BAB 35

1.6K 59 0
                                    

MALAM pada hari majlis konvokesyen Dania selesai, Dania dan Danial sibuk mengemaskan barangan mereka di dalam bilik masing-masing. Puas bergambar bersama keluarga dan kawan-kawannya, petang itu balik-balik saja kedua-duanya terbongkang tidur. Penat sangat gayanya. Dah malam ni barulah ada masa nak kemas. Seperti yang dijanjikan, mereka akan berpindah ke rumah yang telah dibeli Danial lebih kurang berhampiran dengan kediaman ibu bapa mereka.

Pintu bilik Dania yang tidak bertutup rapat ditolak Danial. Dania yang telah siap menyusun baju di dalam luggage menoleh memandang Danial yang sedang tercegat di muka pintu.

"Banyak lagi ke barang?"

"Baju-baju semua dah. Muat je ni hah satu luggage. Setakat buku-buku tu jelah." Mulut Dania memuncung menunjukkan buku-buku notanya yang tersusun di atas meja belajarnya.

"Buku-buku tu semua biar sini jelah. Nanti bila-bila ada masa, aku datang ambik. Tak pun biar je letak sini. Bukannya kau nak guna pun kan." Dania mengangguk. "Okey."

"Aku dah check dah dekat dapur tadi mana yang dah nak expired, mana yang dah habis apa semua dalam kabinet dengan peti ais. So dekat dapur tu aku dah kemas dah. Laundry room pun takde apa. Depan pun aku check semua dah. Esok nanti lepas breakfast kita terus gerak jelah."

"Esok kita terus balik rumah tu ke macam mana?"

"Kita singgah rumah papa mama dulu sebab mama suruh makan sana. Lepas tu baru balik rumah kita."

Dania mengangguk lagi. Luggage dizip dan didirikan lalu diletakkan di sebelah meja solek.

"Ni kau ada nak turun bawah ke, minum ke apa ke? Sebab aku nak tutup lampu bawah dah."

Dania berfikir seketika sebelum menggeleng. Danial angguk perlahan. "Hmm okeylah. Pergilah tidur. Night." Pintu bilik ditutup rapat oleh Danial. Dania menutup lampu bilik seraya dia terus merebahkan diri ke atas katil. Dah tidur petang tadi pun malam masih mengantuk lagi.

Mengingatkan hubungan dia dan Danial yang semakin membaik, Dania senyum nipis. Meskipun tak adalah sampai sweet-sweet macam orang bercinta, tapi dia tetap bersyukur. Bersyukur kerana hati lelaki itu lembut akhirnya. Matanya terpejam dengan bibir tersenyum senang. Mimpi indahlah malam ni.

*****

DATIN SRI AMIRAH meluru ke muka pintu utama rumahnya setelah mendengar orang memberi salam. Tubuh Dania yang muncul di balik pintu dipeluk sayang. Macam dah lama benar tak jumpa anak perempuannya yang seorang itu.

"Amboi, siapa yang anak kandung sekarang ni?" soal Danial sambil bercekak pinggang. Datin Sri Amirah menyucuk pinggang anak lelakinya itu.

"Mulut..." Danial hanya menayang sengih apabila menerima jegilan mata daripada mamanya.

"Udah, udah lah tu Mira oi... Semalam kan dah jumpa anak kesayangan Mira tu." Datuk Sri Ashraf yang baru menuruni tangga pula mencelah. Datin Sri Amirah hanya memberi jelingan kepada suaminya itu.

"Anak saya, kan..." Datuk Sri Ashraf hanya menggeleng. Apa-apa sajalah isteriku...

Mereka berempat mengambil tempat di sofa kulit hitam di ruang tamu. Dania meliarkan matanya ke sekeliling rumah. Lama tak datang sini, tak banyak yang berubah. Setakat langsir bertukar, dengan hiasan dalaman rumah itu bertambah. Bukan Datin Sri Amirah lah kalau rumah tak ada pasu hiasan.

"Danny dengan Ieya macam mana? Okey?" soal Datin Sri Amirah kepada anak menantunya yang duduk berhadapannya. Danial dan Dania memandang sesama sendiri.

"Kitorang macam ni jelah, ma. Okey je." jawab Danial seraya merapatkan tubuhnya dengan Dania. Tangan kanannya dibawa ke bahu Dania sementara tangan kirinya memegang sebelah tangan Dania. Kejung tubuh dibuatnya. Mana tidaknya, tak ada isyarat diberi tiba-tiba aje peluk orang. Memanglah dah berbaik tapi siapa aje tak terkejut.

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now