"Humph! Tak nak kawan!" ujar Ayda sambil mengemas barang tokma dan atuk ke dalam bagasi besar milik mereka.
"Tokse saing tok soh, tokma tok kesoh pun. Gi jauh nuh tokma nok nyipe bare ni. Duk laye ko ngaju adik gak pah sudoh tok siap" bebel tokma panjang dalam bahasa Kelantan dia yang pekat itu. Ayda faham cuma dia belum fasih lagi dengan bahasa pekat tokma dia tu.
"Alah tokma duduk lah sini seminggu lagi.." ujarnya manja.
"Tak boleh lah Adik, kebun kat kampung tu siapa yang nak tengok? Pak long kamu bukan duduk rumah tokma dia duduk rumah sendiri. Alah lain kali ya" ujar tokma, memujuk.
"Tokma, jangan melayan sangat perangai Ayda ni. Umur tu dah 24 jangan mengada sangat. Tokma nak balik juga tengok rumah dah lah tiada orang yang tengok kan." ujar Adiel.
"Biar lah! Along buat apa kat sini? Bini ada pergilah layan bini sana!" ujar Ayda geram.
"Halau nampak"
"Shuh shuh pi sana!"
Ayda menolak badan Adiel keluar dari bilik tokma. Malas nak bergaduh dengan Adiel buat masa sekarang ni.
Selepas siap pintu dikunci, dia buat muka monyok dia balik. Nak pujuk tokma punya pasal.
"Dah dah tak payah nak buat muka, mama kamu dah beli tiket flight dah pun. Apa kata Adik yang datang rumah tokma boleh ajak kawan Adik sekali. Bukan selalu kan?" ujar tokma memberi cadangan.
"Tengok dulu tokma, diorang semua busy."
"Buke loni lah Adik! Nanti free lah" katanya sambil menampar lembut paha milik Ayda.
"Gi tubik, tokma nok siap ni. Pahni atuk pulok. Gi siap lalu kalu nok ikut ata. Kalu tok tinggal"ujar tokma mengugut.
Bergegas Ayda bangun dan berlari membuka kunci pintu dan cabut lari untuk bersiap. Tergelak tokma dibuatnya.
°
°
"Mak jaga diri tau! Jangan buat kerja berat sangat. Nanti bila Aisyah dan anak-anak ada masa free kami semua pergi jenguk mak dekat kampung tau" ujar Engku Aisyah sambil memeluk kemas badan tokma, Tengku Rahmah. Dan di cium tangan atuk, Tengku Hj. Salim.
Selepas selesai semua bersalam dan berpeluk. Engku Aisyah cuit tangan tokma.
"Ada apa?"
Mulut Engku Aisyah terjuih ke arah Ayda yang duduk jauh dari mereka dari tadi. Merajuk lah tu.
Tokma dan atuk menggelengkan kepala. Tak habis lagi rupanya merajuk dia.
Tokma dan Balqis pergi ke arahnya.
"Wui! Majuk lagi ke? Alolo nanti kitorang datang lagi lah bukannya nak pergi jauh pun, Kelantan aje"
YOU ARE READING
Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ]
Ficção Adolescente[ In editing process. ] "Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak lima ribu ringgit tunai." "Aku terima nikahnya Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan mas kahwinny...