BAB 43

1.7K 45 0
                                    

AMAR dan Mia sama-sama keluar dari kereta sebaik mereka sampai di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat milik keluarga Amar. Mia lambat-lambat menapak mendekati Amar. Kedua-dua tangannya diramas sesama sendiri. Malu bercampur segan. Amar yang perasan Mia masih jauh darinya terus menggamitnya supaya mendekat.

"Sini la awak. Kenapa jauh sangat?"

Perlahan-lahan Mia menghampirinya. Melihat air muka Mia, terbit senyuman kecil di bibir Amar. Tahu benar makna riak tersebut.

"Awak nervous erk? It's okay, don't worry umi saya tak makan orang."

"Ish awak ni, takde la sampai macam tu." Tak adalah sampai dia membayangkan yang ibu kepada Amar itu garang sampai nak makan dia. Over sangatlah kalau dia fikir macam tu. Dia cuma segan... First time nak jumpa bakal mentualah katakan. Opps...

Amar tergelak sebelum dia mengetuk perlahan pintu rumahnya, memberi salam. Kedengaran suara seseorang menjawab salam dari dalam sebelum pintu itu terbuka. Terjengul wajah seorang wanita separuh abad dengan senyuman.

"Umi." Amar tunduk menyalam tangan uminya. Selepas itu, Mia turut bergerak ke hadapan ingin menyalam tangan ibu kepada Amar itu. Wanita itu menyambutnya lalu ditarik Mia ke dalam pelukan. Mia agak tersentak. Sekejap saja sebelum wanita itu melihat wajah Mia.

"Inilah rupanya Mia ya? Cantik, macam namanya jugak. Jemputlah masuk." Mia memandang Amar seketika sebelum dia mengikut langkah Puan Mahfuzah masuk ke dalam rumah tersebut. Amar hanya senyum senang sebelum dia turut mengekori sama.

"Mia duduk la dulu. Umi nak pergi dapur sekejap." ujar Puan Mahfuzah. Amboi kau, dah bahasakan diri dia umi. Kau hado?

"Eh takpe la umi. Biar Mia tolong."

"Mana boleh macam tu. Mia kan tetamu."

"It's okay, Mia tak kesah pun." balas Mia sambil tersenyum nipis. Puan Mahfuzah turut senyum.

"Susah-susah Mia je."

"Tak susah pun la, umi. Jom Mia tolong." Mia mengikut langkah Puan Mahfuzah ke dapur. Amar yang melihatnya sudah tersungging senyuman senang di bibirnya.

Di dapur, Mia hanya membantu Puan Mahfuzah menghidangkan makanan di atas meja makan memandangkan semuanya sudah dimasak lebih awal.

"Mia ada berapa ramai adik-beradik?" soal Puan Mahfuzah sambil dia mengeluarkan jag dari kabinet dapur.

"Mia tak ada adik-beradik. Mia anak tunggal. Jadi Mia dah biasa la hidup sorang." jawab Mia dengan tangannya bergerak mengelap pinggan-pinggan kaca.

"Sorang? Mak ayah Mia?"

"Maksud Mia, hidup sorang tanpa adik atau abang kakak. Mummy dengan daddy ada, walaupun diorang kadang-kadang busy tapi diorang tak pernah lupa Mia. Mia still bersyukur la sebab kan ada sesetengah orang parents diorang busy kerja sampai tak ada masa untuk anak-anak."

Terangguk-angguk kepala Puan Mahfuzah mendengarnya. "Hm, betul betul. Umi setuju. Umi ni memang kerja duduk rumah je, tunggu Amar dengan abah dia balik. Adik lelaki dia sekarang dekat asrama, dah tingkatan lima dah."

"Nak SPM la kan?"

"Ha'ah. Sibuk sikit la dia tahun ni. Kena struggle lebih."

Mia ukir senyum kecil. "InshaAllah, dia boleh tu. Umi jangan risau."

"Itulah. Nasib baik la si Aiman tu tak ikut perangai nakal abang dia masa sekolah dulu. Takde la pening umi dibuatnya." Terlepas terus tawa Mia.

"Amar nakal sangat ke, umi?"

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now