BAB 33

1.5K 61 1
                                    

SEPANJANG minggu final exam ini, Dania banyak berkurung di dalam bilik. Tak cukup dengan meja belajarnya, atas katil pun penuh dengan buku dan nota-nota. Maklumlah, tahun akhir ijazah. Tak naklah setakat dapat keputusan cukup makan aje walaupun pekerjaannya sudah dijamin nanti. Tak perlu susah-susah macam orang lain, senang saja dia bakal diserap masuk ke dalam syarikat milik papanya. Cuma kedudukannya di mana dia tak tahulah. Kalau dapat cleaner, memang dia sental cukup-cukup muka CEO MA Holdings tu.

Ada kalanya, kepalanya sampai terlentok di atas meja belajarnya. Namun apabila dia bangun keesokannya, elok saja dia terbaring di atas katil. Tak pasti pula bila dia berjalan dan merebahkan diri di atas katil itu. Buku-buku dan nota-notanya pula sudah elok berkemas.

Tak makan yang berat-berat, biskut Oat Krunch saja dibawa duduk bersama di bilik. Tak lapar pun. Nak mandi atau buang air sekalipun, di bilik air di dalam biliknya saja. Jadi memang dia tak ada sebab untuk keluar dari bilik. Kadang-kadang Danial pun balik lewat. Dia tak ambil tahu pun. Nanti dikatakan menyibuk pula.

Namun sudah beberapa kali, Danial akan mengetuk pintu biliknya dan membawa bersama secawan nescafé untuk dirinya. Katanya, dia tahu Dania penat belajar sehingga lewat malam. Dan kerap kali juga Danial akan bertanya kepadanya tentang apa-apa yang dia tak tahu, kemudian mengajarnya. Disebabkan sikap Danial yang agak terbuka itu, Dania menjadi selesa untuk bertanya apa saja dan meminta Danial untuk mengajarnya. Makin lama, tanpa disedari, hubungan mereka menjadi semakin rapat.

Habis saja kertas terakhir, Dania dan Mia keluar dari dewan besar yang dijadikan tempat peperiksaan mereka. Rasa nak melompat ditahan. Ini bukan sekolah rendah, nak bersuka-ria lepas peperiksaan UPSR. Bukan juga sekolah menengah, nak menjerit bebas lepas peperiksaan SPM. Mereka berdua pergi mendapatkan Bella dan Nadya yang menunggu di luar.

"OMG girls, finally!" Bella sudah teruja semacam. Nadya turut sama mengiyakan kata-kata Bella. "Aku rasa nak menjerit sekarang ni weh! Finally, kita dah habis!" Suaranya bagaimanapun cuba dikawal. Dania dan Mia hanya ketawa.

"Haih, teringat pulak last paper SPM dulu. Kita berkumpul macam ni, melompat menjerit semua satu kelas. Rindulah pulak." ujar Mia mendapat anggukan daripada mereka bertiga. SPM dulu bolehlah buat perangai begitu, buat macam sekolah tu mereka yang punya tambahan pula pelajar aliran lain tiada pada hari kejadian. Hanya tinggal pelajar aliran Sains Tulen sahaja iaitu kelas mereka berempat.

Sekarang ini di universiti, di hadapan orang ramai macam ni nak jerit-jerit? Agak-agaklah. Tunggu hari konvokesyen lepas ambil ijazah nanti, nak buat apa buatlah.

"Memandangkan kita dah officially merdeka, jom release stress, nak?" cadang Bella. Nadya terus mengangkat tangan. "Jom karaoke! Bella belanja."

Bella terus menampar lengan Nadya. "Apasal aku pulak?"

"Kau kan kaya." Selamba Nadya berkata membuat Bella menjelingnya. "Macamlah kau tak kaya."

Dania dan Mia hanya tergelak dari tadi melihat kerenah dua sahabat mereka itu. Telefon yang berdering membuat mata mereka tertumpu ke arah masing-masing. Dania mengeluarkan telefonnya dari dalam beg. Panggilan dari Danial dijawabnya.

"Dah habis dah?"

"Dah."

"Kau balik pukul berapa ni?"

"Lambat kut sebab dorang ni ajak karaoke pulak. Nak lepaskan stress kononnya. Awak... tak kesah kan?"

"Tak... So, kau balik macam mana nanti? Nak aku ambik ke?"

"Eh tak apa, saya balik dengan Mia je nanti."

"Hm, okey." Panggilan dimatikan. Mia, Nadya dan Bella hanya senyap dari tadi. Dania memandang mereka bertiga semula.

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now