BAB 47

1.3K 40 0
                                    

DANIA mengemas almari di dalam bilik pakaian yang agak bersepah akibat tiada masa untuk mengemas. Hari-hari dah sibuk kerja, balik dari pejabat pun hari dah malam ditambah dengan letih lagi. Sebenarnya almari pakaiannya tidaklah bersepah mana. Setakat betulkan lipatan baju tu sikit-sikit saja. Tak sampai lima minit dia siap mengemas. Pintu almarinya ditutup. Dibuka pintu almari di sebelah pula. Almari pakaian Danial.

Buka-buka saja, keluar terus kalimah istighfar dari bibir Dania. Dia punya selerak tak terampun! Timbul rasa pelik di hatinya, sejak bila Danial tak terurus macam ni? Selalunya dia yang paling mementingkan kekemasan, sehinggakan kalau boleh tak nak ada kedut langsung dekat baju yang tergantung dalam almarinya. Ini sampai terlipat sana sini, terbalik atas bawah. Memang bukan Danial Arshad langsung!

Dania menggelengkan kepalanya. Apa kena dengan suaminya ini? Dunia dah terbalik ke apa? Tangannya mencapai baju yang tergantung lalu dibetulkan kedudukannya. Selepas lima minit, Dania duduk bersimpuh seraya satu persatu pakaian Danial di bahagian bawah almari diambil dan dilipat semula. Selesai melipat, dia menyusun pakaian-pakaian tersebut pula.

Baru dia mahu menarik sehelai baju, tiba-tiba matanya terpandang akan sebuah album gambar yang terselit di celah-celah baju tersebut. Tangannya beralih mengeluarkan album yang agak besar itu.

"Album apa pulak ni? Kenapa ada dekat sini?" Kulit album berwarna ungu lembut itu dibelek Dania. Kerutan makin jelas kelihatan di dahinya. Sampai kena sorok dekat celah-celah baju macam ni. Di muka hadapan album tak ada pula tertulis apa-apa.

"Entah-entah, album gambar dia dengan Mayra tak?" tebak Dania. Kulit album itu diselak perlahan-lahan. Ikutkan hati dia tak nak tengok tetapi akalnya mendesak untuk menyelak juga. Alah, selak sehelai je Dania. Kau menyampah nanti tutuplah.

Namun apa yang singgah di matanya itu bukan seperti apa yang dia sangka. Gambar di majlis akad nikah dia dan Danial direnung lama. Bermula dari gambar dia seorang di bilik, kemudian gambar dia menuruni anak tangga dengan langkah yang penuh ayu. Selak halaman sebelah, gambar dia duduk di atas sofa bertemankan mamanya, Datin Sri Amirah. Gambar Danial bersalam dengan jurunikah. Rasa sebak memenuhi ruang hatinya.

Diselak lagi dan lagi sehingga matanya tertancap pada gambar upacara pembatalan air sembahyang di antara dia dan Danial. Langsung dia teringat betapa dia dapat merasakan keikhlasan saat bibir lelaki itu singgah ke dahinya. Seakan mewujudkan satu perasaan aneh yang mengalir di segenap pembuluh darahnya. Dania tersenyum. Professional sungguh jurugambar yang ditugaskan untuk merakam suasana itu. Setiap hasil bidikannya amat mengkagumkan. Sama tarafnya dengan hasil gambar perkahwinan para artis yang biasa dimuat naik di Instagram.

Tidak semena-mena, air matanya jatuh setitik mengenai gambar tersebut. Tanpa dia sangka, sudah enam tahun usia perkahwinan dia dan Danial. Ikatan halal di antara mereka berdua sudah lama terjalin. Namun sepanjang enam tahun, tiada apa-apa istimewa yang berlaku antara mereka. Hubungan mereka seakan sama dari semasa belum berkahwin lagi. Tetapi dia sama sekali tidak menyalahkan sesiapa, baik Danial mahupun orang tua angkatnya. Dia reda dengan apa jua takdir yang telah ditentukan buatnya kerana dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan kemanisan di sebaliknya.

Dan syukur kepada-Nya, berkat kesabaran yang tinggi setiap kali berhadapan dengan lelaki itu, akhirnya Danial berlembut hati dan mahu menerimanya. Walaupun selepas enam tahun, tetapi Dania sedikit pun tidak mengeluh malah dia bersyukur. Mungkin sekarang adalah waktu yang paling tepat untuk mereka berdua bersama. Dania mengulum senyum dan bibir mengucap kata syukur.

"Sayang?"

Dania memalingkan kepalanya ke belakang apabila terdengar namanya dipanggil. Melihat susuk tubuh suaminya berdiri di ambang pintu bilik pakaian itu, Dania terus menutup album yang dilihat tadi.

"Buat apa ni?" Danial menapak ke arah Dania. Pelik apabila Dania tidak kelihatan di segenap rumah. Fikirnya Dania mungkin berada di dalam bilik tidur mereka. Masuk saja ke dalam bilik, dilihatnya lampu bilik pakaian mereka menyala. Terus saja dia mencari Dania di situ.

Sebaik dia mendekati Dania, matanya terpandang akan album gambar yang berada di atas riba isterinya. Danial terdiam. Dipandang wajah Dania yang sedang tunak memandangnya.

"Kenapa album ni boleh ada dekat celah-celah baju abang? Abang sengaja sorok dari Ieya ke apa?"

"Eh tak, tak... Bukan macam tu. Buat apa abang nak sorok, sayang ni pun." Kalut Danial menafikan lalu dia duduk melutut di sebelah Dania. "Hari tu masa kita balik rumah mama dengan papa, kan abang ada naik atas sekejap ambik barang dekat bilik kita. Salah satu barangnya tu hah arnab putih sayang tu. Lepas tu abang bukak laci nak tengok apa lagi dekat dalam, terjumpa pulak album ni. Abang bawak jelah sekali tapi masa kemas hari tu, abang keluarkan dari beg lepas tu terus selit dalam almari. Lupa pulak nak simpan dekat laci depan."

Dania hanya mengangguk berpuas hati mendengar penjelasan Danial. "Jadi selama ni, abang la yang simpan album ni?"

"Hah sayang lupa la tu. Bukan ke lepas abang balik London, abang bagi sayang guna bilik abang? Arnab sayang tu pun abang jumpa dekat atas katil bilik abang tau. Lepas tu agaknya mama la kut yang bagi album ni dekat sayang, suruh sayang simpan."

"Ooh... ha'ah la. Ieya simpan dalam laci lepas tu memang tak bukak-bukak pun laci tu. Masa nak pergi kolej dulu pun Ieya just fikir benda-benda yang nak dibawa ke sana je. Tak teringat pun pasal album ni." Dania tunduk memandang album gambar itu kembali. Memang otaknya tak teringat langsung tentang kewujudan album gambar perkahwinannya. Agaknya skru otak kau dah longgar ni, Dania.

"So sekarang ni, abang nak sayang yang simpan album kita ni. Abang tahu kalau sayang simpan, confirm one hundred and one percent selamat. Kalau bagi abang la, entah mana-mana karang abang letak." Danial menggosok sekejap kepala Dania kemudian dia mula bangun melangkah ke pintu.

"Abang nak keluar sekejap, sayang nak pesan apa-apa tak?" soal Danial terlebih dahulu sebelum melangkah keluar. Dania berfikir seketika sebelum dia menggeleng sebagai jawapan. Danial pun terus saja keluar dari bilik itu sementara Dania menyambung kerjanya yang tertangguh tadi. Melayan perasaan punya pasal, dah nak petang pun tak siap-siap lagi kemas baju.

*****

USAI makan malam, Mak Jah sudah awal-awal masuk ke dalam biliknya, mahu berehat katanya. Danial pula menghilang ke atas, tak tahu apa yang dibuatnya. Dania masih belum mengantuk, terus saja dia ke dapur untuk membancuh Cerelac nya. Tak rasa lapar pun sebenarnya tetapi entah kenapa dia terasa macam nak makan walaupun tadi dia makan bertambah-tambah.

Selesai membancuh dia menapak ke ruang tamu lalu melabuhkan punggungnya di sofa. Siaran televisyen ditukar-tukar seketika sebelum satu suapan dibawa ke mulutnya.

Danial baru turun dari tangga dan terus menuju ke arah ruang tamu apabila melihat ruang itu terang dengan cahaya dari televisyen. Berkerut nipis dahinya melihat Dania yang sedang makan itu.

"Aik sayang, lapar lagi ke?"

"Takde la. Terasa je nak makan." Dania menyuap lagi. Danial menjenguk isi di dalam mangkuk yang dipegang Dania. Benda putih ni lagi?

"Tak bosan ke sayang makan ni hari-hari?" soal Danial dengan nada pelik. Bertambah-tambah sebenarnya rasa peliknya apabila dia lihat dalam kabinet dapur selepas makan malam tadi. Baru minggu lepas dia beli, empat tin dah lesap! Hebat sungguh Dania Aqira di sebelahnya ini.

Dania hanya mengangkat bahu. "Entah lah... Mulut Ieya rasa nak telan benda ni je. Walaupun Ieya dah makan nasi tadi tapi rasa macam tak puas pulak kalau tak makan nestum ni." balas Dania seraya menyuap lagi nestum yang sudah tinggal separuh itu. Danial menggeleng kecil. Tabah ajelah, Danial.

"Abang..."

"Ya sayang?"

"Ieya tiba-tiba rasa macam... nak makan coklat la, abang."

"Hah?" Membulat besar mata Danial mendengar. Dia punya tiba-tiba tu kan... mengalahkan orang mengidam.

"Salahkan iklan dekat tv tu hah! Siapa suruh dia tunjuk iklan coklat Cadbury tu... Ieya dah terliur dah sekarang ni tahu tak?" Danial terlepas ketawa kecil. Ya Allah Dania, Dania. Ada pulak iklan dekat televisyen itu yang disalahkannya? Sabar ajelah.

"Abang keluar petang tadi Ieya tak nak kirim."

"Petang tadi Ieya tak terasa pun nak makan." Tiba-tiba dia rasa bersalah pula terhadap Danial. Ya lah, malam-malam buta macam ni lah nak minta macam-macam.

"Takpe la sekarang kan dah malam, esok pun boleh. Sorry susahkan abang."

"Hesy, apa cakap macam tu? Sayang tak pernah pun susahkan abang. Tunggu kejap." Danial bangun seraya berlalu ke dapur. Dania berkerut namun dibiarkan saja. Dia kembali menghadap skrin televisyen.

Seminit begitu, Danial kembali duduk di sisi Dania dengan sesuatu di tangannya. Dania membeliakkan mata.

"Kebetulan la petang tadi masa abang keluar, abang ternampak. Abang ambik jelah, kut-kut kalau sayang nak. Nasib baik abang beli jugak. Tahu-tahu malam ni sayang nak makan." Dania terus mengambil bungkusan coklat Cadbury Dairy Milk di tangan Danial. Hampir saja dia melompat akibat rasa teruja yang melampau.

"You are really the best husband, abang! Thank you so much! Sayang abang." Pipi Danial dicium laju lalu bungkusan Cadbury itu dibukanya. Danial hanya menggeleng kepala melihat tingkah Dania yang kebudak-budakan itu. Tangannya menongkat dagu dengan belakang badannya disandar pada sofa. Wajah isterinya direnung tak lepas.

Dania langsung tidak perasan renungan Danial terhadapnya, sebaliknya dia hanya fokus kepada makanan. Dah ada makanan depan mata, semua benda dia tak hirau. Agak lama berkeadaan begitu sebelum Dania tiba-tiba berpaling memandang Danial di sebelahnya.

"Abang nak?" Dania menghulur coklat di tangannya kepada Danial. Danial hanya menggeleng. "Sayang makan la." Dania menjongket bahu kemudian dia berpaling ke depan semula.

"Sayang..."

"Hm?"

"Nak tak kalau kita pergi honeymoon?"

Pertanyaan Danial itu berjaya memancing perhatian Dania. Berkedip-kedip mata kecil itu seolah-olah tidak percaya.

"Serious, abang?" Danial rasa nak tergelak melihat wajah terkejut isterinya itu. Mana tak terkejut, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba ajak pergi honeymoon.

"Serious la, sayang."

"Abang tak main-main, kan?" Danial tergelak.

"Ya Allah, buat apa abang nak main-main sayang? I'm really serious!"

"Oh my God!" Mangkuk nestum yang sudah mahu habis itu diletakkan terus di atas meja kaca di hadapannya. Tubuhnya dipusing sepenuhnya menghadap Danial.

"Bila kita nak pergi?"

"Mmm... nanti kita check schedule dulu, abang rasa next month macam free so kita pergi bulan depan la." Dania sudah mula mengira. Hari ni dah masuk minggu kedua. Kalau bulan depan, ada lagi dalam dua minggu lah kan? Ah, tak lama dah tu! Excited-nya nak honeymoon!

"Ieya okey je, apa-apa pun Ieya ikut je abang. Kita nak pergi dalam ke luar negara?"

"Kita nak honeymoon kalau boleh dekat oversea la, sayang. Bukan tak boleh dekat dalam negara tapi abang nak la bawak sayang jauh sikit. Okey kan?" cadang Danial. Dania memang tak payah cakaplah, bercuti luar negara kut siapa aje yang tak nak? Terlebih okeylah jawabnya!

"Eh, Ieya of course okay la abang! Kalau abang tanya Mak Jah pun confirm dia nak pergi, ini kan Ieya."

"Tapi kita nak honeymoon berdua jelah sayang, apa ajak Mak Jah pulak?"

"Abang ni, Ieya cakap jelah. Hmm kalau oversea, Ieya nak reject London awal-awal sebab dah pernah pergi sana..."

"Huish, kalau tu pun abang reject. Abang dah berapa tahun kut duduk sana. Kalau nak pergi sana lagi tak best la, sayang."

Dania menepuk dahi sebelum dia tergelak. Ya tak ya jugak kan? Lupa pulak Danial dah belajar bertahun-tahun di sana.

"Itali? Turki? New York? Paris? Greece?"

"I thought sayang nak pergi Korea?" Danial menjungkit sebelah keningnya. Pelik bila nama negara itu tidak disebut oleh Dania. Selalunya orang perempuan ni suka pergi sana, nak feeling-feeling k-drama la katakan.

"Hmm, Korea, Jepun... Huish, pening ni nak pilih tempat. Banyak sangat tempat cantik!"

Melihat Dania yang mula kelihatan serabut, Danial ketawa. Nak pilih tempat honeymoon pun stress! Belum pergi sana lagi.

Kepala Dania digosok perlahan sebelum rambut panjang hitam keperangan yang beralun itu dilurutnya lembut. Senyum sebelahnya diukir manis.

"It's okay, sayang. Banyak masa lagi. Choose wisely, tak mau stress-stress okay?"

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now