"MANA la Jong-un ni? Membuta lagi ke apa? Hesyy..." Dania merungut sendirian di perhentian bas di hadapan sekolahnya.
"Err, Aqira?"
Dania melipat maut apabila terdengar namanya diseru. Wah, crush!
"Eh, Arief.. Awak baru nak balik ke?"
"Ha'ah. Jom la sekali." pelawanya. Wah, rezeki!
"Eh, boleh ke?" Tanya dulu, bukan apa. Kang kena cop batak pulak kalau pakat setuju aje.
"Apa pulak tak bolehnya. Kalau awak tunggu abang awak, saya rasa tahun depan baru dia sampai. Jom la."
Dania teragak-agak untuk menerima pelawaan Arief. Namun memikirkan abangnya yang menyakitkan hati itu tidak datang-datang, lebih baik lah dia menerima pelawaan tersebut. Orang dah jemput, takkan nak tolak pulak.
Akhirnya dia mengangkat punggung lalu mengekori Arief yang menuju ke Toyota Alphard hitam yang sudah lama menunggu di hadapan perhentian bas itu.
"Pak Ali, hari ni Dania naik dengan kita tau. Pak Ali tahu nak hantar kat mana kan?" Pak Ali mengangguk seraya tersenyum. Aishh, Pak Ali ni.
Dania membetulkan duduknya sebaik memboloskan diri ke dalam perut Toyota Alphard hitam itu. Sementara seseorang yang sudah lama duduk bersebelahan pemandu itu menoleh ke belakang.
"Eh, Kak Aqira. Hai!"
"Hai.." balas Dania hanya melempar senyum.
"Saya Alief. Adik Abang Arief. Ingat tak?"
"Ohh, ingat. Form 3 kan?" Alief angguk.
"Alief memang macam ni, awak. Friendly." Dania angguk. Macam main angguk-angguk pulak.
"Kak."
"Yes?"
"Akak ni cantik la. Baik pulak tu. Jadi kakak ipar saya aje la." selamba Alief berkata menyebabkan mata Dania terbeliak seketika manakala Arief sudah menumbuk bahagian belakang tempat duduk adiknya itu.
"Ohoi mulut kau tu, kan. Belajar tak habis lagi nak kakak ipar amende? Ingat sikit PT3 tu."
"Ala bukan untuk Alief la. Alief cakap untuk abang."
"Dah-dah syutt.. Sambung aje tidur kau tu."
"Mana ada orang tidur, la. Orang nak rehatkan mata aje. Ngantuk tau dua jam menghadap Cikgu Mei tadi." Dania tergelak apabila mendengar Alief merungut fasal Cikgu Mei, yang merupakan bekas guru Matematiknya semasa tingkatan dua dulu.
"Dia memang. Selalu masuk kelas awal, tapi bila keluar lambat. Nasib aku dah lepas sengsara tu. Betul tak, Qira?" Tambah gelak Dania mendengar kutukan Arief. Dia hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Arief.
Teringat pula dia yang mereka, kelas 2 Artistic pernah balik lambat gara-gara Cikgu Mei yang tetap ingin menghabiskan soal jawab tajuk Ungkapan Algebra pada papan putih. Walaupun sudah 3 tahun berlalu, namun peristiwa tersebut tetap segar dalam ingatannya. Dan kerana itu, dia tertawa lagi.
Arief pandang Dania. "Kenapa tiba-tiba gelak?"
Dania menggeleng. "Tak.. Tiba-tiba teringat masa kita kena balik lambat sebab Faiz punya pasal."
Arief tergelak. "Ha'ah. Haha.." Terkoyak senyuman di bibir mengingatkan rakannya yang agak nakal itu. Namun, pelajaran Katering agak membantunya saat ini. Elok la tu.
"Tapi sekejam-kejam dia pun, dia ajar Maths bagus tau. Kau hadap aje la, Alief. Dah nak dekat PT3 dah pun." nasihat Arief.
"Hmm tahu. Sebab tu la orang boleh hold lagi." Alief memejamkan matanya.
"Sabar aje la, Alief. Kita orang dulu macam tu jugak la. Just do your best to pass with flying colours in PT3 nanti, okey?" Mata yang tadinya terkatup terbuka kembali mendengar kata-kata semangat yang diberi oleh Dania.
"Wahh, alright Kak Dania. Thank you so much for the kind words." Alief menoleh ke belakang seraya tersenyum memandang Dania. Dania membalas senyum itu.
"Ye la, abang dah straight A's. Takkan adik tak nak kut. So, make sure buat betul-betul okey. Walaupun ni cuma PT3 aje. PT3 ni la nak tentukan kita kelas Sains ke Akaun." terang Dania panjang lebar lagi.
"Baik, Kak Dania. I'll try my best." balas Alief seraya kembali memejamkan matanya.
Arief mendekatkan wajahnya dengan Dania seraya berbisik. "Kan saya dah cakap, awak ni pakar motivasi. Elok aje awak nasihatkan Alief tu."
Dania koyak senyum. "Entah la. Saya pun tak tahu. Tapi bila saya bagi nasihat kat orang, automatik saya pun rasa terinspirasi. So.. yeah.."
Arief angguk tanda setuju. Dia memang suka apabila Dania bagi kata-kata semangat begitu. Aishh kalau la tercapai impiannya untukkk....
Automatik Arief menepuk kepalanya. Haipp Arief! Tu nanti-nanti fikir okeyyy... Sekarang belajar dulu...
Dania melipat maut. "Dah kenapa awak ni?"
"Haa? Aa.. nothing... Saja.." Arief senyum. Padahal otaknya hampir berfikiran ke arah lain tadi. Aipp, bukan arah yang macam orang selalu fikir. Harap maklum.
*****
"THANKS Arief, Pak Ali." kaki Dania melangkah keluar dari perut Toyota Alphard hitam itu.
Alief menurunkan cermin tingkap kereta. "Kak Dania."
Dania toleh memandang Alief. "Ya?"
"Terima kasih lagi sekali. Untuk nasihat tadi." Dania senyum.
"No mention. Best of luck untuk PT3 nanti, Alief."
"InshaAllah."
Mereka bertiga di dalam Toyota Alphard hitam itu menghantar Dania sehingga Dania selamat memasuki kawasan rumah banglo itu melalui pandangan mata sebelum berlalu meninggalkan perkarangan rumah tersebut.
*****
DANIAL bangkit secara mengejut daripada pembaringannya. Matanya ditala ke jam tangan.
"2.30 dahh?! Alamak, Dania!"
Danial segera bangkit daripada sofa lalu berlari menuju ke pintu rumah banglo tersebut. Sementara Dania yang baru hendak menguak pintu besar itu dan memberi salam terkejut. Akibatnyaaa....
Bumm!
"Auchh!!" Dania jatuh terduduk ke belakang. Sakit tak payah nak cakap lah!
"Hesyy awak ni dah kenapa, hah? Lari.. lari. Tengah practice marathon ke apa?"
"Aduhh... Kau la.." Danial menggosok lengannya.
"Eh, eh. Saya pulak. Saya masuk elok-elok buka pintu bagi salam awak pakai redah aje."
"Mana la aku tau. Aku ingat dah lambat nak ambik kau tu sebab aku lari tadi."
"Dah, tak payah nak lari-lari sangat. Saya dah selamat dah pun." Dania bangun dan menuju ke arah tangga.
"Jap. Kau balik dengan siapa tadi?" soal Danial yang masih duduk.
"Kawan."
"Ye la, kawan tu siapa? Aladdin?" Dania merengus.
"Syed Arief Izman." Dania terus memanjat tangga tanpa menghiraukan lagi Danial.
*****
DATUK SRI ASHRAF berdehem seketika sebelum membuka mulut.
"Danial.. Dania."
"Yes, pa?" Serentak mereka berdua memandang ke arah Datuk Sri Ashraf.
"Lepas makan jangan naik bilik dulu. Papa ada benda nak cakap." Serentak juga mereka mengangguk faham.
Datin Sri Amirah, memandang kedua-dua anaknya itu silih berganti. Sementara hatinya penuh berharap, moga-moga anak-anaknya akan lembut hati apabila mendengar bicara suaminya nanti.
Ya Allah, Ya Tuhanku... Permudahkanlah segala urusan kami sekeluarga.....
YOU ARE READING
Sayang Separuh Nyawa
RomanceBEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial mencintainya atau tidak walaupun mereka berstatus suami isteri. Namun, di luaran memang dia nampak ti...