BAB 58

851 34 0
                                    

"SAYANG? Sayang buka pintu ni! Sayang! Ya Allah, sayang!"

Cemas sungguh Danial jadinya. Selagi Dania tidak muncul di hadapannya, selagi itu dia tidak boleh bertenang. Fikirannya dipenuhi dengan tanggapan negatif. Bunyi bising akibat ketukan pintu yang dihasilkan Danial memenuhi bilik wad yang sunyi itu.

Tergopoh-gapah Dania membuka pintu bilik air tersebut dari dalam. Terkejut mendengar ketukan yang berkali-kali itu. Buka-buka saja, Danial terus memeluknya kuat membuatkan dahinya membentuk kerutan.

"Ya Allah, sayang... Sayang buat apa dekat dalam tu? Sayang tahu tak abang risau sangat... Abang—"

"Abang! Abang... sabar. Sini duduk." Dania menarik tangan Danial ke arah katil wad lalu melabuhkan duduk di situ. Muka suaminya itu jelas nampak risau bercampur gelisah.

"Abang kenapa? Ieya masuk buang air aje, tak ada buat benda bukan-bukan pun. Abang ingat Ieya buat apa?" soal Dania lembut. Kedua-dua tangannya digenggam erat oleh Danial yang masih tidak hilang riak cemasnya.

Danial meraup sekali wajahnya. Cuba menenangkan diri sendiri. "Abang minta maaf, sayang. Abang tak tahu kenapa tapi abang... abang takut sangat kalau apa-apa jadi dekat sayang. Abang takut sayang bertindak di luar kawalan. Abang terlalu sangat fikirkan yang bukan-bukan. Abang minta maaf."

Dania ukir senyum nipis. Mustahil dia tidak faham ketakutan dan kerisauan suaminya itu. Dia juga yang menyebabkan Danial menjadi paranoid seperti ini.

"Abang..." Pipi suaminya diusap perlahan. "Ieya minta maaf... Disebabkan Ieya emosi semalam—"

"Aishh, taklah sayang." Tangan Dania yang mengusap pipinya dipegang. "Janganlah minta maaf. Abang faham emosi sayang waktu tu. Abang cuma terlebih risau aje. Abang tak nak apa-apa jadi dekat sayang. Sayang tahu kan yang abang..."

"Ya Ieya tahu, Ieya tahu abang sayang Ieya." Potong Dania laju. Sudah dapat mengagak jawapan yang bakal keluar dari mulut suaminya itu.

"Bukan sayang biasa-biasa tau. Separuh nyawa abang sayang Ieya. Separuh nyawa jugaklah abang risaukan sayang tadi. Rasa nak tercabut jantung ni."

Dania ketawa kecil. "Ya abang, Ieya tahu... Ieya tahu semua tu. Dah tak mau risau-risau lagi, okey? Ieya tak apa-apa, Ieya okey." Seboleh mungkin dia cuba meyakinkan suaminya itu supaya tidak lagi terus merisaukan keadaannya.

Danial akhirnya mempamer senyum. Hilang sudah riak cemas tadi. Benarlah kata orang bahawa isteri sememangnya penawar hati. "Okeylah, ni sayang nak apa-apa tak? Abang boleh pergi belikan dekat bawah."

Dania menggeleng. Tidak terasa mahukan apa-apa. "Tak naklah. Ieya nak rest je." Dia mengesot sedikit lalu kembali menyandar di kepala katil. Danial turut bangun membantu menyesuaikan keadaan isterinya itu. Setelah memastikan isterinya agak selesa, selimut dinaikkan sedikit menutupi separuh tubuh Dania.

Kedengaran bunyi pintu wad ditolak dari luar sebelum salam diberi oleh gerangan yang memasuki bilik wad Dania itu.

"Waalaikumussalam." Salam itu dijawab terlebih dahulu sebelum serentak Danial dan Dania menoleh melihat si empunya suara. Berkerut sedikit dahinya, cuba mengingati wajah-wajah tersebut.

"Sorry... err kami mengganggu ke?"

"Eh, takde lah. Masuk masuk." sapa Danial mesra. Fikirnya rakan-rakan Dania yang ingin datang melawat.

"Terima kasih." Lelaki tersebut yang hadir bersama dengan seorang perempuan menghampiri mereka. "Ermm, Kak Qira ingat saya lagi tak?"

Lama merenung wajah lelaki yang agak muda darinya itu ditambah lagi dengan panggilan Qira itu meyakinkannya membuatkan akhirnya dia bersuara. "Alief kan?"

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now