BAB 21

1.7K 55 2
                                    

TAPAK kakinya laju menuruni tangga. Sebaik kaki jejak ke lantai, lantas dituju ke arah dapur. Tahu sangat pada waktu pagi macam ini, Datin Sri Amirah pasti sedang menyediakan sarapan bersama pembantu rumah, Miss Nancy.

"Mama!" Terus dipeluknya Datin Sri Amirah yang mahu menyusun mug di atas dulang. Terkejut wanita itu dibuatnya. Hampir mahu dicampaknya mug di dalam pegangan.

"Ya Rabbi! Bertuah punya anak. Nasib sayang kalau tidak, lama dah mama ketuk-ketuk Ieya dengan mug ni." Datin Sri Amirah meletakkan mug yang dipegangnya di atas dulang di hadapannya lalu ingin dibawa ke meja makan.

"Hehe.. sorry mama." Dania mencium sebelah pipi kanan Datin Sri Amirah sebagai tanda mahu memujuk. Cehh, sorry-sorry lepas tu buat lagi! Memang sejenis Dania Aqira!

"Punya laju mama dengar tapak kaki Ieya turun tangga tadi, kaki tu dah baik ke?" ujar Datin Sri Amirah, risau juga kalau-kalau kecederaan yang dialami Dania beberapa hari yang lepas bertambah teruk.

"Dah okey lah, ma! Itu yang Ieya boleh turun laju-laju. Dah boleh lari dah pun, ma. Lepas dah tuam ais dengan mama punya perkhidmatan urutan yang perghhh, sangatlah berbisa tu walaupun Ieya rasa terseksa.. alhamdulillah kaki Ieya dah pulih." Tersenyum Dania sambil bercerita penuh semangat kepada mamanya. Datin Sri Amirah turut tersenyum lega mendengarnya.

"Alhamdulillah.. lega mama dengar."

"Thank you, mama.. Sebab urut Ieya.. Ieya memang tahu kalau mama urut, mesti Ieya boleh cepat baik. Ingat tak masa sukan sekolah dulu Ieya join banyak acara olahraga? Memanglah manis bila dapat emas tapi yang tak manisnya balik tu haa meraunglah dekat mama sebab kaki sakit sangat apa semua.. Lepas tu mama urut, terus tak sampai 3 hari Ieya dah boleh berlari balik.." Datin Sri Amirah hanya mendengar lagi sambil tersenyum. Sudah pasti dia ingat bagaimana Dania menangis-nangis kerana sakit. Sampai nak makan pun tak nak, buat apa pun tak boleh. Selepas dituam ais dan diurut, bukan main gembira lagi siap melompat-lompat.

"You're welcome, sayang. Tapi kaki tu baru nak baik, jangan nak excited sangat."

"Eh, dah terlebih baik dah ni mama. Ieya dah rasa lega 100 peratus dah ni." Datin Sri Amirah menoleh memandangnya lalu diperhati dari atas hingga bawah.

"Hmm, do you think she's already well enough, Nancy?" Miss Nancy yang hanya mendengar daripada tadi terus turut sama memandang Dania. Kemudian dia tersenyum sambil mengangguk.

Miss Nancy merupakan seorang rakyat negara itu. Pada awalnya memang dia langsung tidak memahami apa-apa bahasa selain Bahasa Inggeris. Namun setelah hampir 5 tahun berkerja dengan keluarga itu, dia sudah mempelajari dan memahami sedikit demi sedikit Bahasa Melayu yang sering ditutur oleh keluarga Datuk Sri Ashraf. Jadi, dia memahamilah perbualan tadi.

"Haa, Ieya dah okeylah, ma. So bolehlah keluar jalan-jalan. Yeayyy!!" Tergeleng kepala Datin Sri Amirah melihatkan kerenah anak perempuannya yang satu itu. Alahai anak, perangai budak-budak masih tetap ada walaupun sudah lepas SPM.

"Apa yang seronok sangat tu?" sampuk Danial yang baru turun dari atas. Terus tersenyap Dania yang baru hendak bersuka-ria.

"Ieya ni, kaki dia dah elok. Excited sangat nak jalan-jalan."

"Memanglah dah elok, tengoklah siapa yang jaga," kata Danial seraya membuat muka bangga. Dania rasa macam nak tampar aje muka si Kim Jong-un ni.

"Cehh, poyonya."

"Haruslah." Danial terus melangkah ke meja makan lalu menarik kerusi untuk duduk. Tangan dibawa mencapai roti dan mentega kacang. Dania dan Datin Sri Amirah turut duduk sama.

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now