SETELAH selamat Mercedes-Benz hitam itu diparkir elok di halaman rumah banglo mewah milik Datuk Sri Ashraf di Westminster, Danial terus turun dan membuka pintu kereta di bahagian tempat duduk Dania. Laju dia mengangkat Dania keluar sehingga tidak sempat untuk Dania mengelak.
"Eh, awak. Tak payahlah.."
Danial tutup pintu kereta itu dengan hanya menggunakan kakinya sebelum ingin melangkah ke arah pintu utama rumah banglo tersebut. Namun Dania yang seakan mahu meronta itu membataskan pergerakannya.
"Turunkanlah saya! Malu lah. Kalau mama dengan papa nampak nanti macam mana?"
"Biarlah. Bukannya haram ke maksiat pun. Lagipun, nanti kau lambat-lambat jalan minggu depan baru boleh masuk rumah, tahu tak?"
"Tak naklah... Bring me down.."
"Eh kau ni kan, banyak songeh betullah! Diam ajelah!"
"I said bring me down!"
"Hei perempuan ni kan. Dengar cakap aku boleh tak?!"
"Tak nak! Turunkan cepat!"
"Karang aku hempaskan kau dekat sini, baru tahu!"
"Okey, okey." Terus, Dania diam. Siapa tak diam kalau dah kena ugut nak kena hempas dekat lantai bersimen di hadapan pintu masuk itu?
Dan Danial tersenyum puas.
Nak sangat kena ugut dulu kan, baru reti senyap.
"Kejamlah awak ni."
"Memang pun, baru tahu ke? So, diam-diam aje dahlah." Danial makin menghampiri pintu masuk rumah banglo mewah itu.
'Macam Kim Jong-un.' Gumam Dania.
"Apa kau cakap?"
"Tak ada apa-apa." Dengar dek Danial, mahu kena hempas betul-betul. Baik diam.
Sebaik berhenti di hadapan pintu itu, terus Danial memberi salam. Pintu dibuka. Wajah Datin Sri Amirah yang tersembul di hadapan pintu terus berkerut apabila melihat Dania di dalam cempungan Danial. Tambah berkerut apabila Dania dengan selamba memberikan tanda 'peace' kepadanya.
"Ni dah kenapa berdukung ni?"
"Kaki Dania ni ha terseliuh, ma."
"Macam mana boleh terseliuh pulak ni? Tak apalah pergi naik bilik, nanti mama bawa ubat." Danial terus menuju ke tangga.
"Bilik? Bilik siapa, awak?" Dania terus tanya.
"Bilik akulah."
"Habis saya?"
"Masuk ajelah sekali, macam tak biasa."
"Eh, tak naklah.. Nanti tak pasal nak kena satu katil pulak dengan awak. Tak pun awak suruh saya tidur atas lantai. Hee tak naklah. Bawalah saya pergi bilik lain, please..."
"Eh, eh jangan nak mengada-ngada eh. Aku bawa tu ikut ajelah."
"Alaa tak nak please lah rumah ni banyak lagi bilik lain, kan.. Please lah awakkk..." Danial mula geram.
"Hish kau ni karang aku letak atas tangga ni baru tahu. Kau tidurlah dekat tangga ni. Masuk ajelah bilik aku bukannya haram pun." Dania buat muka.
"Plus.. kau nak mama dengan papa syak apa-apa ke hah?"
"Okay, okay fine."
Masuk sahaja ke dalam bilik, Danial terus meletakkan Dania di atas katil dengan cermat. Dania berdesis perlahan. Diselaknya bahagian bawah kaki seluarnya. Jelas membiru buku lalinya.
YOU ARE READING
Sayang Separuh Nyawa
RomanceBEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial mencintainya atau tidak walaupun mereka berstatus suami isteri. Namun, di luaran memang dia nampak ti...