak? aku tengah luah ni kan... Kau jangan Raiyan! aku nangis kat sini. baru tahu!" katanya mengugut.

"Alah... Gelak sikit je tak boleh. Aih kau ni, macam ni lah kau tak payah layan lelaki macam tu. Kalau kau layan kau sama je lah dengan lelaki tu. Sebab lelaki ni kalau kau layan lagilah menjadi-jadi perangai dia tu. Buat tak wujud je, lama-lama dia tak kacau lah tu. Baru lagi ke?" soalnya pula selepas memberi nasihat pendek kepada Ayda .

"Lama dah weh! Dah nak masuk tiga minggu dia kacau aku. Tolonglah aku..."

Ternganga luas mulut Raiyan. Tiga minggu!Hampeh tak putus asa betul!

"Dah tiga minggu, lepas tu asal kau tak bagi tahu kita orang atau pun keluarga kau! Kau ni asyik pendam je. Orang ada kawan untuk berkongsi suka dan duka tapi kau? Entah lah Ayda aku tak tahu nak cakap apa lagi dah," Geram pula Raiyan.

"Ish... Kau ni! Hari tu aku dah nak bagi tahu tapi kau orang lah duk sibuk dengan benda tu benda ni! Manalah aku nak bagi tahu." Sambil menepuk bahu Raiyan kuat.

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now