BAB 22

1.6K 59 1
                                    

Beberapa tahun kemudian...

DANIA fokus membaca novel Setelah Terlafaznya Akad di tangan. Sesekali, dia ketawa lucu membayangkan watak Hanan dan Nawal yang mencuit hati itu. Kadang-kadang, tubuhnya bergolek ke sana ke mari di atas katil. Bunyi kuakan membuatkan dia tertoleh pada muka pintu. Melihatkan gerangan yang masuk, dia kembali memandang novel di tangan.

"Amboi-amboi, Dania. Kemain kau bergolek-golek atas katil, erk?" Matanya melihat novel di tangan Dania. "Novel? Wah, sempat eh kau baca novel." Dania terus menutup novel seraya mata berkalih ke wajah teman sebiliknya itu.

"Nak release tension la, Mia. Penat semalam sampai ke tengah malam buat assignment..." Dania memejam matanya seketika. Mia melabuh duduk di sebelah Dania. Jatuh kasihannya melihat wajah penat itu. Dia pun sama, stay up sampai tengah malam dengan Dania semalam. Maklumlah, mereka berdua mengambil course yang sama. Pentadbiran Perniagaan. Kedua-dua mereka bakal menguruskan syarikat milik keluarga sementara Bella dan Nadya lebih berminat ke arah perubatan.

Telefon bimbit yang bergetar di atas meja belajar Dania dipandang oleh Mia. Dia bangun dari duduk lalu mencapai telefon bimbit tersebut. Melihat nama pemanggil, Mia terus menghulurkan telefon tersebut kepada Dania.

"Dania..."

"Hmm?" Dania masih memejam mata.

"Ni ada orang call ni..."

"Siapa?"

"Tengok sendiri la..." Dania membuka mata, kemudian menyambut huluran Mia. Saat mata memandang nama yang terpapar pada skrin, terus dia mengeluh berat.

Kim Jong-un 🙄

Dibiarkan beberapa saat, sebelum panggilan tersebut dijawabnya.

"Yes?"

"Aku nak kau kemas barang kau, esok pindah masuk rumah aku." Membuntang terus mata Dania. Langsung dia bangkit dari pembaringan.

"Kejap, kejap. Apa ni tiba-tiba? Kenapa saya nak kena pindah rumah awak pulak?" Sungguh dia pelik. Dia dah tahun akhir kut. Tak boleh nak tunggu tahun depan ke?

"Aku suruh tu ikut ajelah. Banyak cakap la kau ni."

Inilah salah satu sebab dia menyampah bercakap dengan si Kim Jong-un ni. Asal ditanya, balas 'ikut ajelah apa aku suruh', 'tak payah banyak tanya', 'jangan banyak cakap la', 'suka hati aku la'.

"Eee susah sangat ke nak jawab soalan saya? Kalau nak saya pindah rumah awak, tunggu ajelah lepas saya grad. Apa susah? Kenapa sekarang?" tanya Dania tak puas hati.

"Mama papa suruh." Choi! Ye ye lah tu.

"Tak ada maknanya la. Baik awak cakap betul-betul." Apa ingat dia budak sekolah yang mudah ditipu ke? Mudah digula-gulakan? Come on, this is Dania Aqira okay...

"Okey la, okey la. Aku... aku sunyi duduk sorang-sorang. Aku nak kau teman aku." Terbuka luas mulut Dania. Dia salah dengar ke? Dia tengah mimpi ke ni? Ke Kim Jong-un tu yang tersalah cakap?

"Chop, chop. Saya blur kejap. Awak pasti yang awak tak salah cakap? Awak nak saya teman awak?" soalnya, sekadar untuk kepastian. Tak percaya langsung dengan apa yang didengarinya. Eh, tak. Dia percaya pada telinganya, cuma dia tidak percaya pada mulut si Kim Jong-un itu.

"Apa benda la kau ni. Aku sedar apa aku cakap. Aku nak kau duduk terus dengan aku, teman aku. Itu pun tak faham ke?"

Okey, dia serious nampaknya...

"Kenapa pulak sunyi?"

"Yelah, balik ofis duduk rumah ni sorang-sorang aje tak ada siapa. Bosan. Tak ada orang aku nak kacau."

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now