BAB 54

1K 56 11
                                    

KOT Danial yang siap bergosok di dalam almari dikeluarkan oleh Dania lalu dihulurkan kepada suaminya itu. Danial membalas dengan senyuman sebelum dia menyarungkan kot tersebut. Dihadapkan badan di hadapan cermin untuk membetulkan letak kot tersebut.

"Sayang..."

"Ya?"

"This week sayang rehat dulu, chill chill dulu dekat rumah then next week baru masuk ofis. Okey macam tu?"

Dania yang melihat dari belakang sudah bersinar matanya. "Betul ni?"

Danial tergelak. Amboi, suara teruja benar. Nampak sangat excited tu. "Ya sayang..."

"Yeay! Thank you abang..." Dania memeluk tubuh suaminya dari belakang. Danial lepas ketawa terus. Serupa kanak-kanak dapat pergi ke taman permainan! Memang dia sentiasa kalah dengan manja isterinya ini.

Danial berpusing menghadap Dania. Dania membetulkan seketika letak kedudukan tali leher di kemeja Danial sebelum mengalihkan tangannya. Jarinya diletak di dagu, dahinya berkerut seolah-olah sedang berfikir. Danial memandang pelik.

"Why?"

"No... I'm just wondering..."

"Wondering?"

"Kenapa suami Ieya nampak handsome lain daripada biasa ni?"

Terlopong kecil mulut Danial sebelum dia ketawa lagi. Amboi! Baru bagi pergi ofis, pujiannya melambung sampai langit ketujuh!

"Are you joking?"

"No! I'm telling the truth, abang... Entahlah, abang nampak macam... apa eh? Handsome lah! Hari ni punya handsome lain macam aura dia."

"Eleh... ni puji puji ni nak apa sebenarnya? Cuba jujur dengan abang. Ke sebab abang bagi pergi ofis puji sampai macam ni sekali, hmm?" Helaian rambut Dania yang sedikit menutup dahi diselak ke tepi.

"Sumpah tak abang, betul!" Dania melangkah setapak mendekati Danial. "I don't know why but... today you look so, soo charming..." Kakinya mendekati Danial setapak lagi, sehingga tiada langsung jarak di antara mereka. "Just like Jamie Dornan..."

Danial telan liur. Gemersik suara itu terasa menyapa telinganya. Ya Allah, betul ke ini Dania Aqira, isteri aku? Bila masa dia pandai nakal macam ni?!

"Sayang... abang nak pergi kerja ni. Jangan macam-macam, please? Nanti tak pasal-pasal abang ambil cuti hari ni."

Dania tahan senyum. Kedua-dua tangannya naik melingkari pinggang Danial. Sengaja nak mengusik aje sebenarnya. Dalam hati dia sudah ketawa besar. Uwuu abang kita tergugat ke tuu?

Danial tunduk sedikit sebelum melekapkan bibirnya dengan bibir Dania empat ke lima saat kemudian dia menegakkan tubuhnya semula. Dania hanya menayang sengih.

"Puas hati? Lebih-lebih, tunggu abang balik nanti okey sayang? Dah jom turun bawah." Danial menarik tangan Dania lalu mereka sama-sama meninggalkan bilik tersebut. Makin duduk dalam bilik, makin menggeletis isterinya ini. Entah makan apa pun tak tahu. Mentang-mentang baru habis pantang, makin naik pula ulat bulunya...

*****

"SAYANG..."

"Hm?" sahut Dania ringkas kerana nasi goreng yang penuh di mulutnya.

"Sayang ada sembang dengan kawan-kawan sayang?"

"Emm, adalah kadang-kadang kitorang sembang dalam group. Tak selalulah sebab diorang pun busy kerja. Kenapa?"

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now